Clarence House mengesahkan Putera Charles, anak sulung kepada Ratu Elizabeth positif Covid-19 selepas mengalami simptom ringan pada 22 Mac lalu.
Pewaris takhta berusia 71 tahun itu menjalani ujian saringan pada Isnin dan keputusan yang diumumkan pada Selasa menunjukkan dia dijangkiti.
Bagaimanapun isterinya, Camilla, Duchess of Cornwall tidak dijangkiti wabak tersebut.
Ads
Kenyataan rasmi melaporkan, kedua-dua kerabat itu kini menjalani kuarantin di Scotland.
Ads
Menurut laporan, doktor mengesyaki putera raja itu telah terkena jangkitan sejak 13 Mac.
Ads
Terdahulu putera itu difahamkan telah menganjurkan sebuah persidangan yang turut dihadiri Putera Albert dari Monaco yang dilaporkan turut mengalami jangkitan virus Covid-19 minggu lalu.
Pelakon, Datin Niena Baharun berkongsi pengalaman cemas apabila permata hatinya, Adiel Mikail tersungkur baru-baru ini di tepi bucu lantai hingga meninggalkan kesan pada bahagian dahi kanak-kanak berkenaan.
Sebelum ini, bintang Jangan Benci Cintaku ini turut mendedahkan dahi Adiel sedia benjol selepas terhantuk pada pintu sebelum ini.
“Daddy cakap biasalah anak boy tengah lasak. Tapi mommy risau parut tu macam mana nak hilang.
“Tapi takpe asalkan, @adielmikael okay. Petang semalam al kisahnya dia tersungkur dekat tepi bucu lantai, dahi yang terkena dulu.
“Sebelum tu dah ada benjol dekat tempat yang sama akibat terhantuk dengan pintu sebab duk main celah celah langsir. Sabar jelah. Nasib baik luka tk teruk sangat.
“Harap harap selepas kejadian ni, Adiel Mikael makin behave,” doa Niena buat putera pertamanya itu.
Tiada kata-kata mampu diungkapkan bagi meluahkan penghargaan buat kakitangan barisan hadapan yang berkorban nyawa, masa dan keluarga bagi memastikan Malaysia terus bertahan dalam menghadapi wabak Covid-19.
Sekeping foto yang dikongsi mendatangkan rasa sebak, kakitangan hospital terduduk dan terbaring keletihan di ruang koridor hospital demi memberi khidmat buat mangsa jangkitan Covid-19.
Kongsi Mark Adam, dia cukup menghormati dan akan mengingati jasa yang dicurahkan sehingga ke hujung nyawa.
“Hormat dan respect kami kepada anda sampai ke unjung nyawa.
“Terima kasih banyak Frontliners, Doctors, Nurses, Police, Askar, Rela, Cleaners Dan semuanya.
“Kami doakan yang baik2 untuk anda Semua Dan Keluarga anda, Jaga diri Sentiasa,” jelasnya.
Netizen turut tersentuh dengan perkongsian foto tersebut dan mendoakan yang terbaik buat kakitangan barisan hadapan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, seramai 19 petugas kesihatan awam dijangkiti COVID-19, termasuk dua yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan mesin pernafasan.
Beliau berkata turut dijangkiti ialah lima kakitangan perubatan swasta.
Foto : Instagram Mark Adam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelayar Twitter, Jason Yanowitz melayangkan status menyenaraikan peringkat demi peringkat apa yang berlaku akibat jangkitan COVID-19 di Itali.
Dia menggesa masyarakat dunia untuk mengambil serius kerana apa yang berlaku lebih teruk daripada jangkaan.
Posting ini turut mendapat perhatian dunia dengan diretweet kembali hampir 200,000 pelayar lain yang turut gusar akan pandemik yang berlaku.
Sesetengah melihat wabak ini sekadar wabak biasa yang datang, namun perkongsian Yanowitz membuka mata dan mengubah perspektif bagaimana seharusnya wabak ini ditangani daripada awal.
Jelasnya terdapat enam peringkat yang dialami Itali sebelum COVID-19 mengganas sehingga membunuh 2503 mangsa sehingga 18 Mac 2020, hampir menyamai jumlah kematian di China.
Secara ringkas bebenang ini menceritakan bagaimana rakyat Itali mengambil ringan akan wabak yang melanda. Rata-rata masih meluangkan masa di kafe, restoran dan bar dan mengambil bersikap tidak endah.
Jelasnya, situasi di Itali sangat kritikal sehingga rakyat terpaksa dikuarantin, namun melihat negara lain bersikap sambil lewa seolah-olah mereka tidak terlibat, cukup membimbangkan, kerana, dahulunya, mereka juga begitu.
Peringkat pertama, kes pertama muncul di Itali, namun masyarakat tidak ambil peduli kerana ia cuma selesema yang teruk. Dan pasti, wabak ini tidak akan menjangkiti mereka.
Peringkat kedua, bilangan semakin meningkat. Kerajaan mengumumkan ‘red zone’ dan kuarantin bagi negeri yang terlibat.
Namun rakyat tidak panik dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Mereka merasakan media hanya menimbulkan panik.
Peringkat ketiga, bilangan semakin meningkat mendadak dan semakin banyak kematian berlaku. Kerajaan isytihar ‘red zone’ bagi 4 negeri.
Sekolah dan universiti ditutup namun premis lain masih beroperasi seperti biasa. Pekerja masih perlu ke pejabat.
Lebih 10,000 individu daripada ‘red zone’ meninggalkan kawasan kuarantin dan pulang ke kampung bagi mengelakkan sekatan. Hampir 75 peratus rakyat Itali masih meneruskan rutin seperti biasa.
Mereka tidak sedar betapa serius situasi yang melanda. Amalan membersihkan tangan dan hadkan pergerakan tidak dipedulikan.
Peringkat keempat, kes meningkat dengan lebih pantas. Ia menjadi kes kecemasan negara. Hospital sudah melebihi kapasiti dan seluruh unit dikosongkan untuk merawat pesakit COVID-19.
Bilangan doktor dan jururawat tidak mencukupi sehingga doktor pesara dipanggil kembali berkhidmat dan pelajar perubatan diminta bertugas. Tiada lagi shif bekerja, pasukan perubatan bekerja selama yang mungkin.
Terlalu ramai pesakit kronik namun tiada tempat yang mencukupi di Unit Rawatan Rapi. Hospital bagai medan perang, doktor harus memilih pesakit yang mempunyai peluang untuk hidup untuk dirawat.
Ini bermakna warga tua dan pesakit kritikal lain tidak mendapat rawatan kerana pesakit COVID-19 menjadi keutamaan. Semakin ramai yang mati kerana tiada tempat di hospital.
Doktor meluahkan terpaksa membiarkan tiga pesakit mati. Warga hospital menangis kerana tidak mampu melakukan apa-apa.
Peringkat kelima, ingat lagi 10,000 yang lari daripada kawasan merah? Ia menyebabkan seluruh negara dikuarantin pada 9 Mac agar virus tidak merebak.
Namun semua premis boleh beroperasi seperti biasa kerana bimbang ekonomi jatuh merudum. Mereka bagaimanapun masih keluar dan berkumpul seperti biasa.
Peringkat keenam, dua hari kemudian, kerajaan mengarahkan hampir seluruh premis ditutup kecuali pasaraya dan farmasi. Individu hanya boleh keluar jika mempunyai pengesahan.
Pihak polis akan membuat rondaan dan sesiapa yang keluar tanpa sebab kukuh akan didenda €206 bersamaan hampir RM1000 dan jika didapati positif COVID-19, akan dipenjarakan 1 sehingga 12 tahun atas kesalahan membunuh.
Jelasnya lagi, semua berlaku hanya dalam dua minggu. Dia turut mengingatkan seluruh masyarakat dunia agar berjaga-jaga akan wabak tersebut. Bukan sahaja virus yang harus ditakuti, namun kesan yang dibawa kepada seluruh kehidupan.
Malah jelasnya, kerajaan Itali mengambil langkah melindungi rakyat dengan menangguhkan pembayaran balik pinjaman kepada pihak bank.
Sehingga kini, kes COVID-19 mencatatkan 198,412 kes seluruh dunia dengan 7,984 bilangan kematian, meningkat hampir 2000 dalam masa hanya dua hari.
Lalu pada 18 Mac, sebanyak 345 kematian dicatatkan di Itali.
Sumber : Twitter Jason Yanowitz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.