Di mana peminat siri anime popular dunia, One Piece? Ini kami kongsikan berita baik buat anda.

Kini, anda semua berpeluang untuk merasai sendiri keterujaan membelah samudera serta ketegangan pertempuran di antara puak-puak lanun untuk bergelar ‘Pirate King’.

Merupakan pameran terbesar pertama di Malaysia, The One Piece Asia Tour Exhibition akhirnya ‘berlabuh’ di Malaysia di Skytropolis Indoor Theme Park di Resorts World Genting.

Lawat 21 Lokasi Ikonik & Bertempur Dengan Figura Lanun Gergasi, The One Piece Asia Tour Exhibition Kini Di Genting Highland!

Pameran yang diberi nama “The Great Era of Piracy” anjuran Ace Media Network Sdn. Bhd (AMN) ini berlangsung selama 47 hari bermula 23 Mac sehingga 8 May 2023. Ia dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Menariknya, para pengunjung juga boleh meneroka 21 zon bertema yang sama seperti di dalam anime seperti Pulau Raftel, Skypeia, The Marineford dan banyak lagi.

Lawat 21 Lokasi Ikonik & Bertempur Dengan Figura Lanun Gergasi, The One Piece Asia Tour Exhibition Kini Di Genting Highland!

Salah satu daripada zon tersebut akan melibatkan teater mini interaktif yang memaparkan kembara selama 25 tahun Luffy bersama Straw Hat Crew. Ia sememangnya mengimbau kembali memori peminat tegar One Piece.

IKLAN

Bukan setakat itu, pameran ini turut dihidupkan lagi dengan sususan arca-arca FRP (plastik diperkuat fiber) bersaiz sebenar karakter-karakter kegemaran seperti Luffy, Katakuri, Yamato, dan banyak lagi.

Malah, patung figura berbentuk 3D ini juga turut disusun mengikut babak-babak pertempuran yang pastinya membuatkan para pengunjung dari kalangan kanak-kanak, remaja mahupun dewasa pasti teruja untuk melawati setiap lokasi yang dikatakan memakan masa lebih 45 minit itu.

Dalam pada itu, anda juga boleh mencuba permainan interaktif AR yang disediakan disetiap lokasi pameran. Setiap permainan tersebut boleh dimuat naik menerusi telefon pintar anda.

Pada masa sama, jangan melepaskan peluang untuk berkunjung ke lokasi mini karnival yang terletak di Land of Wano.

IKLAN

Ketika di sana, anda boleh mencuba pelbagai aktiviti serta permainan menarik. Jika bernasib baik, hadiah berupa barangan eksklusif edisi terhad One Piece bakal menjadi milik anda.

Bagaimanapun, jangan risau. Kalau bukan rezeki anda, barangan-barangan tersebut turut dijual di booth-booth yang telah disediakan.

Kalau anda bukan peminat One Piece sekali pun, MH percaya pameran berskala mega ini mampu membuka hati ramai pihak untuk turut serta bersama jutaan manusia yang lain untuk meminati siri anime popular dunia itu.

Tiket mula dijual pada harga RM94 buat pengunjung tempatan berumur 18 tahun dan keatas. Manakala buat pelancong luar pula, tiket dijual pada harga RM114.

IKLAN

Kanak-kanak, remaja dan warga emas pula masing-masing dijual pada harga RM54.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web atau berkunjung ke platform media sosial seperti berikut;

Website : http://www.acemedia.network/event/onepieceasiatour/   

Facebook : www.facebook.com/onepieceasiatour

Twitter : www.twitter.com/onepiece_mytour

Instagram : www.instagram/onepieceasiatour

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI