Tidak dinafikan kebelakangan ini, nama figura popular termasuk pempengaruh media sosial yang tidak berkongsi tentang apa yang sedang berlaku di Palestin menjadi perhatian dalam kalangan netizen.
Masing-masing memberikan reaksi pelbagai susulan hal yang berlaku.
Ini kerana ada netizen berpendapat, individu yang mempunyai pengaruh besar di media sosial misalnya boleh menggunakan platform yang ada khusus memupuk kesedaran dalam kalangan pengikut mereka susulan kemelut yang berlaku.
Bagaimanapun, ramai sebenarnya individu popular menggunakan platform sosia mereka misalnya berkongsi perkembangan terkini dan juga membantu meraih dana bagi disalurkan kepada yang memerlukan.
Adik kepada Neelofa iaitu Ameera antara sebilangan pempengaruh yang menggunakan sosial media dengan sehabis baik berkongsi hal-hal yang berkaitan.
Ads
Dia dilihat berani berbuat demikian meski mempunyai banyak ‘engagement’ daripada luar negara berkaitan soal komitmen kerjaya.
Malah, pelakon terkenal Daiyan Trisha juga berbuat perkara sama sambil menyatakan sokongan dan perkongsian mempertahankan negara Palestine yang kini sedang bergolak.
Biarpun menyedari perkongsian itu mungkin boleh menjejaskan hubungan kerja dengan jenama antarabangsa, namun dia percaya segala rezekiNya.
Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha tak mahu ambil peduli dengan kesan selepas ini sejurus menyatakan pendiriannya untuk memberikan sokongan terhadap saudara Islam di Palestin yang kini dizalimi tentera zionis.
Menurut Daiyan, dia sanggup kehilangan kontrak bersama jenama-jenama gergasi antarabangsa daripada hanya berdiam diri melihat rakyat Palestin terus ditindas.
“Mungkin posting ini akan memberi kesan terhadap hubungan kerja saya dengan jenama-jenama antarabangsa tetapi apabila tiba masanya untuk saya berdiri teguh atas prinsip saya, saya tidak boleh berdiam diri untuk masa yang lama.
“Rezeki ada dimana-mana dan Allah telah memberi saya kejayaan dan kebahagiaan yang tidak pernah saya bayangkan selama ini alhamdulillah.
“Oleh itu di saat-saat gentir ini saya tak akan pernah boleh berdiam diri dan membelakangkan agama saya, kepercayaan saya dan paling utama, saudara-mara saya di Gaza yang sedang bertarung nyawa, dibunuh, diperlaku dengan sangat kejam dan dirampas segala hak kemanusiaan mereka,” tulisnya di Instagram.
Katanya lagi, pendiriannya juga tidak akan sesekali berubah meskipun namanya kini makin dikenali dunia.
“Mereka didiamkan sementara dunia disuap propaganda zionist yang sudah terang lagi bersuluh sebuah penipuan yang tidak masuk akal.
“Selama ini saya kerap bersuara dan saya tidak akan berhenti di sini hanya kerana saya mulai diiktiraf di persada yang berbeza. Malah saya akan bersuara dengan lebih lantang.
Pada masa sama, pelakon filem Projek: High Council ini jug menyeru kepada semua pihak untuk memberikan sumbangan semampunya buat rakyat Palestin.
“Dunia kita sudah makin hampir di saat-saat akhir. Jika ada masa yang tepat untuk kita bersuara dan melawan, ia adalah sekarang.
“Saya sudah pun menyalurkan RM20k menerusi Persatuan Cinta G AZ A Malaysia @cintagazamalaysia dan saya menyeru kepada anda untuk turut sama menyumbang semampunya,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Daiyan Trisha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nama Exists tidak perlu lagi diperkenalkan lagi dan tentunya deretan lagu popular mereka seperti Jesnita, Julia, Mengintai Dari Tirai Kamar, dan banyak lagi akan terus menjadi halwa telinga pendengar.
Terbaharu, mereka bakal menghangatkan dua negeri di Borneo iaitu Sarawak dan Sabah menerusi Konsert Exists Borneo Tour yang akan berlangsung pada 17 Disember di Sarawak dan seterusnya Sabah pada 30 Disember depan.
Konsert Exists Borneo Tour Sarawak akan dilangsungkan di Borneo Convention Center, Sarawak manakala Sabah International Convention Center menjadi menu persembahan di Sabah.
Pemain keyboard, Ajai, berkongsi keterujaan untuk tampil di dua negeri itu selepas lebih 20 tahun tidak hadir mengadakan konsert berskala besar di sana.
“Lebih 20 tahun kami tak muncul mengadakan persembahan di Borneo. Jadi, kami akan persembahkan lagu-lagu yang boleh dinyanyikan bersama peminat.
“Ada juga lagu-lagu yang tak pernah dimainkan, tapi diminta oleh peminat. Jadi, kami akan persembahkan juga,” katanya.
Tambah Ajai, lagu-lagu mereka juga berjaya menarik perhatian peminat generasi muda.
“Contohnya, di Hausboom sebelum ini. Kami mensasarkan kumpulan pendengar daripada generasi muda. Jadi, kami mainkan lagu-lagu rancak.
“Namun, mereka sebenarnya menunggu untuk kami mainkan lagu berentak perlahan. Jadi, walaupun budak-budak muda ini berpakaian mengikut trend terkini, mereka masih lagi membudayakan muzik Malaysia yang mana, akarnya tetap ke situ juga,” katanya.
Dalam pada itu Ajai menambah, mereka sudah mula menjalani latihan sejak dua minggu lalu.
“Kami dah jalani latihan sejak dua minggu lalu. Satu perkara yang saya boleh katakan mengenai Exists adalah, disiplin yang mana membuatkan kami kekal sebagai band.
“Walaupun masing-masing sibuk dengan kerja dan komitmen masing-masing, tetap ada masa untuk bersatu menjalani latihan,” katanya.
Ditanya mengenai anggota yang akan tampil di konsert itu nanti, Ajai berkata, setiap anggota yang muncul membuat persembahan adalah nyawa kepada kumpulan itu.
“Paling utama, keberadaan barisan anggota inilah yang memberi nyawa kepada Exists. Setiap apa yang dibariskan di barisan hadapan setiap persembahan kami, itulah nyawa Exists.
“Ikatan itu sentiasa ada dan tak pernah ada sebarang pertelingkahan,” katanya lagi sambil diakui anggota Exist lainnya.
Sementara itu Along pula menjelaskan, ketiadaan Mamat kali ini ada sebabnya.
“Kita tak tampilkan barisan ‘line up’ ‘reunion’ kali ini. Jadi, sebab itulah Mamat tak ada bersama kami. Di konsert yang akan berlangsung pada 22 Disember di Kuala Lumpur, Mamat akan ada bersama.
“Peminat pun dah faham situasi di mana, akan ada konsert yang menampilkan Ezad, atau Mamat sahaja. Kami pun tak terikat apa-apa. Boleh jadi ada konsert yang menampilkan salah seorang dan ada yang berdua.
“Kami lihat juga kelapangan jadual mereka untuk tampil di sesuatu acara. Jadi, kami bagi kelonggaran dari aspek itu. Tapi, untuk Konsert Exists Borneo Tour, kalau penganjur ingin tampilkan Mamat bersama, jadi, kami akan tampilkannya,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz, Bella Astillah, membidas kenyataan pelakon, Sophia Albarakbah mengenai kehadirannya di program Ally Star Gegar Vaganza Ahad lalu.
Dakwa Bella, kenyataan Sophia yang merasakan dirinya keluar selepas penyanyi, Liza Hanim membuat persembahan adalah tidak benar.
Katanya lagi, Sophia sebenarnya dilihat meninggalkan dewan sebaik sahaja Aliff selesai membuat persembahan.
“Ya Allah, masih nak menipu. Stay lepas Liza Hanim? Serious la dia ni. Dah lah nama tiada dalam guest list.
“Kemudian, lepas Aliff habis je nyanyi dia terus gerak balik,” tulisnya.
Kenyataan itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.
Pada masa sama, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut memaklumkan dirinya tidak pelik sekiranya Sophia memberikan kenyataan sedemikian.
“Dah lah duduk depan wartawan, pastu nak menipu lagi. Haih tapi tak hairan lah dia ni dah biasa menipu dan putar belit,” ujarnya lagi.
Terdahulu, ketika ditemui media pada petang tadi, Sophia menjelaskan kehadirannya di program All Star Gegar Vaganza bagi menyokong sepupunya, Aishah Retno yang membuat persembahan di program GV Live Plus.
Katanya lagi, dia juga punyai hak untuk menghadiri mana-mana program yang diingininya.
Sebelum ini Sophia dan Aliff pernah mencetuskan kontroversi apabila didakwa menjalinkan hubungan cinta ketika menjalani penggambaran drama bersiri, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Bella Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.