Pelakon dan pengacara, Janna Nick mendedahkan dirinya hanya berpeluang merasai keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan selepas dia berusia 28 tahun.
Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, untuk merasai nikmat tersebut, seseorang itu harus bekerja dengan kuat ketika usia mereka masih muda.
Katanya lagi, ketika ini, dia baru dapat merasai nikmat berehat setelah berjaya mencapai misi-misi tertentu di dalam hidupnya.
“Saya selalu perasan, generasi sekarang, mereka mahukan kehidupan dan kerja yang seimbang.
“Minta maaf, saya ada kehidupan kerja yang seimbang ketika usia saya 28 tahun selepas saya sudah pun mencapai amaun tertentu, beli dua buah rumah dan kereta,” katanya.
Pelakon drama Puteri Lindungan Bulan itu berkata sedemikian menerusi program podcast, Studio Sembang di laman YouTube, ATHQ Media.
Jelas Janna lagi, dia bukan berniat untuk berlagak sebaliknya hanya menceritakan mengenai realiti masa kini.
“Apa yang saya katakan ini bukan untuk berlagak tapi saya nak bagitahu, saya hanya boleh bertenang seketika ketika saya sudah pun mencapai misi-misi tertentu dalam hidup saya.
Ads
“Kalau impian hidup yang pertama pun anda masih belum capai, jangan pernah terfikir untuk punyai waktu kerja yang seimbang.
“Melainkan ibu bapa anda kaya atau anda memang nak kahwin lelaki kaya,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Janna turut mendedahkan dirinya tidak sempat merasai keseronokkan ketika zaman kerana zaman remaja kerana sibuk bekerja.
“Saya tidak mempunyai fasa di mana saya menikmati zaman remaja saya. Saya tak sempat nak merasai momen-momen seperti melepak dengan kawan-kawan. Baru sekarang saya boleh relax sedikit.
Ads
“Kita memang kena berkorban. Kita tak boleh menjangkakan untuk hanya bekerja selama lapan jam. Kemudian punyai ‘me time’ dan ada masa bersama kawan-kawan.
“Kalau kita nak berada di satu tahap yang lain. Kita kena buat perkara yang orang lain tak buat. Kita kena bekerja dengan lebih keras,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terinspirasi dengan perkongsikan tersebut selain turut berharap agar turut sama dapat merasai nikmat kejayaan seperti orang lain.
“Terima kasih kerana berkongsi cerita awak Janna. Saya sangat sukakan episod kali ini. Hos juga bagus macam selalu.
“This so inspiring. Thank you for this hreat podcast.
Ads
“Janna, we really proud of you.
“Janna ini seorang yang bekerja keras. Sebab itu dia layak mendapat kejayaan apa yang dia ada sekarang. Kalau ada bakat tapi tak bekerja keras pun tidak akan ke mana.
“Awak sangat memberikan inspirasi Janna. Awak antara artis yang membuatkan saya ingin bekerja keras,” antara komen-komen netizen di Youtube.
Setakat ini, video podcast berkenaan telah pun meraih hampir 40,000 jumlah tontonan di laman YouTube.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & YouTube Studio Sembang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jenama wangian terkenal SugarBomb telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri SugarBomb 2022 yang berlangsung Sabtu lalu di ibu pejabat mereka di Bandar Bukit Raja, Klang.
Dihadiri lebih 1,000 tetamu, pengasas SugarBomb Worldwide Sdn Bhd Ahmad Azhari Rosli atau lebih dikenali dengan nama Bos A berkata, rumah terbuka dianjurkan bertujuan menghargai semua pihak yang teguh menyokong mereka sejak tahun 2017 lagi.
“Ini kali kedua rumah terbuka kami adakan. Kali pertama kami adakan secara kecil-kecilan sahaja ketika jenama kami masih beroperasi di Setia Alam pada tahun 2018.
“Kali kedua ini lebih luas skopnya. Biarpun berlangsung selepas Syawal sudah berlabuh, kami kira tak lambat untuk menganjurkannya sebagai penutup Aidilfitri pada tahun ini. Biar lambat, asal selamat,” katanya.
Malah, Bos A meneruskan tradisi berkongsi rezekiduit raya saban tahun kepada peminat setia jenama itu dengan memperuntukkan RM10,000 dikongsi secara rawak kepada tetamu yang hadir.
“Dalam setiap rezeki kita, ada bahagian rezeki orang lain. Ada yang menderma, bersedekah dan juga mengagihkan duit raya. Saya tidak terkecuali.
“Ia tak terbatas musim raya semata-mata. Malah tradisi berkongsi atau menyumbangkan duit raya ini saya lakukan tanpa mengira masa di mana-mana sahaja.
“Ketika bercuti, mengembara atau berada di lapangan terbang pun, saya teruskan tradisi sebegitu.Saya percaya besar mana jumlah duit raya ini, besar lagi sokongan mereka yang selama ini kebal menyokong kami secara langsung dan sebaliknya,” katanya lagi.
Dianggarkan kos penganjuran acara ini melebihi RM50,000.
“Kita sajikan tetamu yang datang dengan minuman Tea Live, minuman Cheers X Hausboom, durian, Alif Satay diusahakan oleh Alif Satar. Malah menu sampingan seperti lontong, mi goreng, ais krim Malaysia, cendol danbanyak lagi turut dihidangkan.
“Kita juga mengundang duta dan ikon SugarBomb iaitu Nabil Ahmad, Achey dan juga Shiha Zikir sebagai penyeri. Berkonsepkan street hawker, persembahan busking juga menjadi penyedap halwa telinga tetamu,” katanya.
Malah sepanjang majlis berlangsung, kios menjual pewangi badan dan pewangi kereta rumah turut dijual dengan harga promosi istimewa.
“Pewangi badan 30ml EDP dijual dua botol pada harga RM100. Harga normal sebotol, RM59. Manakala pewangi kereta pula satu dijual pada harga RM10, tapi beli tiga kuantiti dengan harga RM28,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida Mohd Rashid berkongsi kisah dia kini kurang tidur kerana anak bongsunya, Yusoff Al-Qardawi tidak sihat dan meragam.
Namun, dia sedar itu semua adalah tanggungjawab seorang ibu malah berdoa agar kesakitan itu berpindah kepadanya pula.
“Muka dah 2 hari x tido malam sebab @yusoffalqardawi meragam x sihat tapi kalau jadi mak2 ginilah pengorbanan seorang mak.
“Tak tido pun x apa janji anak tido, x makan pun x pe janji anak makan, kalau boleh pindah kesakitan pun rasa nak pindahkan sebab x sampai hati tengok anak sakit,” tulisnya di Instagram.
Susulan itu, di ruangan komen kelihatan ramai para ibu yang menyokong kenyataan Nur Shahida itu. Kebanyakan mengatakan bahawa ‘ibu mana yang sanggup melihat anak sakit’.
Sebelum ini, Nur Shahida ada berkongsi bahawa Yusoff sudah beberapa hari mengalami demam dan tidak lalu makan.
Foto/Instagram: Datin Seri Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Susulan isu pengasas produk yang dikatakan telah melacurkan industri hiburan, pelakon Azhar Sulaiman tampil mempertahankan kehadiran golongan tersebut dalam sama-sama memeriahkan bidang sama.
Menurut Azhar, 51, dia berpendapat golongan pengasas produk turut mempunyai peminat yang sentiasa menanti-nantikan content daripada mereka.
“You all (pengasas produk) bukan perosak. Tapi provider video materials yang orang curious nak tengok dan minat serta follow you all.
“Cantik dan sedap terpulang kepada yang minat. Yang tak minat boleh saja tengok video materials yang skema-skema sahaja.
“Mereka ini orang berniaga, ini cara mereka ‘berniaga’, mesti jadi popular,” tulis Azhar menerusi ruangan komen di Instagram Media Hiburan Official.
Aktor itu meninggalkan komen menerusi posting video MH mengenai respon balas usahawan Datuk Seri Vida mengenai dakwaan penyanyi senior yang menyifatkan kehadiran pengasas produk sebagai perosak industri muzik.
Dalam video itu juga, Vida mengakui suara sedap didengar dan mutu vokalnya semakin baik dari masa ke semasa.
“Penyanyi dulu pun bukan dari asal suara sedap… dia nyanyi satu lagu lepas itu dah improved. Suara saya pun dah improved.
“Lagu saya Ku Ikhlaskan, mana ada penyanyi di Malaysia yang dapat spark macam itu tapi saya dapat (sehingga lagu itu menjadi popular) dan lagu ini bukan genre untuk viral, it’s a serious song dan suara saya sedap.
“Tiada orang di Malaysia ada benchmark itu. Ini bukan zaman tok kaduk dah, jangan duduk bawah tempurung… kena buka minda dan menerima benda itu untuk dijadikan pengajaran jika ia baik untuk dicontohi.
“Autotune pun tak kisahlah, (kita) gunalah teknologi yang ada!” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.