Penerbit dan hos, Alif Farhan mengulas susulan video tular melibatkan usahawan, Datuk Aliff Syukri yang mengamuk selepas mendakwa pelakon Yana Samsudin memecahkan pasu hiasan mewah berharga kira-kira RM400,000, sewaktu rakaman program raya baru-baru ini.

Aliff menerusi hantaran terkininya di Instgram tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada selebriti terlihat atas isu yang berlaku.

Tambahnya lagi, pihak yang terlibat masih lagi berbincang mengenai insiden yang berlaku dan berharap agar ia dapat diselesaikan secara baik.

“Istatement saya atas video yang telah viral. Saya Alif Farhan selaku penerbit dan hos, bertanggungjawab dan ingin meminta maaf secara terbuka kepada kedua- dua pihak, DS @aliffsyukriterlajaklaris sera @yanasamsudin @fadzilzahari atas insiden yang tak dingini berlaku.

IKLAN

Insiden Aliff Syukri & Yana Samsudin Sebab Pasu RM400,000, Penerbit Minta Maaf Secara terbuka Insiden Aliff Syukri & Yana Samsudin Sebab Pasu RM400,000, Penerbit Minta Maaf Secara terbuka Insiden Aliff Syukri & Yana Samsudin Sebab Pasu RM400,000, Penerbit Minta Maaf Secara terbuka

“la berpunca dari sedikit salah paham semasa pengambaran Program Raya sebelum ini.

IKLAN

“Kepada rakan wartawan, saya terpaksa berdiam diri daripada mengulas lebih lanjut tentang hal ini. Ini untuk elakkan daripada mengeruhkan lagi keadaan.

“Hal ini mash lagi dalam perbincangan dan doakan supaya kedua pihak dapat capai kedamaian,” tulisnya menerusi lampiran video berkaitan.

IKLAN

Menerusi video tersebut, pengasas kosmetik itu dilihat berang dengan apa yang berlaku sehingga berlaku pertengkaran mulut di antaranya bersama suami Yana, Fadzil Zahari.

Pelbagai reaksi telah diberikan warganet terhadap video tersebut malah ada yang menyifatkan ia kurang realistik dan cuma lakonan (konten) semata-mata.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI