Ads

Pelakon & Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin Sah Bergelar Isteri Dengan Sekali Lafaz – “Gementar Seminggu Hilang Sekelip Mata.”

Tahniah diucapkan kepada Juara Dewi Remaja 2023 yang kini bergelar pelakon, Nurel Baharin, 24, yang sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Esmeer Mansor dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung pada jam 8.00 pagi tadi di Kelab Golf Sarawak.

Mengakui diselubungi rasa gementar menjelang hari bahagianya, Nurel bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila segala urusan majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

“Dari minggu lalu saya rasa gementar, dengan majlis lagi, dengan kawan-kawan dan keluarga dari semenanjung nak datang, semua itu membuatkan saya risau dan terfikir sama ada mereka okey atau tidak.

“Namun syukur alhamdulillah, sejurus selesai nikah, saya dapat jumpa semua tetamu dan majlis pun berjalan dengan lancar,” katanya.

Suami Penuhi Kriteria Idaman

Majlis yang mengangkat tema English Wedding itu turut menyaksikan Nurel anggun mengenakan busana tajaan penuh daripada HeetamPuteh dan Sejiwa by The Gown Atelier.

Dalam pada itu, Nurel menyifatkan kesungguhan Esmeer untuk memperisterikannya menjadi antara faktor yang menguatkan keyakinannya terhadap lelaki itu.

“Esmeer tunjuk penuh effort untuk ‘sah’ kan saya sebagai seorang isteri. Dia tak teragak-agak untuk jumpa keluarga dan terus plan everything lepas keluarga saya bagi lampu hijau,” kongsinya lagi.

Ads

Bintang itu juga turut menyifatkan suaminya sebagai seorang yang matang serta memenuhi segala kriteria yang diimpikannya dalam memilih pasangan hidup.

Majlis yang dilangsungkan secara tertutup itu turut dihadiri beberapa rakan selebriti termasuk Zarif Ghazzi, Aizat Saha, Farees Asri, Aniq Suhair dan ramai lagi.

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/ini-keputusan-saya-pelakon-dewi-remaja-2023-nurel-baharin-dirisik-bakal-kahwin-pada-usia-24-tahun-percaya-rezeki-selepas-nikah/

Ads

Pelakon & Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin Sah Bergelar Isteri Dengan Sekali Lafaz – “Gementar Seminggu Hilang Sekelip Mata.” Pelakon & Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin Sah Bergelar Isteri Dengan Sekali Lafaz – “Gementar Seminggu Hilang Sekelip Mata.” Pelakon & Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin Sah Bergelar Isteri Dengan Sekali Lafaz – “Gementar Seminggu Hilang Sekelip Mata.”

Pelakon & Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin Sah Bergelar Isteri Dengan Sekali Lafaz – “Gementar Seminggu Hilang Sekelip Mata.”

Teruja Tempuh Fasa Hidup Baharu

Selepas bergelar isteri, Nurel akui teruja untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu tanpa mengetepikan kerjayanya sebagai pelakon.

Ads

“Saya bersyukur, sekarang saya sudah menjadi seorang isteri dan paling excited, untuk adapt new life sebagai seorang isteri dan pelakon pada masa yang sama.

Anda mungkin berminat dengan

“Esmeer pun tak pernah halang saya dari terus berkarya dan menjadi seorang pelakon. InsyaAllah, saya sentiasa percaya pada rezeki Allah dan rezeki selepas berkahwin,” katanya.

Dalam masa sama, dia juga berharap agar peminat akan terus memberikan sokongan terhadap perjalanan kerjayanya, di samping menerima dengan hati terbuka segala nasihat berkaitan kehidupan berumah tangga.

Majlis pernikahan itu disempurnakan dengan mas kahwin berupa wang tunai sebanyak RM300.

Dalam perkembangan lain, Nurel bakal muncul menerusi filem Kacau yang dijadualkan menemui penonton pada penghujung tahun ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Termenangis, Sudah Lama Nantikan Detik Ini,” – ‘Comeback’ Serius Mila...

Selepas hampir sedekad berehat bagi memberikan sepenuh tumpuan kepada bidang perniagaan, penyanyi dan usahawan, Mila Jirin kembali mewarnai industri muzik menerusi single terbaharu berjudul...
error: Hello. Cannot.