Penyanyi dan pelakon, Khai Bahar meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir netizen yang membuat dakwaan tidak berasas dan meninggalkan komen jelik selepas dia berkongsi sebuah video bersama adik iparnya baru-baru ini.

Menurut Khai, tindakan tersebut mengguris hatinya apatah lagi selepas kehilangan ibu tercinta.

“Maaf semua. Aku bersuara bukan sebab nak perhatian dari sesiapa. Aku sedih sebab aku tak kuat.

“Dulu bila orang cakap macam-macam fasal aku, aku ada tempat nak mengadu dekat mak aku. Sekarang aku tak tahu nak mengadu dekat siapa,” tulisnya dalam hantaran di Instagram.

Tambahnya lagi, walaupun dia bukan insan sempurna, tuduhan melampau terhadap dirinya dan ahli keluarga amat menyakitkan.

Ads

“Aku bukan baik mana pun. Sama macam orang lain ada buat silap tapi janganlah sampai nak fitnah tuduh aku dengan adik ipar aku sendiri benda yang tak ada,” jelas Khai lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94)

Minta Hentikan Tuduhan

Khai turut menegaskan, dia tidak pernah menafikan jika ada perkara yang benar-benar dilakukannya, namun meminta agar tuduhan palsu dihentikan segera.

“Aku tak menidakkan kalau benda yang aku buat tu betul dan aku tak pernah jawab ya atau tak bila soalan pelik-pelik.

Ads

“Jaga la aib masing-masing. Kalau rasa tak puas hati dengan aku, DM terus. Tak payah cakap open benda yang tak ada,” luah penyanyi lagu Luluh ini lagi.

Dalam luahan sama, Khai menasihatkan agar masyarakat lebih matang dan tidak terus-menerus mengungkit isu-isu lama.

“Cukup-cukuplah nak YTJT benda lama la zaman dulu la apa. Wake up bro! Nak aku mati ke baru korang nak diam pasal aku?” tulisnya lagi.

Ads

Teguran Demi Nama Baik Keluarga

Terdahulu, tular di aplikasi X sebuah video memaparkan Khai bersama seorang lelaki, yang kemudiannya menjadi bahan komen nakal netizen.

Khai tampil menjelaskan bahawa lelaki itu ialah adik iparnya, dan meminta agar tidak ada lagi spekulasi yang boleh mencemarkan maruah dirinya serta keluarga.

Katanya, komen-komen sedemikian bukan sahaja memberi tekanan kepada dirinya, malah turut menjejaskan perasaan adik perempuannya.

Khai menyeru semua pihak untuk lebih berhemah dan berfikir sebelum menyebarkan andaian yang tidak benar.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI