BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjalani kuarantin secara sukarela selama 14 hari selepas menjadi kontak rapat dengan Ahli Parlimen Kuching, Dr Kelvin Yii yang disahkan positif Covid-19.

Dr Mahathir berkongsi pengalamannya menerusi satu video eksklusif yang dikongsi bersama Buletin Utama TV3.

“Ini pengalaman saya sekarang ini, terkurung di rumah tidak boleh keluar, tidak boleh jumpa sesiapa pun, tidak boleh bersalam dengan orang tapi Alhamdulillah tidak begitu berat bagi saya.

“Orang ramai juga tidak perlu pulang ke kampung dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Kita mesti berjaga-jaga dan mengawal diri kerana tempoh 14 untuk ‘mengurungkan’ diri adalah untuk kebaikan bersama.

IKLAN

“Ini usaha kita menunaikan ajaran agama iaitu kita perlu berusaha sendiri sebelum berdoa dan solat hajat kita dimakbulkan oleh Allah.

“Bukan balik kampung atau tinggal di kampung tetapi tinggal di tempat kita berada sekarang, tidak (perlu) balik kampung kerana kalau kita balik, seolah kita bercuti, mungkin kita bawa penyakit (Covid-19) ini ke kampung dan (jika) di kampung kita tak jaga diri kita, maka orang kampung pula dapat sakit, oleh itu jangan balik kampung,” katanya.

IKLAN

Menerusi laman Instagram miliknya juga, negarawan ulung ini menegaskan agar rakyat tidak mengambil ringan akan wabak yang melanda.

“Semua langkah berjaga-jaga ini perlu dilakukan sekarang ini, jangan ambil ringan perkara ini. Wabak ini amat berbahaya.

“Ia adalah sejenis plagues yang merebak, yang oleh menjangkiti berpuluh ribu bahkan ratus ribu orang.

IKLAN

“Stay safe everyone. We will get through this together. #DudukRumah,” kongsinya.

Sehingga hari ini, Malaysia mencatatkan 900 kes jangkitan dengan dua kematian.

Foto : Instagam Tun Mahathir

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI