Gara-gara mempertahankan seorang isteri yang menjadi mangsa buli suami, orang ramai diberi pujian kerana bertindak melindungi seorang wanita yang dalam kesusahan.
Video berdurasi 5 minit itu tersebar dan menjadi viral apabila ada salah seorang netizen berkongsi momen ini di media sosial.
Kejadian berlaku di sebuah restoran mamak di tempat awam dan rata-rata pelangan kedai tersebut terkejut dan turut mengerumuni lelaki berkenaan.
MH difahamkan lelaki tersebut telah memukul isterinya dengan menggunakan helmet dan itu bukanlah kali pertama isterinya dipukul sebegitu.
Namun apa yang MH tersentuh melihat bagaimana si isteri cuba mempertahankan suaminya walaupun sudah dipukul beberapa kali.
Sikap orang awam yang tidak memberi muka kepada lelaki tersebut membuka mata semua masyarakat untuk terus melidungi wanita daripada menjadi mangsa kekasaran.
Bagi MH sendiri, ini merupakan salah satu langkah berani buat orang awam mempertahankan hak wanita. Maklumlah, kadang kala memang ada juga individu yang suka mengambil kesempatan ke atas wanita yang lemah.
Dengan ada kejadian sebegini, ia akan memberi keinsafan kepada semua lapisan masyarakat.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Selepas Lihat Hasil Gambar, Rasa Sebak Sangat,’ Jurufoto Kongsi Cerita Di Pusat Tahfiz
Tragedi kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah meragut sebanyak 23 nyawa, 21 orang pelajar tahfiz dan dua orang guru semalam ternyata meninggalkan kesan yang mendalam buat rakyat Malaysia.
Asril Aswandi yang bertugas sebagai jurufoto Sinar Harian menceritakan suasana kebakaran di pusat tahfiz yang amat memilukan.
“Sesampainya di sana, first truck polis datang masuk parking ke dalam pusat tahfiz. Mereka mengangkat satu per satu mayat . Kemudian, datang truck kedua untuk mengambil mayat untuk dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara.
“Kelihatan pasukan Forensik Bomba dan Penyelamat, Anggota Unit Forensik Bukit Aman dan Polis sudah ada di tempat kejadian menjalankan tugas masing-masing.
“Suasana begitu memilukan menyentuh hati orang ramai yang datang untuk melihat keadaan kerosakan bangunan asrama pusat tahfiz tersebut,” jelasnya.
Tambah Asril, media tidak dibenarkan masuk kecuali menteri ke dalam tempat kejadian.
Antara kenamaan yang melawat pusat tahfiz ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelajaran , YB Datuk Seri Mahdzir Bin Khalid, Wan Azizah dan ramai lagi.
Sebahagian ibu bapa mangsa dan mangsa yang terselamat ditempatkan di surau, sebahagian lagi sudah bergerak Institut Perubatan Forensik Negara.
Di tempat kejadian, dia juga berkesempatan mengambil gambar mayat-mayat yang ditutup dengan plastik putih, namun masih menampakkan keadaan mayat yang rentung.
Menurutnya, forensik bomba dan polis akan segerakan semua urusan untuk permudahkan pengebumian.
Kesemua mayat akan dihantar ke Institut Perubatan Forensik Negara untuk pengecaman oleh anggota keluarga dan bedah siasat.
“Ketika mengambil gambar, tak ada lagi perasaan apa-apa oleh kerana sebagai jurugambar harus fokus oleh kerana kejadian berlaku terlalu cepat.
“Tetapi selepas melihat hasil gambar, nampak pada gambar mayat, walaupun ditutup dengan plastik putih, namun tetap nampak keadaan mayat yang rentung.
“Rasa sebak apabila melihat kebanyakkan mayat rentung yang diangkat,” jelasnya.
Bagaimanapun kata jurugambar ini, ajal dan maut adalah ketentuan Tuhan dan kejadian ini mendatangkan keinsafan kepada diri, terutama ia melibatkan pelajar tahfiz.
Dia turut mendoakan semua mangsa ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Inilah gambar-gambar yang sempat dirakamkan.
\
Foto : Asril Aswandi
[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook Media Hiburan * Instagram mediahiburanofficial * Youtube Media Hiburan Official[/su_heading]
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Biar Saya Simpan Hingga Liang Lahat,” – Lirik Lagu Tuju Pada Siapa? Ini Jawab Azharina
Penyanyi Azhrina Azhar enggan mendedahkan motif sebenar penciptaan lirik yang agak ‘pedas’ dalam single terbaharunya Realiti yang juga merupakan duet bersama Kozae One Nation Emcee.
Menurut Azharina, lirik lagu tersebut sangat dekat dengan kehidupannya dikala jatuh dan bangun.
“Lirik itu memang berkisarkan tentang kehidupan. Cuma saya perlu buat sesuatu kerana lirik asal kurang sesuai bagi pihak saya. Jadi, saya minta kebenaran Kozae untuk ubah lirik.
“Saya tak nak lirik ‘Hatimu yang malam’ kerana ia hanya kiasan sahaja. Saya nak lirik yang lebih tajam. Saya ubah ke ‘Hatimu yang malang’.
“Motif lirik tersebut? Biarlah saya simpan hingga ke liang lahat,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, dia juga mahu lagu tersebut menjadi pembakar semangat selain melawan penindasan di dalam hidup.
“Walau apapun perkara negatif, jahat dan penderaan mental yang berlaku di dalam hidup saya selama ini, setidaknya saya jadikan ia sesuatu yang positif dalam bentuk lagu.
“Lagu ini sangat berkait rapat dengan saya. Malah, saya juga seorang yang positif.
“Namun, apa sahaja bentuk buli harus dihentikan kerana setiap manusia ada hadnya. Kalau anda bertindak keterlaluan, anda tiada peri kemanusiaan,” ujarnya lagi.
Ditayanya mengapa dirinya mengambil masa yang agak lama untuk tampil dengan karya terbaharu, Azharina memaklumkan dirinya sangat teliti dalam pemilihan sesebuah karya.
“Banyak material yang saya dapat. Hampir 100 buah lagu juga. Ada lagu yang saya suka dan hampir rakam tapi ada pula hal yang berlaku. Tiba-tiba tak nak bagi lagu pula.
“Bila saya tak dapat karya yang saya nak, saya menunggu sahaja sehingga Kozae mendengarkan beat Realiti kepada saya.
“Jadi, ini merupakan pertama kali saya berduet untuk lagu hip hop sepanjang 23 tahun bergelar anak seni.
Saya merasakan ini waktu yang sesuai untuk mengembangkan bakat saya seiring peredaran zaman. Saya perlu berevolusi,” akhirinya.
Terdahulu, Realiti merupakan lagu ciptaan komposer Kozae dan Luca Sickta manakala lirik pula turut dibantu oleh Trigga dan Pasha.
‘Realiti’ kini sudah pun dilancarkan diseluruh platform penstriman dan muzik video boleh ditonton disaluran Youtube Sony Music.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Faradhiya Mengaku Takut Nak Kahwin; “Bila Baca Kisah Keganasan Rumah Tangga, Emosi Terganggu.”
Penyanyi dan pelakon Faradhiya mengakui timbul perasaan takut untuk melangkah ke alam perkahwinan susulan pendedahan cerita mengenai kisah kecurangan serta keganasan rumah tangga yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.
Enggan fikirannya ‘dibebani’ dengan isu tersebut, Faradhiya atau Faradhiya Mohd Amin, 39, mengambil keputusan untuk tidak terlalu aktif dalam media sosial bagi mengelak membaca berita-berita sebegitu.
“Bila baca kisah-kisah keganasan rumah tangga, memang emosi saya akan terganggu. Bagaimanalah saya nak berkahwin nanti?
“Saya takut jika terkena pada diri sendiri. Sepatutnya untuk para suami, jika sudah ambil anak orang secara elok, jika mahu dipulangkan semula pun biarlah dengan cara elok.
“Ini tidak.. ada yang sampai memukul hingga membunuh. Saya rasa seram. Apa nak jadi dengan dunia ini?”
“Disebabkan itu, saya akui sekarang memang kurang ‘bermain’ media sosial. Saya banyak mengikuti berita yang sejak akhir-akhir ini melaporkan kisah yang tidak seronok untuk dibaca.
“Sebagai contoh kemalangan dan keganasan rumah tangga. Bila baca berita-berita sebegitu, saya berasa agak tertekan. Emosi jadi terganggu. Saya pun tidak tahu kenapa,” katanya.
Terdahulu, menerusi laporan media, penyanyi lagu Bertakhta Di Hati ini pernah memberitahu dirinya belum lagi mendirikan rumah tangga kerana kebanyakan lelaki yang ingin mendekati dirinya berstatus suami orang.
Selebriti berdarah kacukan Melayu- Inggeris itu kekal berpegang pada prinsip untuk tidak akan berkahwin dengan suami orang dan akan menolak awal-awal sekiranya disunting untuk menjadi isteri kedua.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI