Perkongsian pelakon Fasha Sandha yang memuat naik gambarnya bersama Nora Danish mendapat perhatian netizen.
Menerusi muat naik di laman Instagram miliknya, Fasha atau nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan, 39, berkongsikan momen-momen mereka bersama ketika berbuka puasa sekali gus meraikan ulang tahun kelahiran anak pertama Fasha, Putra Rayfal Ramli di kediaman bekas mentuanya iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.
Tampil berpakaian tradisional sedondon merah hati, Fasha dan Nora kelihatan mesra bergambar bersebelahan bersama ahli keluarga bekas suami mereka.
Nora kemudiannya meninggalkan komen berbentuk emoji hati sebelum dibalas Fasha yang menyifatkan Nora seorang individu yang mempunyai hati baik.
“Terima kasih mummy gorgeuos (Nora) dan keluarga. Thanks layan I dan anak-anak dengan baik. Such a good heart. Syukur Alhamdulillah.
“Rayfal merupakan orang yang paling gembira sekali bila tengok kita bersama.
“Anak-anak juga menyatukan hati kita semua.
Ads
“Alhamdulillah syukur di atas kebaikan yang Allah berikan untuk keluarga kita, Alhamdulillah,” tulis Fasha.
Ads
Sebelum ini, perselisihan faham pernah tercetus di antara Fasha dan Nora selepas Fasha mendakwa dirinya dihalang penganjur daripada memasuki acara pertunjukan fesyen pada tahun 2017, kononnya atas arahan Nora.
Bagaimanapun, pada 2018, Fasha dan Nora sepakat selesaikan isu mahkamah secara baik dan memilih untuk berdamai kerana menganggap anak-anak mereka adalah bersaudara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meskipun sudah hampir sedekad mencipta nama dan mengukir trajektori kerjaya sendiri, pelakon Elisya Sandha dilihat seakan tidak dapat lari daripada bayangan kakaknya yang juga merupakan aktres ternama, Fasha Sandha.
Mengulas mengenai hal tersebut, Elisya menyifatkan dia dan kakaknya mempunyai kelebihan tersendiri dan tidak seharusnya dibanding-bandingkan.
“Dari dahulu sampai sekarang, masih ada yang membanding-bandingkan. Namun, kami tetap sokong dan sayang satu sama lain.
“Masih banyak perkara yang perlu saya belajar dan saya sering minta nasihat. Saya tak kisah orang nak cakap apapun sebab kami ini keluarga.
“Kami punyai keunikkan tersendiri. Setiap manusia itu ada perbezaannya. Kita tak boleh nak samakan,” katanya kepada MH.
Elisha berkata sedemikian ketika ditemui dimajlis pengenalan duta bagi produk kecantikkan terbaharu keluaran Inayah Beauty iaitu Gattox, baru-baru ini.
Katanya lagi, sepanjang berkecimpung di dalam dunia seni, dia memang menjadikan kakaknya itu sebagai panduan.
“Kalau ada yang mengatakan saya bayangan Fasha, sata tak kisah pun sebab dia kakak saya. Dia seorang yang sangat bagus, komited dan berdisiplin.
“Bila dapat mengikut jejak langkah kakak, ia satu pencapaian besar buat saya,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada dia pernah terasa hati apabila kerap kali dibandingkan dengan Fasha, ini jawab Elisya;
“Kadang-kala, ada juga terasa. Namun, bila saya fikir positif, saya sampai ke tahap ini pun disebabkan kakak saya. Saya membesar melihat dia bekerja dan menjaga disiplin.
“Disebabkan itu juga, saya pun macam tu. Sedikit sebanyak kakak saya merupakan suri teladan buat saya,” ujarnya lagi.
Bercakap mengenai produk Gattox, Elisya memaklumkan produk ini telah banyak menyelesaikan masalah-masalah dalaman yang kerap dialaminya sebelum ini.
“Saya sudah menggunakan produk ini hampir setahun. Saya memang ada masalah sembelit sejak daripada sekolah. Saya sudah cuba ubat daripada farmasi tapi tak berkesan juga.
“Bila saya berpeluang untuk mencuba produk ini, saya bersyukur kerana ia seperti penyelamat buat saya. Bila susah nak membuang, saya jadi stres.
“Bila cuba produk ini, dia melawaskan proses membuang air. Selain itu, ia juga menurun berat, mencantikkan kulit dan beri tenaga,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Saya tak nak cakaplah berapa pasang baju raya tahun ini.Tak cakap salah, cakap… lagilah.
“Kalau nak kira juga, kenalah intai entri gambar di akaun Instagram (IG) saya musim raya nanti. Bukan Che Ta, kalau tak penuhi kandungan entri IG dengan gambar sesi fotografi.
“Malah baju raya sebelum ini pun, ada yang di bawa ke hadapan. Maklumlah situasi pandemik dua tahun lalu membataskan pergerakan. Nak melaram pun tak boleh sangat,” katanya.
Kebiasaannya, pemenang Most Inspirational Celebrity, Women Of Excellence Awards ini akan menyiapkan persiapan persalinan baju raya untuknya dan keluarga lebih awal.
“Buat awal, tak kalut. Jadi bulan Ramadan boleh fokus dengan amal ibadat. Pendek kata, baju, kain samping, butang baju Melayu anak dan suami pun sudah disediakan. Pemilihan beraya dengan baju warna sedondon itu pun harus.
“Cuma selepas dua tahun beraya dengan norma baharu, saya tetap membataskan pelbagai aspek. Cukup beraya dengan keluarga dan adik beradik lain.
“Insya-Allah tahun ini, semua adik beradik sepakat beraya di Alor Setar, Kedah. Saya pun pulang awal ke kampung dari 1 hingga 8 Mei lalu kerana komitmen seni dan lain sudah dilunaskan awal,” katanya.
Sementara itu, pelakon Kiah Pekasam juga turut sama teruja kerana banglonya siap beberapa hari sebelum Ramadan berlabuh.
“Selepas empat tahun termasuk COVID-19, pengubahsuaian rumah itu tergendala untuk disiapkan. Penantian itu bernoktah dan dapat masuk rumah akhirnya.
“Cuma kerana sudah merancang awal balik beraya ke Kedah, jadi nak raya di rumah sendiri selepas itulah. Saya pun pindahkan barang dari rumah lama ke kediaman baharu sedikit demi sedikit. Lepas beraya nanti mulalah ‘all out’ pindahkan barang,” katanya lagi.
Dalam pada itu, entri IG Che Ta sebelum ini menarik perhatian apabila mengadakan sesi fotografi bertemakan songket tajaan @azie_couture bersama teman baiknya termasuk pereka fesyen Man Kajang.
Entri yang mengimbas kembali muka depan edisi bumper raya majalah hiburan suatu ketika itu dulu mencuri perhatian pengikutnya.
Kata Che Ta, idea berkenaan dicetuskan salah seorang teman baik temannya, Pakcik Airil Azrie dari Blackpepper Production.
“Dulu masa zaman majalah hiburan mendominasi pasaran, edisi bumper raya sentiasa mencuri perhatian. Termasuklah majalah Media Hiburan dan URTV.
“Kalau tak beli, memang tak sah. Pembaca setia pun akan pastikakoleksi bumper raya wajib dibeli saban tahun. Saya tak terkecuali. Malah sempat memenuhi undangan teman wartawan tersayang untuk sesi fotografi isu berkenaan.
“Ibarat mana-mana artis yang berpeluang menghiasi muka depan bumper raya itu, dialah yang paling meletup di zaman berkenaan. Saya bersyukur sempat merasai momen itu. Sekarang apabila kuasa digital beraja, momen sebegitu tinggal kenangan,” katanya.
Tambahnya, dia bersama beberapa teman mengadakan sesi fotografi edisi raya berkenaan beberapa hari sebelum menjelang Syawal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon Nynaa Harizal yang selamat melangsungkan majlis pertunangan pada Sabtu lalu bersama pasangannya yang juga usahawan dan pengarah kewangan, Fahmi Ilyas,29.
Menurut Nynaa atau nama sebenarnya, Nurul Hanynaa Harizal, 25, dia dan pasangan sepakat memilih 21 Ogos 2021 sebagai tarikh bahagia setelah perancangan awal untuk bertunang terpaksa ditangguhkan hampir tiga bulan.
Ia disebabkan Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Lembah Klang yang berlarutan disebabkan pandemik COVID-19.
“Oleh sebab kekangan musim pandemik ini, kami bersetuju untuk hanya melangsungkan perkara yang wajib saja. Adalah sedikit rasa terkilan kerana kami sudah berbincang dengan pihak perancang majlis.
“Namun apa yang penting, urusan pertunangan telahpun selesai,” kata pemenang tempat ketiga pencarian Dewi Remaja 2019 itu menerusi Remaja.
Majlis pertunangan telah dilangsungkan di kediaman keluarga belah perempuan dan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.
Tidak menolak untuk mengakhiri zaman bujang dalam waktu terdekat, pelakon drama Madam E-Wallet ini bagaimanapun percaya kepada jodoh.
“Nynaa sudah bersedia dan begitu juga dengan si dia. Kadangkala, macam ada rasa tidak percaya juga Nynaa akan berkahwin pada usia semuda ini. Itulah dinamakan jodoh.
“Nynaa harapkan doa dari kalian agar segalanya berjalan lancar dan doakan agar kami berbahagia,” katanya.
Pasangan sama cantik sama padan ini saling mengenali kira-kira tiga tahun lalu, dan Fahmi disifatkan Nynaa sebagai lelaki yang menghormati orang lain serta mudah mesra.
Tambahnya lagi, Fahmi turut menyokong dan memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon serta tidak mempunyai masalah sekiranya Nynaa ingin terus bergiat aktif dalam dunia lakonan selepas berkahwin nanti.
Malah beberapa foto sekitar majlis turut dikongsikan bintang cantik ini.
Dunia hiburan Korea kembali dikejutkan dengan perkembangan terbaru mengenai kematian tragis pelakon Kim Sae-ron.Keluarga mendiang kini menuntut pelakon terkenal, Kim Soo-hyun untuk membuat permohonan...