Ads

Pernah Jual Penapis Air & Sertai Askar Wataniah, Faizal Akhirnya Kembali Ke KL Selepas 10 Tahun Di Terengganu – ‘Allah Buka Jalan Rezeki.”

Lama menyepi daripada radar industri hiburan tanah air, penyanyi Faizal mengakui namanya semakin kurang mendapat perhatian sejak memutuskan untuk kembali menetap di Terengganu kira-kira 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, Faizal menegaskan dia tidak pernah meninggalkan dunia nyanyian, malah masih aktif menerima undangan persembahan di negeri kelahirannya itu.

Pernah Jual Penapis Air & Sertai Askar Wataniah, Faizal Akhirnya Kembali Ke KL Selepas 10 Tahun Di Terengganu - ‘Allah Buka Jalan Rezeki.”

“Sebelum ini, saya banyak menetap di Terengganu. Namun sekarang, saya sudah menetap di Kuala Lumpur. Saya baru sahaja berpindah.

“Jika ada yang bertanya ke mana saya menghilang, hampir 10 tahun saya di Terengganu.

“Sebab itulah saya jarang mendapat perhatian daripada pihak media. Bagaimanapun, saya tidak berhenti menyanyi. Saya banyak buat persembahan di Terengganu,” katanya kepada MH.

Juara Akademi Fantasia musim keempat itu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Gegar Vaganza musim ke-13 (GV13) yang berlangsung di Menara Ken, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Pernah Jual Penapis Air & Sertai Askar Wataniah, Faizal Akhirnya Kembali Ke KL Selepas 10 Tahun Di Terengganu - ‘Allah Buka Jalan Rezeki.”

Terdahulu, Faizal diumumkan sebagai salah seorang daripada 13 peserta kelahiran AF yang bakal bersaing di GV13 menerusi tema Gegar Vaganza Fantasia (GVF).

Pernah Lakukan Pelbagai Pekerjaan, Termasuk Askar Wataniah

Sepanjang 10 tahun menyepi daripada perhatian umum, penyanyi lagu Lihatlah itu mendedahkan dia pernah melakukan pelbagai jenis pekerjaan, termasuk berkhidmat sebagai askar wataniah.

Ads

Pernah Jual Penapis Air & Sertai Askar Wataniah, Faizal Akhirnya Kembali Ke KL Selepas 10 Tahun Di Terengganu - ‘Allah Buka Jalan Rezeki.”

“Saya juga ada melakukan beberapa pekerjaan lain. Dahulu, saya hanya menantikan jemputan persembahan sahaja.

“Kini, saya bukan hanya menyanyi. Saya juga menjual penapis air dan penah terlibat sebagai askar wataniah.

“Jadi, tak pelik sekiranya orang bertanya ke mana saya menghilang. Bila buat bermacam-macam kerja, saya jadi kurang fokus di media sosial,” ujarnya lagi.

Tambah Faizal, keputusan untuk kembali menetap di Kuala Lumpur bukanlah disebabkan penyertaannya dalam GV Fantasia.

Sebaliknya, dia baru sahaja memulakan perniagaan produk kesihatan sendiri.

Ads

Pernah Jual Penapis Air & Sertai Askar Wataniah, Faizal Akhirnya Kembali Ke KL Selepas 10 Tahun Di Terengganu - ‘Allah Buka Jalan Rezeki.”

Namun, dia menganggap penyertaannya dalam GV Fantasia sebagai peluang terbaik untuk memperkenalkan semula namanya kepada peminat selepas sekian lama menyepi.

“Saya sebenarnya berpindah ke Kuala Lumpur bukan kerana GV Fantasia. Ketika ini, saya sedang mengusahakan produk sendiri. Ada bermacam-macam produk kesihatan yang saya keluarkan.

“Kini, saya aktif berniaga secara langsung di media sosial. Saya juga sudah mula mendapat beberapa jemputan persembahan sejak berpindah ke sini.

“Menyertai GV Fantasia adalah bonus sebenarnya. Allah bukakan saya jalan rezeki. Saya dilamar sejak tiga bulan yang lepas. Ini peluang besar buat saya untuk kemunculan semula.

Ads

“Ia juga satu langkah yang mudah untuk saya kembali perkenalkan diri. Ketika ini, mungkin ramai yang tak kenal saya. Bila sudah mula program nanti, orang mungkin akan lebih kenal. GV Fantasia ini satu rahmat buat saya,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Syukur Masih Dikurniakan Bakat Nyanyian Selepas 20 Tahun

Dalam pada itu, Faizal turut meluahkan rasa syukur kerana masih mampu menyanyi meskipun sudah genap 20 tahun bergelar juara Akademi Fantasia musim keempat (AF4).

Pernah Jual Penapis Air & Sertai Askar Wataniah, Faizal Akhirnya Kembali Ke KL Selepas 10 Tahun Di Terengganu - ‘Allah Buka Jalan Rezeki.”

“Saya bersyukur kerana masih boleh menyanyi pada waktu sekarang. Saya menjadi juara Akademi Fatasia 4 pada 2006. Kini, 20 tahun sudah berlalu.

“Allah masih memberikan saya bakat dan boleh menyanyi. Malah, ingatan saya juga masih kuat untuk menghafal lirik-lirik lagu saya,” akhirinya.

GV Fantasia bakal bersiaran mulai 8 November ini menerusi saluran Astro Ria, Astro Go dan sooka.

Selain Faizal, antara peserta yang turut bersaing termasuklah Mawi, Stacy, Firman, Vince, Zahid, Mila, Faizul dan Shahir.

Empat lagi peserta masih menjadi tanda tanya dan bakal diumumkan pada konsert minggu pertama.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Zarif Ghazzi Kayuh Beca Dinaiki Siti Nurhaliza Di SNBJ, Angggap Pengalaman...

Pelakon, Zarif Ghazzi meluahkan rasa bangga apabila diberi peluang bekerjasama dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Konsert Gema Bumantara yang berlangsung baru-baru ini.