Ibu Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail meluahkan perasaan sedih mengenangkan dua cucunya, Syaikhul Islam dan Sumayyah berikutan kemelut rumah tangga yang melanda ibu bapa mereka.
Menerusi luahan di InstaStory, Patimmah mengatakan Sumayyah masih tidak memahami kenapa bapanya tidak lagi tinggal bersama ibunya, Puteri Sarah Liyana.
“Sumayyah masih tidak memahami kenapa ayah (Syamsul) tidak tinggal bersama mamanya (Puteri Sarah).
Ads
“Syaikhul sudah terbiasa hidup bersama mama tanpa ayah,” tulisnya.
Dalam pada itu, Patimah turut mendoakan yang terbaik buat menantunya, Puteri Sarah serta memohon agar Allah SWT mengampuni dosa-dosa individu yang telah meruntuhkan masjid anak dan menantunya itu.
“Ya Allah, takdirkanlah yang terbaik buat Puteri Sarah Liyana, Engkau Maha Mengetahui dan ampunkan dosa-dosa mereka yang runtuhkan masjidnya,” luah Patimah lagi.
Ads
Ketika ini prosiding mahkamah melibatkan lafaz talak cerai di antara Syamsul dan Puteri Sarah masih lagi berjalan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Ads
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Farid Kamil tetap berharap perkahwinan yang dibina bersama aktres Diana Danielle sejak 11 tahun lalu dapat diselamatkan.
Memetik video yang dikongsikan Hlive!, Farid atau Farid Kamil Zahari, 42, meletakkan pengharapan itu di tangan Allah SWT selain tidak berhenti mencari keberadaan isteri dan anak-anak.
“11 tahun kita sudah mengharungi pelbagai rintangan. Jadi, harapan untuk rumah tangga saya letakkan pada Allah SWT.”
“Harapan saya letak kepada Allah supaya suatu hari nanti kami akan kembali seperti biasa.
“Saya tak pernah berhenti berusaha untuk mencari anak dan isteri saya berada. Tapi, pada bulan Ramadan ini, banyak limitasi di samping saya sibuk dengan kerjaya sekarang,” katanya.
Sementara itu, Farid juga berkata hubungan komunikasi di antaranya dan anak-anak terputus disebabkan Diana telah menyekat nombornya.
Sebutan kes hadanah iaitu hak penjagaan kedua-dua anak pasangan ini diperdengarkan buat kali pertama di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada pagi Rabu.
Pada 28 Mac lalu, mahkamah mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara dua anak mereka diberikan kepada Diana.
Untuk rekod, Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menyambut lebaran di United Kingdom, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha tidak ketinggalan turut sama bergaya dengan baju raya baharu bersama anak-anak mereka.
Selain meluangkan masa bercuti di sana, Hanis sempat membuat kejutan dengan meraikan ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-35 tahun di sebuah restoran di sana.
Berkongsikan momen manis itu di laman Instagram miliknya, Hairul terharu dengan sambutan tersebut dan bersyukur dapat meraikannya bersama keluarga tercinta serta beberapa kenalannya yang menetap di negara itu.
“Meraikan sambutan hari lahir saya bersama keluarga tersayang serta beberapa rakan baik di salah sebuah restoran terbaik di UK,” tulis Hairul di ruangan kapsyen.
Beberapa rakan selebriti tidak ketinggalan mengirimkan ucapan buat Hairul yang menyambut hari lahirnya pada 2 Syawal lalu.
“Happy birthday my talented brother,” titip Zizan Razak.
“Happy birthday sedareee,” komen Zahiril Adzim.
“Happy birthday bro,” ucap pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia.
Untuk info, Hairul dan Hanis berkahwin pada 5 Jun 2015 dan hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 7, dan Alisa Aisyah, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Impian penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk bekerjasama dengan komposer terkenal Indonesia, Andi Rianto tercapai menerusi lagu Menjaga Cintamu yang juga lagu runut bunyi (OST) bagi filem Anwar, The Untold Story.
Filem Anwar, The Untold Story adalah sentuhan pengarah dari Indonesia, Viva Westi dan terbitan Bianglala Entertainment sementara lagu berjudul Menjaga Cintamu ciptaan Andi Rianto dan lirik oleh Sekar Ayu Asmara.
Menurut Siti, dia sudah lama mahu bekerjasama dan menyanyikan lagu ciptaan komposer hebat dari seberang itu.
“Saya sudah lama menyimpan hasrat untuk bekerjasama dan menyanyikan lagu ciptaan Andi dan peluang yang diberikan ini sangat bermakna.
“Saya berterima kasih kepada Penerbit Eksekutif, Zukiflee Anwar Haque atau Zunar dan pengarah dari Indonesia, Viva Westi kerana memberikan kepercayaan kepada saya menyanyikan lagu Menjaga Cintamu.
“Saya adalah penyanyi dan tugasan saya adalah menyanyi. Pada masa sama, saya juga mempunyai ramai peminat di Indonesia.
“Saya jarang menolak untuk menyampaikan lagu-lagu OST sebelum ini. Apabila pihak penerbit filem ini datang bertemu dengan pengurusan saya, mereka menawarkan saya untuk menyanyikan lagu ini.
“Saya juga mendapat penerangan mengenai filem Anwar, The Untold Story. Proses perbincangan juga berjalan dengan lancar,” katanya.
Mengenai lagu Menjaga Cintamu, kata Siti, walaupun dia menyanyikan lagu OST filem Anwar tetapi lagu itu menggambarkan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan secara amnya untuk wanita yang setia dalam mencintai pasangan mereka.
“Saya terima tawaran untuk menyanyikan lagu Menjaga Cintamu kerana yakin dengan kekuatan lagu ini serta tertarik dengan mesej kesetiaan wanita itu.
“Saya juga memahami lagu dan lirik Menjaga Cintamu ini menceritakan mengenai kesetiaan dan pengorbanan seorang wanita. Kebetulan juga saya memang dalam fasa menerbitkan album terbaharu,” katanya.
Berkongsi pengalaman di studio, kata Siti, proses rakaman lagu Menjaga Cintamu berlangsung selama sejam dan Andi sendiri yang menjaga vokal dan menerbitkannya.
“Ia satu pengalaman baru dan saya akui gementar kerana pertama kali bekerja dengan Andi dan menyampaikan lagu ciptaan komposer hebat sepertinya.
“Saya juga berdepan dengan cabaran untuk menyampaikan lagu Menjaga Cintamu di studio kerana suara saya masih dalam proses pemulihan akibat kesan jangka panjang virus COVID-19.
“Saya sudah berusaha sebaiknya untuk menyampaikan lagu itu dengan baik. Proses rakaman di buat di Malaysia iaitu di Cranky Music, milik komposer Aubrey Suwito,” katanya lagi.
Ditanya perbezaan bekerjasama dengan komposer Indonesia seperti Andi, kata Siti, setiap kali masuk studio, ia adalah pengalaman dan guru berharga baginya.
“Saya bersyukur kerana sering menyanyikan lagu-lagu dari komposer Indonesia dan sedikit sebanyak, saya sudah memahami cara mereka bekerja. Apabila menyampaikan lagu, mereka memberi tunjuk ajar dan pastinya mahu yang terbaik daripada penyanyi, begitu juga dengan Andi.
“Saya juga merakamkan lagu ini selama sejam dan Andi juga terkejut kerana biasanya proses rakaman membabitkan selama dua jam atau lebih. Namun, lagu Menjaga Cintamu memang senang masuk ke dalam hati dan dapat saya nyanyikan dalam tempoh tidak begitu lama,” katanya.
Filem Anwar, The Untold Story yang mengangkat kisah ranjau politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjengah pawagam seluruh tanah air pada Mei nanti.
Filem yang membabitkan kos sebanyak RM10 juta ini menampilkan barisan pelakon terkenal dari Malaysia dan Indonesia seperti Farid Kamil, Acha Septriasa, Hasnul Rahmat, Piet Pagau dan Dewi Irawan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meskipun pernah bergelar artis rakaman dan memiliki beberapa karya yang meraih jutaan pendengar, penyanyi Danial Kifli melihat penyertaannya dalam program Big Stage Rocketfuel sebagai platform terbaik untuk memperkukuhkan namanya dalam industri seni.