HomeBerita“Saya Rasa Terpanggil Untuk…,” – Tun Dr. Mahathir Jadi Tetamu Eksklusif Di...
“Saya Rasa Terpanggil Untuk…,” – Tun Dr. Mahathir Jadi Tetamu Eksklusif Di ‘IG Live’ Sebagai #BerseoranganBersama, Kelolaan Neelofa, Ditonton Lebih 85k Penonton!
Neelofa hari ini mencipta kenangan dan kejayaan tersendiri apabila program santai kelolaannya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, #berseoranganbersama menerima kehadiran mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-8, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai tetamu eksklusifnya.
Direncanakan bermula pada pukul 11 pagi, temu bual berkenaan diawalkan setengah jam atas faktor tertentu.
Bersiaran selama hampir 30 minit, rata-rata soalan yang diajukan Neelofa kepada Tun diambil daripada soalan-soalan yang dikemukan oleh peminatnya di laman Instagram.
Antara jawapan yang menarik perhatian sepanjang sesi tersebut ialah nasihat terbaik yang Tun Mahathir pernah terima dan sentiasa berbekas di hatinya.
Menurut beliau, nasihat arwah ibunya: “don’t overstay your welcome”merupakan salah satu sebab Tun Mahathir mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 pada Oktober 2003.
Antara perkara lain yang dibualkan mereka adalah nasihat Tun Mahathir kepada peniaga atau usahawan kecil dalam menghadapi cabaran COVID-19 selain apa yang Malaysia perlu lakukan dalam mengekang penularan wabak berkenaan.
Ads
Sementara itu, Tun Mahathir yang mesra dengan panggilan Che Det itu turut memberitahu mengapa beliau gemar membawa buku nota kecil bersamanya.
Hal ini kerana, menurut Tun Mahathir, kita mungkin boleh terlupa apa yang ada di fikiran. Tetapi, apabila kita menulis, kita akan sentiasa ingat tentang perkara-perkara tertentu.
Pada masa sama, Tun Mahathir turut memberikan nasihat supaya ramyat Malaysia sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.
Ads
“Kita negara yang sangat bertuah, kita kurang kena bencana alam sebab kita di kelilingi oleh Indonesia dan Filipina yang sentiasa menjadi benteng terhadap musibah.
Jadi, apabila kita diserang COVID-19, kita kena bersatu hati, jangan panik dan melihat semua dengan positif. Sentiasa mendengar arahan pihak berwajib, dan jaga disiplin,” nasihat beliau.
Sementara itu, ditanya mengenai idea penghasilan program bual bicara mini di Instagram Live ini, Neelofa menjelaskan dirinya turut terpanggil untuk sama-sama membantu mengekang penularan COVID-19 di negara ini.
Ads
“Saya berasa terpanggil untuk membantu Malaysia dalam memerangi COVID-19. Selain bantuan kewangan, saya rasa kita juga perlukan suara yang sentiasa mengingatkan dan memberi info berguna kepada rakyat Malaysia, mengenai apa yang boleh kita lakukan secara bersama, dalam memastikan kita mampu mengatasi masalah ini secara total.
“Insya-Allah, jika berpeluang, saya akan perbanyakkan lagi sesi sebegini sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.
Untuk rekod, sesi bual bicara antara Neelofa dan Tun Mahathir menerima jumlah tontonan seramai iaitu kira-kira 85,000 penonton.
Terdahulu, #BerseoranganBersama turut menampilkan selebriti gred A lainnya dari dalam dan luar negara seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dato’ Sri Rossa dan Nora Danish.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Qi Razali mendedahkan dia ada menerima mesej peribadi menyentuh hati daripada pengguna media sosial sejurus menonton filem terbaharu lakonannya, Babah yang kini masih rancak ditayangkan di pawagam.
Qi atau nama sebenarnya, Qushairi Mohammed Razali, 47, yang mendukung watak utama menerusi filem berkenaan berkata, mesej yang diterima kebanyakannya berkisah mengenai hubungan kekeluargaan di antara bapa dan anak.
Ada Bapa Turut Mesej
“Ada satu yang ingat, remaja berkenaan memberitahudia bergaduh dengan bapanya sehingga ingin lari dari rumah dan menghilangkan diri daripada keluarga.
“Panjang mesej yang dia hantar pada saya. Namun pada hujung mesej itu, dia ucap terima kasih dan mahu berbaik kembali dengan bapanya.
“Saya kongsikan mengenai perkara itu di media sosial saya dan kemudian kakak kepada remaja berkenaan turut tinggalkan komen dan turut ucap terima kasih,” katanya.
Qi pada masa sama turut mengakui ada para bapa yang turut menghantar mesej mengucapkan terima kasih atas keberkesanan watak yang dijayakan.
Malah dia turut terharu apabila kini lebih ramai yang faham dan menghargai peranan serta tanggungjawab seorang ayah di dalam institusi keluarga.
Sementara itu, Babah yang mencipta sukses tersendiri apabila mengaut kutipan sekitar RM6 juta dalam tempoh hampir tiga minggu tayangan kini memasuki pasaran Singapura.
Penerbitnya, Nadia Mohd Nadzri menjelaskan, susulan sambutan baik terhadap naskhah yang mengambil latar pengorbanan seorang bapa kelainan upaya (OKU) pendengaran itu, ia turut mendapat permintaan untuk ditayangkan di Borneo.
Terima Reaksi Baik Khalayak
“Kami jujurnya terharu dengan maklum balas ramai terhadap cerita mengenai hubungan bapa dengan anak perempuannya dapat menyentuh hati penonton.
“Walaupun sudah hampir tiga minggu di 99 pawagam seluruh negara, masih ramai yang hadir menonton dan difahamkan macam berlaku gelombang kedua kerana cuti hujung tahun.
Malah tambahnya lagi, sambutan positif itu tetap ada meski Babah bersaing dengan beberapa filem lain yang lebih besar bajetnya.
“Syukur alhamdulillah. Kami memberikan sepenuh jiwa dan merealisasikan kisah ini dengan ikhlas yang membuatkan karya ini berjaya menyentuh hati penonton.
“Kami pun tak sangka bila filem ini tular dan jadi ‘fyp’ di media sosial seterusnya jadi bualan. Apa yang boleh kami katakan, ia semuanya berlaku secara organik,” katanya lagi.
Selain Qi, Babah terbitan Nads Media Entertainment yang ditayangkan sejak 5 Disember lalu ini turut membariskan Qistina Suzzane, Sweet Qismina, Adam Lee dan Kis Aisha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon cantik, Shima Anuar mendedahkan suaminya ada memberikan reaksi apabila berat badannya kini kian susut hasil dari pengambilan bijirin, ikan dan sayur-sayuran.
Kongsi bintang Highland Tower ini menerusi Instagram buat tatapan umum, berat badannya sudah menurun dari 55 kilogram Ahad lalu kepada 52.8 kilogram kira-kira seminggu selepas itu.
“Ni la hasil makan oats dgn ikan n sayur. I dah kena stop diet. Look at my face. My husband said macam org hisap dadah. Lengan dah macam jerangkung. Hahah!
“Last sunday berat i 55kg. Today 52.8kg. I didn’t expect akan turun secepat tu dalam masa seminggu. (actually 5 days je sbb semalam i dah belasah makan nasi kandar),” tulisnya.
Tidak mengambil mana-mana ubat untuk kurus, ibu kepada dua cahaya mata ini turut berkongsi cara diet dan gaya hidup sihat yang diamalkan menerusi posting di media sosial sebelum ini.
“Kalau nak tau apa i buat, just scroll my ig. I dah bgtau semua da apa yg i buat.
“No ubat kurus! And 1 lagi tips yg i boleh bagi, jangan ada cheat day selagi tak dapat target yg korang nak. Ok? Good luck guys!,” jelas Shima.
Pelakon, Jasmin Hamid memohon jasa baik orang ramai untuk membantu mengesan sebuah kenderaan yang disyaki terlibat dalam insiden langgar lari membabitkan adik iparnya, pada 9 Februari lalu.
Bintang berusia 47 tahun ini memberitahu perkara itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Menurut Jasmin, akibat kejadian berkenaan, tangannya patah dan alami keretakan tulang.
“As Salam dan Salam Sejahtera buat followers saya yang budiman. Saya mohon PERTOLONGAN dan EHSAN kalian untuk trace PLAT NO kereta hitam seperti dalam gambar ini yang telah LANGGAR LARI adik ipar saya pada 9 Feb 2022 dan menyebabkan TANGAN KANAN adik ipar saya PATAH dan tulangnya HANCUR,” tulisnya.
Maklumnya lagi, insiden malang itu berlaku sekitar jam 8.45 pagi di Jalan Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Serentak dengan itu, pelakon drama bersiri Cinta Amnesia turut berkongsi cerita mengenai kejadian yang berlaku.
“Kejadian pada 8.45am pada 9 Feb 2020 di Jalan Changkat Bukit Bintang. Kereta hitam tersebut telah menggesel motor adik ipar saya semasa dia nak naik motor semula selepas keluar dari kedai runcit yang terletak di tepi jalan Changkat Bukit Bintang dan menyebabkan dia jatuh terseret dan di hempap oleh motornya.
“MENURUT INFO dari orang- orang sekitar yang tolong adik ipar saya semasa kejadian dan Menerusi CCTV yang di perolehi dari kedai berhampiran tempat kejadian.
“Kereta hitam tersebut di pandu agak laju di kawasan kedai tersebut dan dia berhenti agak jauh ke hadapan selepas LANGGAR adik ipar saya.
“Tapi bila dia lihat ada orang yang tolong adik ipar saya yang jatuh, dia terus pergi tanpa berpatah balik. Kereta itu dipandu oleh seorang PEREMPUAN dan pakai MASK..” tulisnya lagi.
Tambahnya lagi, pihaknya kini telah mengambil tindakan undang-undang membuat satu laporan kepada pihak berkuasa berhubung kes tersebut.
Lantas, Jasmin memohon agar pemandu kenderaan terbabit segera tampil untuk bertanggungjawab atas segala kecuaian yang telah dilakukannya.
“MOHON PEMANDU TERSEBUT TAMPIL UNTUK TOLONG KAMI DAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS KEJADIAN INI.
“Kami telah pun buat REPORT POLIS sebaik selepas kejadian dan KES TELAH DI SIASAT tapi malangnya masih tak dapat trace PLAT NO kereta hitam tersebut dan KES TELAH DITUTUP.
“Kami cuma diberi peluang untuk BUKA KES BALIK jika ada INFO tentang PLAT NO kereta hitam tersebut,” tulisnya lagi.
Dalam usaha mengangkat seni tari Malaysia, Stephy Dance Group (SDG) menjalinkan kerjasama strategik dengan VIBES International Agency (VIBES).
Pengasas SDG, Datuk Stephanie Low berkata menerusi...