Susulan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof enggan melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, pelakon Puteri Sarah Liyana, ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail ada memuat naik satu status di Insta Story seolah menggambarkan perasaannya berhubung perkara tersebut.

Menurut Patimah, dia tetap bersyukur walau apa pun yang berlaku dan percaya Allah adalah sebaik-baik perancang.

“Ya Allah, aku tetap bersyukur walau apa pun berlaku, kerana perancanganMu adalah yang baik buat kami.. walaupun perkara itu tidak baik,” tulis Patimah.

 

“Ya Allah, Aku Tetap Bersyukur Walau…,” – Syamsul Tak Jadi Lafaz Cerai, Ini Luah Hati Si Ibu

IKLAN

Menerusi prosiding di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini, Syamsul enggan melafazkan talak walaupun sebelum ini sudah bersetuju untuk melepaskan Puteri Sarah seperti yang dibincangkan mereka bersama sebelum ini.

Menurut Puteri Sarah, tindakan Syamsul itu dibuat selepas dia enggan menarik balik kes tuntutan saman terhadap isteri kedua Syamsul, Ira Kazar serta keluarganya selain suaminya itu juga meminta diskaun untuk nafkah kedua-dua anak mereka.

“Sebelum ini, kita sudah mencapai kata persetujuan ketika berjumpa. Jadi, hari ini ada beberapa terma yang saya tidak setuju. Pertama sekali, dia meletakkan syarat agar saya tarik semula kes terhadap keluarga Ira Kazar.

IKLAN

“Untuk apa saya berjuang selama ini? Saya tidak akan tarik kes. Keduanya, dia minta diskaun terhadap tuntutan nafkah.

“Sebelum ini dia ada cakap fasal tarik semua kes terhadap kelurga Ira Kazar tapi saya minta nanti dahulu sebab mahu selesaikan kes satu per satu.

IKLAN

“Tiba-tiba peguam saya dapat draft perjanjian untuk turunkan kes. Jadi, saya memang tak akan setuju. Ini sudah melampau. Kes terhadap Ira Kazar akan diteruskan,” katanya kepada MH.

Untuk info, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI