Pelakon meningkat naik, Meerqeen tampil memberikan respon terhadap sindiran seorang individu yang mengatakan dirinya bakal dimasukkan ke neraka kerana tidak berkongsi sebarang hantaran berkaitan keganasan yang berlaku di bumi Palestin.
Menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shaugeen Shaiful Izam, tidak semua perkara harus dikongsikan kepada umum dan sebagai seorang muslim, dia sudah melakukan yang terbaik.
“Terima kash, saya seorang muslim. Tanggungjawab saya sebagai orang muslim saya dah jalankan.
“Bukan semua perlu share dengan semua. Cukup saya dan maha Esa tahu apa yang saya buat untuk saudara disana sudah memadai,” tulisnya di ruangan komen Instagram.
Terbaharu, pelakon drama Melur Untuk Firdaus ini juga telah memuat naik sebuah hantaran khas di Instagram untuk menyatakan pendirian dan sokongan terhadap saudara muslim yang ditindas di Palestin.
Menurutnya, dia telah dididik oleh kedua-dua ibu bapanya untuk bersuara menentang sebarang ketidakadilan yang berlaku di muka bumi ini.
“Saya pasti sema orang tahu akan situasi yang sedang berlaku hari ini. Saya adalah seorang Muslim. Saya dididik dengan lengkap oleh kedua ibu bapa saya akan nilai-nilai yang perlu saya tampil dan perjuangkan sebagai seorang Muslim.
“Saya tidak pernah walau sekali pun berpaling dari pendirian saya itu.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menegaskan bahawa saya mengutuk dan mengeji sekeras-kerasnya keganasan dan kezaliman.
“Sebagai seorang Muslim dan seorang Manusia, saya percaya akan tanggungjawab saya untuk terus berusaha menjadi Khalifah di bumi pinjaman ini dan memperjuangkan keadilan serta kedamaian,” tulisnya.
Pada masa sama, pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020 ini turut memanjatkan doa semoga keganasan yang berlaku di bumi Palestin akan segera berakhir.
“Doa dan harapan saya akan sentiasa terus untuk saudara-saudara kita yang terpaksa menghadapi keganasan dan kezaliman di bumi mereka.
“Dengan kudrat dan kemampuan saya yang kecil ini, saya akan terus menjalankan tanggungjawab saya dalam memerangi kezaliman dan menunjukkan akhlak sebagai seorang Muslim yang sebenar.
“Saya percaya kepada perancangan Allah SWT, dan hanya Dia yang akan membalas setiap kezaliman dari awal hingga akhir waktu,” ulasnya lagi.
Sebelum ini, Meerqeen telah dikritik hebat netizen kerana tidak bersuara dan menggunakan pengaruhnya untuk memberikan kesedaran terhadap konflik di Palestin.
Bukan setakat itu, netizen turut memuat naik semula video temubual Meerqeen bersama media tempatan ketika mengulas mengenai fotonya bersama pelakon popular dunia, Gal Gadot.
Disebabkan foto tersebut, ada pihak yang beranggapan Meerqen tidak sensitif memandangkan Gal Gadot berpihak kepada Israel yang juga merupakan negara kelahirannya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Meerqeen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi posting Instagram terkini, aktor Beto Kusyairy ada berkongsi foto lamanya bersama maskot ikonik tahun 90-an, ALONG yang pernah menghiasi kaca televisyen sebagai antara program kanak-kanak popular tidak lama dulu.
Selain foto tersebut, Beto turut berkongsi maskot terkini yang disarung, khusus bagi mendukung watak menerusi telefilem istimewa sempena Hari Bapa, Seketika.
Katanya menerusi ruangan kapsyen, kali terakhir dia mengenakan maskot adalah pada tahun 2004 lalu sehinggalah diberi peluang untuk menyarung maskot kembali selepas 15 tahun.
Tugasnya pada ketika itu ialah menghiburkan kanak-kanak sambil berkongsi ilmu Matematik.
Lalu menerusi ruangan komen pula, rata-rata peminat teruja apabila mengetahui pelakon tersebut merupakan individu di balik maskot ALONG yang popular suatu masa lalu.
Malah ada juga yang berkongsi kisah saat menonton program kanak-kanak infomatif itu.
Foto : Instagram Beto Kusyairy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) akan memulakan tugas baharu sebagai penyampai radio stesen Hot FM bermula Rabu depan.
Khairy, 47, atau KJ mengesahkan penyertaannya dalam gandingan skuad Bekpes Hot menerusi temuramah melalui telefon pada segmen sama yang bersiaran pagi tadi.
Dua minggu lalu, Hot FM membuat surat tawaran terbuka di laman Instagram mereka kepada bekas ahli parlimen Rembau itu selepas KJ dipecat daripada keahlian UMNO.
Media Prima Audio (MPA) menerusi satu kenyataan berkata, KJ akan memulakan tugasnya sebagai penyampai radio setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi bergandingan bersama Johan, AG dan Fara Fauzana.
Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata, peluang menawarkan Khairy sebagai penyampai radio diambil Hot FM bagi memastikan pengisian dan kandungan segmen Bekpes Hot lebih segar dan relevan kepada pendengar.
“Khairy atau KJ bukan saja ahli politik dan pemimpin yang hebat, tetapi juga beliau pempengaruh yang mempunyai impak besar buat rakyat Malaysia.
“Kehadiran KJ bukan hanya akan memberi sesuatu yang berbeza kepada pendengar menerusi gandingan ahli politik, pelawak dan penyampai radio, tetapi dimensi baharu untuk landskap radio negara.
“Pengisian dan kandungan segmen akan diolah untuk menjadi lebih segar, komedi yang melucukan, celoteh dan gelak tawa yang menghiburkan serta mampu memberi aura positif kepada pendengar,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Elfira Loy memaklumkan anak lelakinya, Muhammad Rayyan Khalaf kini sedang dirawat di hospital setelah kerap mengalami gejala batuk, selesema dan demam sejak dua minggu yang lalu.
Jelas Elfira, setelah melakukan pemeriksaan darah, doktor mendapati bacaan darah putih anaknya itu dikatakan meningkat dengan agak mendadak.
“Hari pertama di hospital. Saya masih ingat kali terakhir kita di sini dan sekarang kita kembali lagi. MashaAllah.
“Disebabkan dah dua minggu batuk, selsema tak reda dan kerap demam. Kami lakukan ujian darah dan keputusannya sel darah putih anak saya sangat tinggi 16.5 kot, normal adalah 11.
“Jadi, doktor bagitahu kami yang Rayyan ada microplasma bacteria. Dia akan memberi kesan pada tekaknya. Sebab itu tonsil Rayyan besar sangat. Dah stage 3,” katanya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Pada masa sama, Elfira turut berharap agar penyakit pneumonia yang pernah menyerang anaknya satu ketika dahulu, tidak berulang lagi.
“Jadi, sekarang tengah tunggu keputusan x-ray pula untuk lihat ada pneumonia ke tidak. Semoga penyakit pneumonia tak datang kembali. Doakan ye.
“Mommy memang takut hospital. Saya risaukan dia tapi tengoklah dia. Sangat gembira dan riang. Bila doktor nak periksa je dia dah tahu dah rutinnya dan akan bagi kerjasama Dia yang tunjuk apa nak buat next next. Anak yang sangat kuat, tentu sekali bukan macam saya,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga Rayyan lekas sembuh seperti sedia kala.
Sekarang informasi, Elfira telah mendirikan rumah tangga dengan suami, Muhamad Faris Khairol Anuar pada tanggal 1 Januari 2019.
Selain Rayyan, pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan yang diberi nama Nur Aria Mikayla.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Elfira Loy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak pagi Jumaat, kita dikejutkan dengan berita melibatkan pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah yang dilaporkan bakal bercerai selepas hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga.