Pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha memaklumkan bapanya, Zainal Rashid baru sahaja menjalani pembedahan selepas berlaku pendaharan pada bahagian otak akibat terjatuh.

Jelas Hanis, bapanya itu bakal berhadapan dengan komplikasi yang lebih teruk sekiranya masalah tersebut lambat dikesan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

“Pembedahan otak berjalan dengan lancar atas izin Allah. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

“Doktor kata kalau lewat sikit je lagi, memang boleh hilang keupayaan bercakap, keupayaan bernafas dan seterusnya koma sebab otak dah compressed terlalu banyak darah,” kongsinya di Instagram.

“Kalau Lewat, Hilang Keupayaan Bercakap Dan…,” – Gangguan Ingatan Lepas Terhantuk, Bapa Hanis Zalikha Selamat Dibedah

Jelas isteri kepada pelakon Hairul Azreen itu lagi, pada mulanya, keadaan bapanya dilihat seperti tiada masalah sehinggalah dia dikatakan mengalami kesukaran untuk menggerakkan kakinya

IKLAN

“Kalau anda tahu sesiapa yang jatuh kepala terhentak, luaran memang takde apa tapi dalaman maybe boleh jadi pendarahan perlahan.

“Sejurus dari terjatuh, bila check X-Ray dan CT scan, ia tidak akan tunjukkan apa-apa kesan. Semuanya clear sahaja.

“Namun, dua atau tiga minggu kemudian, ia boleh berubah menjadi mimpi buruk apabila berlaku pendarahan besar di bahagian otak.

“Ayah saya sedar ada sesuatu yang tidak kena hampir sebulan lepas jatuh apabila ada gangguan ketika ingin menggerakkan kaki. Macam tersekat,” jelasnya lagi.

IKLAN

“Kalau Lewat, Hilang Keupayaan Bercakap Dan…,” – Gangguan Ingatan Lepas Terhantuk, Bapa Hanis Zalikha Selamat Dibedah

Hanis memaklumkan dirinya bertambah risau selepas bapanya juga dikatakan mengalami sedikit gangguan ingatan.

“Sebab dia jatuh terhentak dahi kiri. Bila anggota belah kanan yang terjejas, kami tahu mesti ada sesuatu yang tak kena di bahagian otak.

“Saya jumput dia dan bertanyakan tentang percutiannya di Acheh baru-baru ini. Dia jawab, ‘Bila daddy pergi Acheh?’. Ya Allah, ayah saya merupakan sangat cekap dan berpendirinan. Tiba-tiba sangat blur dan slow, jawab sepatah-sepatah.

IKLAN

“Jadi, saya habiskan masa sehari uruskan dia. Dapatkan nasihat daripada dua orang doktor pakar dan seorang doktor bedah.

“Hati saya lelah dan risau. Takutnya lagi lambat ni lagi banyak memori dia hilang,” akhirnya.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga bapa Hanis segera sembuh seperti sedia kala.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Hanis Zalikha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI