Pelakon veteran Korea Selatan, Choi Jung-woo disahkan meninggal dunia pada usia 68 tahun, semalam.
Menurut agensinya, Bless Entertainment, mendiang menghembuskan nafas terakhir secara mengejut pada pagi 27 Mei. Bagaimanapun, punca sebenar kematian masih belum dikenal pasti. Difahamkan, beliau mengalami masalah kesihatan kronik sejak sekian lama.
Upacara pengebumian mendiang dijadualkan berlangsung pada 29 Mei, jam 10 pagi di Krematorium Suwon. Buat masa ini, bilik persemadian disediakan di Bilik 5, Hospital Kimpo Our, Seoul.
Ads
Agensi berita Yonhap melaporkan bahawa Choi turut mengalami kemurungan dan gangguan panik sebelum pemergiannya.
Choi Jung-woo merupakan nama besar dalam industri hiburan Korea Selatan dan telah berkecimpung dalam bidang lakonan selama hampir lima dekad. Antara drama popular yang dibintanginya termasuk Master’s Sun (2013) dan Doctor Stranger (2014).
Ads
Peranan terakhir beliau adalah dalam drama bersiri sejarah The Tale of Lady Ok yang baru sahaja menamatkan siarannya.
Ads
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Simpan sini buat kenangan yang dia pernah hadir dalam keluarga kami. Namanya Bintang ‘Anak Mekah’. Terima kasih diatas kehadiran walaupun hanya sekejap.
“Ia cukup bermakna dan indah buat kami sekeluarga lebih-lebih lagi Mummy,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh pengacara program Dol’s Podcast itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Shuib turut memberikan kata-kata semangat buat Watie yang kini sedang melalui tempoh sukar.
“Insya-Allah semoga jumpa di syurga. Daddy dan anak-anak sayang mummy. Mummy dah buat yang terbaik.
“Susunan Allah lebih mengetahui. Semoga kita semua di kurniakan rahmat dan berkat dunia dan akhirat,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Shuib sekeluarga.
“Sabar ya Watie. Insha-Allah ada rezeki lain nanti.
“Semoga ada rezeki untuk mommy lagi. Saya doakan mommy dapat kembar terus.
“Semoga ada pelangi buat mommy. Terima kasih jaga anak ibu. Sekarang ibu jaga anak mommy di syurga.
“Sedih pula tengok bonding family ni. Jadi sedih sebab kita nampak anak-anak semua sayang mommy dia.
“Semoga Allah angkat darjat Shuib dan keluarga.
“Allah sudah mengaturkan yang terbaik. Jangan bersedih,” antara komen-komen netizen.
Semalam, Watie memaklumkan kandungannya telah disahkan gugur pada Sabtu lalu.
Sekadar informasi, Watie dan Shuib bernikah pada 23 Jun 2023.
Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan pertama dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Shuib
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Atilia Haron mengakui dia pernah terasa hati dengan industri seni tanah air kerana beranggapan bakatnya seolah-olah kurang dihargai dan selalu dipinggirkan.
Malah situasi yang berlaku menyebabkan Atilia memilih untuk membawa diri ke Indonesia.
Menurut Atilia, sepanjang berada di sana, ada karyanya yang mendapat perhatian selain tersenarai di carta-carta radio di negara Seberang.
“Sebelum ini, saya pernah berkecil hati dengan industri seni tempatan. Sebab itu saya banyak berkarya di Indonesia. Saya rasa orang-orang di sana lebih menghargai saya.
“Saya sertai pelbagai festival muzik dan lagu-lagu saya tersenarai dalam carta radio di sana. Saya juga berpeluang untuk menyanyi bersama kumpulan Maliq & D’essentials dan Sore.
“Saya agak terasa hati dan rasa seperti dipinggirkan. Mungkin muzik saya agak lain sikit. Lagu-lagu jazz ini jarang dimainkan di radio kita,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Kekanda Adinda itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Sidang Media Konsert Gelombang Bahagiaku di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Selasa.
Konsert Gelombang Bahagiaku itu bakal menjadi konsert sulung Atilia yang bakal sepentas bersama ibunya yang juga penyanyi legenda, Salamiah Hassan.
Antara detik paling dinantikan ketika konsert nanti termasuk persembahan duet pertama mereka menerusi single berjudul Age Is Just A Number, yang menyampaikan mesej positif tentang kehidupan, kematangan dan keberanian menjadi diri sendiritanpa mengira usia.
Bagaimanapun, Atilia kini sudah tidak lagi berasa hati sebaliknya percaya dengan rezeki Allah SWT.
“Ketika ini, perasaan itu sudah tiada lagi. Mungkin ketika itu saya terlalu banyak berfikir. Kini saya percaya rezeki ada di mana-mana jika kita betul-betul rajin dan positif,” ujarnya.
Katanya lagi, antara sebab dia menolak beberapa tawaran di Indonesia adalah untuk memberikan tumpuan terhadap bisnes pusat yoga yang dikendalikan sejak 10 tahun yang lalu.
“Saya tidak mahu meninggalkan studio yoga saya. Walaupun bukan bisnes besar tapi hati saya rasa gembira. Saya mengajar yoga di Taman KLCC sudah 10 tahun.
“Memang ada tawaran untuk menyanyi di sana dan agak susah saya nak menolak. Namun, saya lebih sayangkan Malaysia walaupun industri muzik berkembang pesat di Indonesia.
“Usia saya pun dah cecah 51 tahun. Jadi, saya mahu terus berada di sini,” kongsinya.
Terdahulu, Atilia menyifatkan Konsert Gelombang Bahagiaku ini bukan sekadar satu projek seni tetapi merupakan penghormatan jiwa terhadap insan yang paling dikasihinya iaitu ibu
“Saya nak sangat menyanyi bersama mama di sebuah konsert. Ia seperti mimpi jadi kenyataan.
“Sejak kecil, saya teringin menjadi seperti ibu saya. Peluang dapat berkongsi pentas yang hebat bersama beliau membuatkan saya rasa seperti gadis paling bertuah di dunia,” akhirinya.
Konsert Gelombang Bahagiaku bakal berlangsung di Plenary Theatre, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), pada 16 Ogos ini 8.30 malam.
Tiket mula dijual pada hari ini (Selasa) menerusi beberapa kategori iaitu Platinium (RM350), Gold (RM250) dan Silver (RM150).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Firsta Yufi Amarta Putri dari Jawa Timur dinobatkan sebagai Puteri Indonesia 2025 dalam acara gilang-gemilang yang berlangsung semalam, 2 Mei 2025, bertempat di Pusat Konvensyen Jakarta.
Mahkota kemenangan disampaikan oleh penyandang terdahulu, Harashta Haifa Zahra, Puteri Indonesia 2024 yang juga pemegang gelaran Miss Supranational 2024.
Pemilihan Firsta sebagai pemenang dibuat selepas melalui proses ketat bermula daripada sesi kuarantin sehingga ke malam final, menyaksikan saingan sengit daripada lebih 44 peserta lain dari seluruh negara.
Tempat kedua pertandingan itu dimenangi peserta kegemaran ramai yang mewakili DKI Jakarta I, Melliza Xaviera Putri Yulian, sekaligus membawa pulang gelaran Puteri Indonesia Lingkungan 2025.
Tempat ketiga pula disandang oleh Salma Ranggita dari Sumatera Selatan I, dengan menerima gelaran Puteri Indonesia Pariwisata 2025. Sementara itu, wakil dari Kalimantan Timur, Rinanda Aprillya Maharani, berpuas hati di tempat keempat dan dianugerahkan gelaran Puteri Indonesia Pendidikan 2025.
Firsta bukanlah nama baharu dalam dunia peragaan, khususnya di Jawa Timur. Anak kelahiran Banyuwangi ini pernah menjuarai beberapa pertandingan sebelum ini termasuk Juara Raki Jawa Timur 2021, Putri Otonomi Pariwisata Indonesia 2023, dan Naib Juara Jebeng Banyuwangi 2019.
Menguatkan lagi portfolionya sebagai seorang ratu cantik, gadis berusia 23 tahun ini aktif menjalankan program advokasi bertajuk First Step Forward, yang ditubuhkan pada 2023 di Banyuwangi.
Program ini memberi tumpuan kepada remaja perempuan yang kehilangan ibu bapa dan hidup tanpa hala tuju. Perjuangannya menerusi program ini tidak asing kerana dia juga sudah kehilangan kedua orang tua pada usia yang masih muda.
Inisiatif itu turut diiktiraf atas keberkesanannya dalam membantu menangani stres psikologi dalam kalangan remaja.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi remaja, Viviana Zairi meluahkan rasa kecewa apabila sering menjadi sasaran kecaman segelintir netizen yang bukan sahaja mengkritik bakat nyanyiannya, malah turut menyentuh soal rupa paras dan fizikalnya.