
Nampaknya pelamin penyanyi popular, Yuna sewaktu akad nikah minggu lalu kini menjadi fenomena apabila ada yang cuba untuk membuat pelamin seakan-akan pelamin Yuna di hari bahagia mereka.
Baru-baru ini MH ada ternampak beberapa gambar yang dikongsi oleh satu pemilik akaun Facebook butik pengantin yang berkongsi gambar pelamin rekaannya dengan mengikut kehendak pelanggan yang berkonsepkan pelamin Yuna.
“Settle pelamin ptg ni…pelamin yuna xyuna sgt…tpi okay la dgn bayaran….klu byar lebih boleh bt mcm yuna 90%…kita try bt ikot brang kita ada idea sendiri…open konsep…brltr belkgkan pokok pisang dan pokok serai….fresh…tqsm pengantin suka…kita suka bila nmpk pengantin happy tu ja…tqsm selamat pengantin baru…saya suka anda bagaimana…,” tulis status pada gambar yang dikongsi.
Ok jom kita tengok hasil rekaan pelamin ala-ala pelamin Yuna ni.
Aduh boleh tahan kreatif betul dorang ni buat pelamin. Nampak tenang je dengan warna hijau daun-daun.
Rata-rata netizen juga turut teruja melihat pelamin ini dan memberikan komen yang sangat positif.
Cik Noraslinda: Terbaik la uolsss…kreatif sungguh…mmg natural sgt
Silvia Ramadass: Nice,simple & kreatif
Bridal D’yaa Uniquein Sematan: Sy pn suka cntik indah ja..cust ok kita pn ok kn
Sumber: Facebook Butik Pengantin Setia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Raja Pop, Jamal Abdillah Sedia Bersaing Andai Lagu Belenggu Rindu Bersama Wany Hasrita Ada Rezeki Masuk AJL, – “Tak Kisah Kalah, Asalkan…”

Meski sinonim dengan gelaran ‘Raja Pop’ dan berbekalkan pengalaman kira-kira 40 tahun dalam industri muzik, ia nyata tidak menghalang penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdullah untuk menyertai pertandingan seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) sekiranya ada peluang.
Kini popular menerusi lagu duet Belenggu Rindu bersama Wany Hasrita, Jamal berbesar hati sekiranya lagu tersebut turut dipertandingan dalam anugerah lagu tahunan itu.
Malah, bintang berusia 61 tahun itu tidak kisah untuk bersaing dengan penyanyi muda lainnya.
“Kalau lagu itu mempunyai rezeki ke AJL, saya tak kisah dan bersedia untuk beraksi di pentas berprestij itu. Bagi saya, status sebagai penyanyi senior tidak menghalang diri ini untuk turut sama bertanding.
“Jika single tersebut ada rezeki terpilih, saya akan menyanyi dengan sepenuh hati serta memberikan persembahan istimewa untuk peminat.
“Tak kisah kalau lagu itu kalah sekali pun pun, asalkan dapat bertanding memberikan yang terbaik mewakili komposer dan penulis lirik,” katanya.
Terdahulu, pemilik nama lengkap Jamal Ubaidillah Mohd Ali ini ditemui MH di majlis Previu Bufet Sinar Ramadan 2020 Hotel Tenera Bangi pada Rabu.
Tambahnya lagi, single nyanyiannya bersama Wany juga merupakan dilihat sebagai salah satu cara untuk dirinya dikenali dan relevan dalam kalangan peminat muda.
“Saya harus berfikir untuk menempatkan diri dalam arena ‘mainstream’. Jadi, lagu Belenggu Rindu itu merupakan salah satu caranya.
“Saya sendiri faham, lagu baru dari penyanyi senior jarang diputarkan oleh stesen radio. Menerusi duet saya bersama Wany, lagu itu secara tak langsung mendapat sambutan dan dimainkan.
“Saya sangat bersyukur dengan perkembangan itu dan perkara terbabit menjadi salah satu cara untuk saya dikenali oleh peminat baru yang lebih muda,” jelas Jamal lagi.
Lagu Ghazal Untuk Rabiah yang dinyanyikannya bersama Datuk M. Nasir di AJL ke-12 pernah dinobatkan sebagai pemenang Juara Lagu.
Terdahulu, Hotel Tenera menawarkan hidangan warisan yang menampilkan 200 menu enak bertemakan warisan Melayu bersempena Ramadan tahun ini.
Pada masa sama, ia turut menawarkan promosi istimewa untuk ‘early bird’ menikmati hidangan berbuka puasa dengan diskaun menarik.
Untuk sebarang informasi lanjut, layari sahaja laman Facebook dan Instagram Hotel Tenera.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bubblebee Ambil Alih Operasi 4 Cawangan Usahasama, Penamatan Berkuatkuasa Serta-Merta

Syarikat produk air boba berasaskan madu lebah, Bubblebee Sdn Bhd menerusi satu kenyataan media hari ini mengambil keputusan untuk menamatkan usahasama dengan kesemua rakan usahasama yang menguruskan empat cawangannya.
Cawangan tersebut ialah Bubblebee Ampang, Bubblebee Senawang, Bubblebee Sentul, dan Bubblebee Sungai Buloh.
Penamatan usahasama ini berkuatkuasa serta-merta.
Malah, kempat-empat cawangan di atas juga akan ditutup untuk sementara waktu bagi melancarkan urusan pengambilalihan operasi oleh ibu pejabat Bubblebee.
Berikut merupakan kenyataan media berhubung perkara berkenaan;
BUBBLEBEE AMBIL ALIH OPERASI CAWANGAN USAHASAMA, TEKAD BANGUNKAN JENAMA
1. Bubblebee Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan dan memasarkan produk air boba berasaskan madu lebah.
2. Ditubuhkan pada hujung tahun 2019, kami menghimpunkan beberapa usahawan yang pakar dalam bidang masing-masing terutamanya dalam industri minuman, penghasilan madu lebah, dan pemasaran. Ini termasuklah pasangan selebriti tanahair, Shuib Sepahtu dan Siti Sarah. Melalui daya kreatif dan kepakaran pemasaran mereka, Bubblebee kini bukan sahaja minuman, malah jenama perniagaan yang dikenali ramai yang menjadi igauan pengusaha untuk menjadi rakan kongsi atau francais.
3. Kami begitu terharu dengan sokongan rakyat Malaysia terhadap jenama minuman kami. Justeru kami berusaha meluaskan operasi agar lebih ramai yang berpeluang menikmati Bubblebee di samping membuka ruang perniagaan dan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
4. Sehingga hari ini, kami mempunyai 17 cawangan di seluruh negara. 11 cawangan merupakan milik penuh Bubblebee manakala enam cawangan lagi dibuka secara usahasama.
5. Kami sedar, belakangan ini tular berita mengenai rakan usahasama kami yang disiasat oleh pihak berkuasa berkenaan kegiatan yang telah menjejaskan reputasi Bubblebee. Hal ini turut menyebabkan salah seorang ahli lembaga pengarah kami telah dipanggil bagi membantu siasatan.
6. Walaupun kami sendiri tidak pasti tentang kebersalahan rakan usahasama cawangan kami ini kerana kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa, tetapi yang jelas, siasatan ke atas rakan usahasama ini telah mendatangkan kesan negatif yang mampu menjejaskan reputasi perniagaan kami dengan teruk sekali.
7. Sehubungan dengan itu, kami mengambil keputusan untuk menamatkan usahasama dengan kesemua rakan usahasama yang menguruskan empat cawangan berikut: Bubblebee Ampang, Bubblebee Senawang, Bubblebee Sentul, dan Bubblebee Sungai Buloh.
8. Penamatan ini berkuatkuasa serta-merta.
9. Keempat-empat cawangan di atas juga akan ditutup untuk sementara waktu bagi melancarkan urusan pengambilalihan operasi oleh ibu pejabat Bubblebee.
10. Pembukaan semula keempat-empat cawangan ini akan diumumkan di platform komunikasi rasmi kami selepas proses pengambilalihan selesai.
11. Kami mengucapkan terima kasih dan selamat berjaya kepada semua rakan usahasama yang telah menyokong jenama minuman kami selama ini. Kami juga sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam semua urusan.
12. Sebagai sebuah syarikat, kami komited untuk terus membangunkan jenama minuman ini di peringkat tempatan dan antarabangsa. Sesungguhnya, sokongan semua pihak tidak akan kami persia. Semanis Bubblebee, manis lagi kegembiraan pada senyuman para pelanggan kami. In shaa Allah.
Sweet as your smile,
Dato’ Ismail bin Abdul Rahman
Ketua Pegawai Eksekutif Bubblebee Sdn Bhd
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebelum Orang Tak Kekalkan Aku, Aku Tak Kekalkan Diri,” – Teman Kata Altimet Buat Silap, Tapi Ini Yang Altimet Buat…

Berakhir sudah karier rapper popular Altimet dalam industri seni.
Meletakkan titik tamat, kata Altimet atau nama sebenar Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Alhadad sewaktu sidang media post konsert The Last Altimet Show sebentar tadi, dia mahu berhenti ketika momentum sedang tinggi.
Katanya, sebelum orang tidak mahukannya lagi dalam industri, lebih baik dia berundur diri.
“Sebelum orang tak kekalkan aku, aku tak kekalkan diri sendiri.
“Orang kata aku buat silap dengan percaturan, tapi aku kata, aku belajar dari kesilapan,” ulasnya mengakui konsert malam ini adalah terbaik yang pernah dihasilkan.
Satu penamat, namun jalan masih terbuka untuknya kembali.
“Semua kata aku buat silap. Tapi bila tengah top, tengah masyuk, biar aku buat.
“Kalau keputusan ni silap, aku akan belajar. Aku jadi pandai sebab banyak buat silap.
“Ini pasal kebebasan. Aku nak buat apa aku nak buat,” kata lelaki berusia 40 tahun ini.
Terpaksa meninggalkan rutin sekian lama, kata bekas ahli Teh Tarik Crew ini, cabaran paling utama untuk dihadapi adalah untuk tidak rapping.
“Rutin aku setiap hari adalah rapping. Jadi, ini yang paling best. Nak tengok aku boleh buat atau tak.
“Bukan sebab penat tapi ini pilihan. Bila obses dengan legasi, lambat laun orang akan lupa legasi kau,” tegasnya.
Tidak menolak kemungkinan muncul kembali, namun menurutnya, perkara itu memerlukan faktor yang cukup besar.
“Aku tak tolak kemungkinan untuk masuk balik tapi faktor dia haruslah cukup besar dan kuat.
“Andai kata mak aku suruh menyanyi balik, aku akan muncul.
“Aku asyik luangkan masa dengan korang. Jadi sekarang aku nak luangkan masa dengan keluarga. Harap semua faham,” katanya.
Kemuncak pengakhiran kerjaya Altimet dilihat cukup gemilang. Hampir 5000 peminat memenuhi ruang Dewan Merdeka PWTC dengan diiringi ramai selebriti yang pernah terlibat dengan lagu Altimet antaranya Tomok, Black, Noh, Joe Flizzow, Sona One dan ramai lagi.
Tahniah buat semua team produksi ya di atas pengajuran The Last Altimet Show malam tadi. Memang gempak!
Foto – MH
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI