Selamat disatukan dalam majlis pernikahan yang diadakan pada petang Khamis, penyanyi Aiman Tino menzahirkan perasaan syukur apabila semua perancangan berjalan lancar.
Menurut Aiman atau nama sebenar, Muhammad Aiman Yusri, 25, dia memilih tarikh 27 April untuk disatukan dengan isteri, Che Syarah Haifa Che Isa, 24, adalah sebagai simbolik kepada angka 27 yang juga merupakan tarikh lahirnya.
“Saya rasa lega dah sah bergelar suami dan Alhamdulillah majlis berjalan lancar.
“Saya pilih tarikh 27hb sebab angka 27 itu istimewa buat saya sebab ia merupakan tarikh lahir saya, cumanya ia pada 27 Jun.
“Jadi kami awalkan nikah pada bulan April,” kata Aiman kepada MH.
Berkongsi lanjut mengenai kriteria yang membuatkan hatinya terpikat pada Syarah, Aiman berkata keserasian di antara mereka membuatkan dia yakin Syarah adalah jodoh yang dicari selama ini.
Ads
“Luaran dia memang cantik di mata saya, keselesaan dan keserasian dengan cara kami berbual, berfikir.. kami senang masuk.
“Perkara itu buatkan saya lebih senang untuk lebih mengenali diri dia. Saya percaya pilihan saya tepat dan Syarah adalah jodoh saya,” kata Aiman.
Sementara itu, Syarah pula menyifatkan sikap sentiasa mengambil berat dan penyayang Aiman membuatkan dirinya ‘cair’ dengan penyanyi tersebut.
“Aiman tak romantik, tapi dia seorang yang caring. Bila dia macam tu, saya rasa sentiasa disayangi.
Ads
“Sikap caring macam tu, bukan semua orang boleh bagi pada kita,” katanya lagi.
Bercakap mengenai perancangan berbulan madu, pasangan ini memilih sebuah destinasi di luar negara yang tidak mahu didedahkan terlebih dahulu.
“Kami dah rancang akan berbulan madu di luar negara. Tapi benda ini kena hold dulu sebab sebaik selesai bernikah, masih banyak lagi kerja yang perlu saya selesaikan.
“Hanya selepas habis penggambaran baharu kami akan berbulan madu.
Ads
“Kalau bercakap soal anak, saya idamkan empat orang cahaya mata manakala isteri dia mahukan enam orang anak sebab dia anak keenam daripada tujuh beradik.
“Saya pula anak keempat daripada 11 beradik, tidaklah saya mahu bersaing dengan ibu bapa saya,” kata Aiman berseloroh.
Terdahulu, pasangan ini selamat ijabkabulkan pada jam 5.41 petang Khamis di The Astana, Bamboo Hills, Kuala Lumpur.
Dalam majlis tersebut, penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu menyerahkan mas kahwin berjumlah RM5,000 beserta seutas gelang emas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Zalif Sidek berkongsi khabar duka apabila memaklumkan bapanya ketika ini telah dikejarkankan ke unit kecemasan Institut Kanser Negara, Putrajaya selepas dilaporkan mengalami sesak nafas pada Ahad.
Menurut Zalif, bapanya itu sebenar telah mengidap kanser paru-paru dan komplikasi jantung sejak setahun yang lalu.
“Assalamualaikum semua. Salam Subuh & Salam PKP. Mohon doakan Papa saya kecemasan lepas dinner semalam beliau sesak nafas. Untuk makluman beliau (Papa) dah setahun mengidap Kanser Paru Paru & Ada Masalah Jantung.
“Beliau sekarang menjalankan rawatan susulan dirumah selepas menjalankan rawatan di Hospital Putrajaya sebelum ini,” tulisnya.
Berita sedih itu dikongsikan oleh pelakon filem, Mimaland ini menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
“Tadi (semalam) lepas makan malam beliau semput, amik gas oksigen hidung pun tak jalan. Terus Call Ambulan untuk hantar ke Kecemasan Intitud Kanser Negara Putrajaya,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Zalif turut berharap agar orang ramai dapat menitipkan doa semoga bapanya itu kembali pulih seperti sedia kala.
“Moga Semuanya (Papa) baik-baik saja dan kembali pulih serta kami semua sekeluarga dipermudahkan,” akhirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis berkongsi ras hiba selain turut memberikan kata-kata semangat buat Zalif.
Sumber: Instagram Zalif Sidek
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Aina Abdul bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian dalam Sarjana Muda Muzik Kontemporari di Universiti UCSI.
Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 28, bagaimanapun mengakui sukar untuk belajar dan bekerja dalam masa sama.
“Saya dah habis belajar tahun lalu, tetapi majlis konvokesyen ditangguhkan kerana pandemik Covid-19. Alhamdulillah, akhirnya majlis graduasi berlangsung sebentar tadi dan saya secara rasminya telah berjaya menggenggam segulung ijazah sarjana muda.
“Bukan mudah untuk saya belajar dan bekerja dalam masa yang sama tetapi saya tetap berusaha mahu menamatkan pengajian. Ada ketika saya rasa letih tapi saya harus mencuba bersungguh-sungguh.
“Saya pernah menangguhkan pengajian pada penghujung 2014 kerana menyertai Mentor Legend. Selepas itu, saya mula mencari tapak dalam bidang seni dan pada masa yang sama menyambung pengajian.
“Saya sedar yang menyanyi sahaja tidak cukup, saya harus melengkapkan ia dengan ilmu. Lagipun, saya belajar dalam bidang muzik juga, jadi saya banyak aplikasikan apa yang saya pelajari dalam kerjaya harian saya,” katanya.
Penyanyi lagu Sepi ini juga turut berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberikan dorongan positif.
Malah momen manis itu turut dikongsikan Aina menerusi Instagram.
“Keluarga, pensyarah, pihak universiti dan rakan-rakan banyak memberikan sokongan tak berbelah bahagi.
“Peminat saya, Ainations juga menjadi penguat semangat untuk saya melangkah lebih maju. Setiap kali jika saya rasa lemah semangat, saya terus teringat orang yang menyokong saya.
“Saya tak boleh berhenti kerana ramai yang memberikan sokongan serta aura positif untuk melihat saya melangkah jauh. Saya harus banggakan mereka,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea Selatan digemparkan dengan penahanan pelakon terkenal, Choi Jung-won selepas beliu didakwa mengintai dan mengganggu seorang wanita di kediamannya baru-baru ini.
Menurut laporan...