Selepas tiga tahun sering ditawarkan watak sebagai anak orang kaya, pelakon Hariz Hamdan cuba mencabar diri dengan membawakan kelainan mencuba karakter berbeza bagi mempelbagaikan resume seninya.

Menurut Hariz, dia enggan dikenali sebagai seorang pelakon yang hanya mampu membawakan satu-satu watak tertentu sahaja.

“Saya masih muda dan perjalanan karier saya masih panjang. Saya tidak mahu dikenali dengan satu watak sahaja.

“Justeru, tahun ini memang saya mencabar diri untuk keluar daripada zon selesa dengan mencuba pelbagai watak berbeza. Jika dikritik, saya menerima dengan yang terbuka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hariz Hamdan (@harizhamdann)

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hariz Hamdan (@harizhamdann)

“Kritikan adalah perkara yang baik jika dilihat daripada sudut positif, ini bermakna ada orang menonton drama lakonan saya,” kata Hariz.

Berkongsikan pengalamannya membawakan pemuda kampung menerusi drama bersiri Andai Itu Takdirnya, Hariz berkata terdapat satu insiden menarik sepanjang dia menjalani penggambaran drama tersebut.

IKLAN

“Semasa awal penggambaran drama Andai Itu Takdirnya lokasinya adalah di sebuah rumah kampung. Ketika itu, saya langsung tidak bersedia sebarang ubatan atau krim anti nyamuk atau serangga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hariz Hamdan (@harizhamdann)

“Tidak sampai 24 jam di lokasi penggambaran tangan saya penuh dengan bintik-bintik merah yang cukup gatal. Rupanya saya mempunyai kulit yang sensitif.

IKLAN

“Nasib baik, nyamuk tidak gigit bahagian wajah, jika tidak susah juga untuk tutup dengan solekan kerana agak besar. Saya terpaksa mendapatkan rawatan di klinik dan tanda-tanda kemerahan itu mengambil masa sebulan juga untuk hilang,” kata Hariz.

Selain Hariz, Andai Itu Takdirnya turut dibintangi Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Puteri Sarah Liyana dan Idzham Ismail.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI