Ads

Sejarah Tercipta! KRISTAL OG Buktikan 25 Tahun Masih ‘Solid’, ZEPP KL Dibanjiri Lebih 2,500 Peminat Rock

Buat julung kalinya, Pertubuhan Kasih KhaiRosma (PKKR) berjaya menganjurkan konsert sulung mereka menerusi persembahan penuh bermakna, Konsert KRISTAL OG – 25 Tahun Perjalanan yang berlangsung pada 1 Mei lalu di ZEPP Kuala Lumpur.

Walaupun sudah seminggu acara itu berlalu, namun kehangatannya masih terus diperkatakan peminat setia kerana konsert tersebut bukan sekadar sebuah persembahan biasa, sebaliknya menjadi simbol sambutan 25 tahun perjalanan mereka dalam arena muzik rock tempatan.

Pada malam bersejarah itu, lebih 35 buah lagu dipersembahkan menerusi 10 segmen penuh nostalgia termasuk ‘Tribute to Sifu Dato Awie’, selain segmen ‘Suatu Kenangan’ yang didedikasikan sebagai penghormatan kepada dua ahli kumpulan yang telah meninggal dunia.

Kira-kira 2,500 peminat hadir memeriahkan konsert tersebut dengan sama-sama menyanyikan lagu-lagu hits ikonik sambil menikmati pengalaman muzik ‘live’ yang mantap bersama produksi pentas bertaraf premium.

Tirai Konsert KRISTAL OG – 25 Tahun Perjalanan dibuka dengan segmen pertama yang membawa penonton mengimbau kembali fasa awal perjalanan mereka dalam dunia seni.

Sejarah Tercipta! KRISTAL OG Buktikan 25 Tahun Masih ‘Solid’, ZEPP KL Dibanjiri Lebih 2,500 Peminat RockSejarah Tercipta! KRISTAL OG Buktikan 25 Tahun Masih ‘Solid’, ZEPP KL Dibanjiri Lebih 2,500 Peminat RockSejarah Tercipta! KRISTAL OG Buktikan 25 Tahun Masih ‘Solid’, ZEPP KL Dibanjiri Lebih 2,500 Peminat RockSejarah Tercipta! KRISTAL OG Buktikan 25 Tahun Masih ‘Solid’, ZEPP KL Dibanjiri Lebih 2,500 Peminat RockSejarah Tercipta! KRISTAL OG Buktikan 25 Tahun Masih ‘Solid’, ZEPP KL Dibanjiri Lebih 2,500 Peminat Rock

Ads

Hadiah Buat Peminat Setia

Menurut Lan, konsert tersebut merupakan tanda penghargaan buat peminat yang tidak pernah berhenti menyokong perjalanan seni mereka sejak dahulu hingga kini.

“Konsert ini merupakan hadiah buat peminat setia yang selama ini memberi sokongan yang kuat kepada Kristal secara keseluruhan.

“Juga ia menjadi simbol penghargaan buat semua yang membesar bersama muzik Kristal dari era CD, radio, hingga ke era digital hari ini,” katanya.

Lan turut menambah, sambutan ulang tahun ke-25 itu cukup signifikan kerana ia menggambarkan perjalanan seninya sejak zaman kanak-kanak sehingga sekarang.

Ads

“Sepanjang kami terbitkan album sebanyak 13 album, ahli anggota kami bertukar-tukar tetapi konsep dan genre muzik tetap sama dan hanya dinyanyikan oleh Lan Solo.

“Jatuh bangun perjalanan Kristal sepanjang 25 tahun ini kami telah lalui pelbagai cabaran, dugaan, sedih, gembira, ada rakan kumpulan yang bertukar tetapi ianya tidak mematahkan semangat kami untuk teeus berkarya.

“Sehingga kini kami masih lagi relevan di telinga peminat, syukur alhamdulillah,” katanya lagi.

Tiga Drummer Satukan Energi Atas Pentas

Mengulas mengenai keunikan konsert tersebut, Lan berkata mereka menampilkan tiga set drum yang dimainkan oleh tiga drummer berbeza sebagai antara tarikan utama persembahan malam itu.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Ketiga-tiga mereka tampil mempamerkan kehebatan, mengikut turutan daripada album dari album pertama sehinggalah yang ke-13.

“Memberikan energi konsert yang lebih bermakna, ketiga-tiga mereka turut bersatu atas pentas sama, bermain drum serentak yang sekali gus memberi nilai tambah terhadap kemantapan persembahan pada malam itu,” katanyq.

Pihak produksi Konsert KRISTAL OG – 25 Tahun Perjalanan turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Komunikasi menerusi MyCreative Ventures atas sokongan berterusan terhadap pembangunan industri kreatif melalui Dana Kandungan Kreatif – Industri Muzik dan Dana Persembahan Muzik.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Harap Kita Dapat Berunding,” – Datuk Red Minta Maaf Secara Terbuka...

Usahawan yang juga pempengaruh, Datuk Seri Adnan Abu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas isterinya yang juga penyanyi, Adira Suhaimi di atas segala tindakan dan keterlanjuran katanya di platform media sosial, sebelum ini.
error: Hello. Cannot.