Mahu memberi peluang dan sokongan kepada bakat baharu industri muzik tempatan antara faktor utama mereka menjadi pilihan untuk beraksi dalam konsert yang dianjurkan.

Perkara itu dinyatakan oleh orang kuat syarikat pengeluar LPG, AC Gas yang menjadi penaja konsert SuriaVolusi pada bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AC Gas Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman berkata, mereka membuat permintaan itu kepada stesen radio Suria FM kerana faham susah payahnya bagi orang baharu memulakan langkah sebelum berjaya.

“Kami pernah melalui fasa mencabar ketika masih baharu memulukan perniagaan sekitar 2016 termasuk berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Saya tahu, sebagai orang baharu juga ramai yang belum percaya dengan kebolehan kita dan tidak tahu apa yang kita mampu lakukan,” katanya dalam sidang media sempena konsert SuriaVolusi anjuran Suria FM baru-baru ini.

Lantaran itu, Nik Mohd Fareez berkata pihaknya meminta Suria FM supaya memilih bakat baharu di samping bintang otai dalam konsert yang bakal diadakan di dua lokasi iaitu Petaling Jaya dan Kota Bharu.

Baginya, anak muda yang mahu memulakan tapak dalam industri muzik perlu diberikan sokongan dan ruang supaya mereka lebih menyerlah.

“Seperti AC Gas juga ketika mahu memulakan tapak ada yang sangsi dengan kami namun setelah diberikan kepercayaan kami semakin dikenali dan menjadi pilihan pengguna.

IKLAN

“Alhamdulillah kami sudah mempunyai 65 wakil sah berdaftar di seluruh Malaysia dan menggeluarkan 90,000 tong gas baharu sebulan melalui kilang kami di Meru,” katanya.

Mahu Beri Sokongan Dan Ruang, AC Gas Minta Suria FM Bawa Bakat Baharu Di Samping Penyanyi Otai Mahu Beri Sokongan Dan Ruang, AC Gas Minta Suria FM Bawa Bakat Baharu Di Samping Penyanyi Otai Mahu Beri Sokongan Dan Ruang, AC Gas Minta Suria FM Bawa Bakat Baharu Di Samping Penyanyi Otai

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suria Malaysia (@suriamalaysia)

Pengurus Besar Suria FM DJ Lin turut menyambut baik permintaan AC Gas itu dan mengakui stesen radio berkenaan turut mempunyai pendirian yang sama.

Dia berkata, Suria FM sentiasa memberikan peluang kepada artis baharu meskipun mereka belum menempa nama sehinggalah sudah dikenali.

“Di Suria FM kami tidak pernah pilih bulu. Semua penyanyi kami layan sama rata dan menyediakan peluang untuk mengetengahkan karya mereka.

IKLAN

“Ini termasuk dalam setiap acara dan konsert kami seperti siri jelajah sebelum ini yang sentiasa membabitkan bakat baharu, artis muda dan senior,” katanya.

SuriaVolusi yang dipersembahkan oleh Suria FM dan AC Gas, bakal berlangsung pada 21 dan 28 Oktober ini masing-masing di The Curve, Petaling Jaya serta di KB Mall, Kota Bharu Kelantan.

Antara barisan artis popular  yang terlibat ialah seperti Azlan and The Typewriter, Khai Bahar, Adira, Aris Ariwatan, Baby Shima, Floor 88, Kristal X, Aju Success, Halim Yazid & Dikir Barat dan Renggo Arrow.

Manakala barisan bakat baharu yang turut menjadi pilihan ialah Alyssa Dezek, Xone, Chaca Tisha, Aidilia Hilda, Killa Driz, Siqma X Razzuan, Shafiq Abdillah dan Asraf Nasir

IKLAN

Mengulas lanjut, Nik Mohd Fareez berkata, AC Gas berminat untuk menaja konsert SuriaVolusi kerana kesan positif selepas beberapa kali menyertai program anjuran Suria FM.

Akuinya, stesen radio itu membantu jenama syarikatnya AC Gas dikenali termasuk membabitkan peningkatan dari segi jualan.

“Kami sudah bersama Suria FM dalam banyak program sebelum ini dan terbukti memberikan impak yang baik kepada AC Gas dan kami percaya dengan kemampuan mereka membantu meluaskan perniagaan kami.

“Lebih menarik, kami juga bakal muncul dengan satu projek mega bersama Suria FM bagi tahun 2024 yang belum pernah dilakukan sebelum ini,” katanya.

AC Gas juga bakal berkongsi rezeki dengan pengunjung di dua lokasi konsert SuriaVolusi membabitkan hadiah bernilai RM50,000 termasuk wang tunai.

Kota Bharu juga menjadi pilihan kerana ia menjadi lokasi penubuhan syarikat itu dan AC Gas mula menapak.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI