Daripada Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Pemergian Norazian Zahir, kru produksi Astro yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan beberapa program mega baru sahaja pergi meninggalkan alam fana.
Difahamkan, Norazian bertarung nyawa melawan penyakit kanser sebelum ini dan beberapa minggu sebelum pemergiannya, arwah memuat naik beberapa entri memohon maaf.
“Hal tersebut sensitif, tapi bagi saya mereka yang lontarkan komen sedemikian mungkin ada masalah dalam diri.” Itu kata pelakon, Shakilla Khoriri apabila ada warganet yang meninggalkan komen melampau berkaitan ahli keluarga, terutamanya mengenai anak tunggalnya, Ameena di laman sosial.
Shakilla, 30,turut menambah, individu yang normal lazimnya tidak akan memberikan komen yang di luar norma.
“Orang itu mungkin secara luaran dia nampak okay macam kita semua, tetapi hakikatnya, dia ada masalah dengan diri-sendiri atau tak bahagia.
“Kalau masih ada yang beri komen yang pelik-pelik dan sebagainya, saya tidaklah melatah meski ada juga peminat yang tegur mengapa tidak ambil tindakan dan sebagainya.
“Bagi saya, biarlah. Orang itu mungkin ada masalah diri. Cuma pernah satu ketika, bila saya berdepan dengan situasi tersebut, ia jadi besar kerana peminat yang back-up.
“Kemudiannya saya ada teks individu yang beri komen melampau itu dan dia kemudiannya meminta maaf,” katanya yang akui pada peringkat awalnya, dia turut tertekan apabila meneliti setiap komen negatif yang ditinggalkan.
“Ya, pada awalnya memang saya ada melatah juga.Cuma sekarang saya sedar, dalam kalangan kita ada yang punya masalah jiwa. Malah, ada yang komen sebegitu demi mendapatkan perhatian.
“Mereka mengharapkan kita beri respon. Selagi kita tak balas, selagi itu ada yang cuba terus timbulkan provakasi.
“Paling penting, saya dan suami mahu pastikan anak membesar dengan baik, dan saya tidak nafikan dalam situasi sekarang, soal penjagaan dan kebersihan si kecil perlu dititikberatkan secara total,” jelasnya lagi.
Terdahulu, isteri kepada hos dan penyampai radio, Fizi Ali ini ditemui pada majlis Mayua Baby Launch bersama Pa&Ma di Shah Alam, baru-baru ini.
Pada majlis sama, jenama tersebut turut melancarkan empat rangkaian produk bayi iaitu Baby Cream, Baby Lotion, Shower Gel, Spray Hand Sanitizer.
Ia diperbuat daripada bahan selamat untuk bayi dan dirumus khas dengan penjagaan lembut.
Sementara itu, Reni Ismalia Edy selaku Pengasas Mayya Baby menerusi kenyataan media memberitahu kolaborasi mereka bersama Pa&Ma dilihat sebagai satu platform terbaik untuk terus memberi informasi mengenai penjagaan si kecil.
“Bagi saya kesinambungan yang dibawa dalam bentuk majalah oleh Pa&Ma ke dalam bentuk digital dan media sosial telah membuka peluang lebih luas untuk ibu bapa di luar sana mendapat manfaat dari setiap penulisan yang disampaikan kepada ibu bapa dan bakal ibu bapa.
“Ia penting bagi membantu pasangan agar lebih celik dan peka dengan ilmu keibubapaan, kesihatan dan penjagaan bermula dari kehamilan sehinggalah, kelahiran, dari usia bayi sampai anak menginjak ke usia kanak-kanak,” katanya.
Bintang Hollywood, Tom Hanks dan isteri, Rita Wilson mengesahkan mereka dijangkiti COVID-19 menerusi laman Instagram.
Menerusi muat naiknya, pelakon Cast Away ini mengatakan dia dan isteri mengalami simptom keletihan, demam, sakit badan dan selesema ketika berada di Australia.
Malah kedua-duanya menjalani ujian saringan dan mendapati ia positif jangkitan COVID-19.
Pasangan ini akan dipantau dan dikuarantin untuk satu tempoh masa sehingga dibenarkan keluar.
Difahamkan, mereka dijangkiti virus berkenaan ketika berada di set penggambaran sebuah filem yang berkisar tentang kehidupan legenda rock ‘n roll, Elvis Presley di Australia.
Penyanyi yang turut bersama-sama bersaing di program hiburan, Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Farawahida memberi penghormatan terakhir serta dedikasinya terhadap rakan baik, Mya Ruslee.
Terdahulu, bintang yang sinonim dengan lagu Matahari itu dilaporkan meninggal dunia hari ini, akibat kanser.
Berita tersebut turut disahkan rakan selebriti, Haiza Hanafi dan difahamkan arwah sebelum ini tidak mahu berita penderitaannya dihebahkan kepada peminat, media dan peminat.
Sambil berdoa dan sedekahkan bacaan al-Fatihah, Farawahida turut terkenang saat perkama kali berkenalan dengan penyanyi berusia 44 tahun itu.
Berita pemergiaan Allahyarham hari ini juga nyata mengejutkan ramai peminat dan rakan selebriti. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.
Salam takziah buat arwah seisi keluarga.
Foto: Instagram Farawahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, ada dalam kalangan peminat yang mempersoalkan mengapa Ratu Rock Negara, Ella masih belum dikurniakan gelaran ‘Datuk’ meskipun sudah 40 tahun mencurahkan bakti dalam industri muzik.