Ads

“Saya Takkan Minta Maaf Pada Akaun ‘Penunggang’ Kesihatan,” – Zul Ariffin Janji Tak Muat Naik Video Merokok Lagi, Terima Baik Teguran

Zul Ariffin
Zul Ariffin

Pelakon Zul Ariffin menafikan dakwaan dirinya cuba mempromosikan budaya merokok menerusi video yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini.

Menurut Zul, video tersebut dirakam secara spontan dan bukan bertujuan untuk menunjukkan contoh tidak baik kepada masyarakat.

Pada masa sama, dia turut mempersoalkan tindakan sebuah akaun media sosial yang disifatkan seolah-olah sengaja menyindirnya menerusi komen berbaur sarkastik.

“Saya Tak Pernah Galakkan Orang Merokok”

“Saya Takkan Minta Maaf Pada Akaun ‘Penunggang’ Kesihatan,” – Zul Ariffin Janji Tak Muat Naik Video Merokok Lagi, Terima Baik Teguran

“Apa yang berlaku ketika itu adalah satu tabiat buruk saya. Saya tak menggalakkan atau buat sebarang bentuk ‘endorsement’.

“Ketika itu, saya hanya mahu menikmati momen sekeliling. Kebetulan, cuaca dan anginnya juga sangat baik.

“Mereka cakap macam-macam seolah-olah saya mencuri tabung masjid. Saya faham jika ada orang tak suka kerana merokok merupakan tabiat buruk.

“Kalau anda nak membawa naratif saya menggalakkan orang hisap rokok, sila tunjukkan? Tiada siapa pun yang menggalakkan. Sata tak suruh cuba pun.”

Zul berkata demikian ketika ditemui pada acara tayangan perdana filem The Furious: Pertarungan Maruah yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Ads

Menurutnya lagi, dia agak terkilan apabila perkongsiannya itu dilihat seperti sengaja dijadikan sasaran demi meraih perhatian.

“Saya Takkan Minta Maaf Pada Akaun ‘Penunggang’ Kesihatan,” – Zul Ariffin Janji Tak Muat Naik Video Merokok Lagi, Terima Baik Teguran

“Filem Tarung: Unforgiven dapat kutip RM15 juta. Dalam filem itu, saya hisap rokok. Mana komen ucap tahniah itu? Tiada pun.

“Filem Libang Libu juga berjaya. Apa yang Beto Kusyairy letak di bahu? Kotak rokok. Tak nampak pula komen pihak tersebut. Bagitahu sahajalah anda memang sengaja nak komen.

“Tapi mereka tak nak mengaku. Mereka berselindung di sebelah profil media sosial. Mungkin ketika ini musim penunggang kesihatan,” ujarnya lagi.

Baca Artikel Lain;

Ads

https://www.mediahiburan.my/transformasi-terkini-zul-ariffin-turun-20kg-pitam-dua-kali-berdarah-hidung-demi-watak-baru-kalau-nak-memang-saya-akan-buat/

Mohon Maaf Secara Baik, Tapi Tegas Dengan Kecaman Melampau

Bagaimanapun, Zul mengambil pendekatan lebih matang dengan memohon maaf kepada individu yang menegurnya secara baik mengenai video tular tersebut.

Katanya, dia sedar akan kesilapannya dan berjanji untuk lebih berhati-hati selepas ini.

“Saya Takkan Minta Maaf Pada Akaun ‘Penunggang’ Kesihatan,” – Zul Ariffin Janji Tak Muat Naik Video Merokok Lagi, Terima Baik Teguran

“Dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada semua yang menegur mengenai tabiat buruk saya itu secara baik. Konten seperti itu tidak akan berlaku lagi. Itu janji saya.

“Namun, saya tidak akan minta maaf kepada platform ‘penunggang’ itu dan semua pihak yang memberikan komen-komen buruk. Saya kena tegas dalam hal seperti ini.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Yang beri komen buruk, itu melambangkan sifat mereka. Bukan sifat saya. Janganlah huru-hara sangat. Bertenang semua,” kombsi lagi.

Dalam masa sama, Zul menjelaskan bahawa dia tidak pernah memandang ringan soal kesihatan dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.

“Saya Takkan Minta Maaf Pada Akaun ‘Penunggang’ Kesihatan,” – Zul Ariffin Janji Tak Muat Naik Video Merokok Lagi, Terima Baik Teguran

“Tegurlah elok-elok. Jangan tegur macam memilih buffet. Orang ini anda tegur, orang itu tidak.

“Nak cakap fasal kesihatan, saya bersenam, pergi gimnasium setiap hari dan makan makanan sihat. Tak sihat celah mana lagi?,” akhirinya.

Sebelum ini, nama Zul menjadi perhatian ramai selepas memuat naik video memaparkan dirinya sedang merokok ketika berada di sebuah pusat peranginan.

Video tersebut menerima kecaman daripada segelintir netizen yang mendakwa tindakannya itu secara tidak langsung mempromosikan budaya merokok.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Astro One Raikan Sabah, Sarawak Dengan Tawaran Hiburan Lebih Jimat, Nikmati...

Sambutan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan bukan sekadar perayaan tradisi, malah ia juga menjadi simbol kebersamaan yang cukup dekat di hati masyarakat di Sabah dan Sarawak.
error: Hello. Cannot.