Ads

“Mungkin Sebelum Ini Saya Tak Bersyukur, Obses Dengan Dunia,” – Berkerusi Roda Sebab Terjatuh, Sharifah Sakinah Anggap Kemalangan Teguran Allah

Pelakon Sharifah Sakinah terpaksa menggunakan bantuan kerusi roda ketika menghadiri tayangan gala filem Tiket Sehala, malam tadi selepas mengalami kecederaan pada bahagian kaki akibat terjatuh di rumah.

Menurut Sakinah, insiden tersebut berlaku secara tidak sengaja kira-kira tiga minggu lalu ketika dia sedang menggunakan telefon bimbit di rumah.

“Mungkin Sebelum Ini Saya Tak Bersyukur, Obses Dengan Dunia,” - Berkerusi Roda Sebab Terjatuh, Sharifah Sakinah Anggap Kemalangan Teguran Allah

“Mungkin Sebelum Ini Saya Tak Bersyukur, Obses Dengan Dunia,” - Berkerusi Roda Sebab Terjatuh, Sharifah Sakinah Anggap Kemalangan Teguran Allah

“Saya jatuh biasa sahaja. Bukanlah terjatuh di set penggambaran.

“Doktor minta saya berpantang tapi tidak boleh kerana saya punyai komitmen kerja yang sangat padat.

“Sebenarnya kecederaan ini kena ambil masa tiga bulan untuk pulih dan perlu jalani fisioterapi.

“Namun, ketika ini, saya hanya mampu buat fisio di set penggambaran sahaja.

“Saya kena pergi siri jelajah promosi dan macam-macam lagi. Jadi, saya cuba kurangkan pergerakan sebaik mungkin.

Ads

“Apa yang terjadi, sama ada patah atau ligamen koyak, itu antara saya dan doktor. Apa yang saya boleh kongsi, saya terjatuh di rumah kerana main telefon sambil baca Threads,” katanya kepada MH.

Sakinah berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Tiket Sehala di TGV Sunway Pyramid, Petaling Jaya pada Rabu.

Pilih Rawatan Tanpa Pembedahan

Tambah pelakon filem Tarung itu, dia sebenarnya disarankan doktor untuk menjalani pembedahan, namun memilih untuk pulih menerusi kaedah yang diyakininya.

“Mungkin Sebelum Ini Saya Tak Bersyukur, Obses Dengan Dunia,” - Berkerusi Roda Sebab Terjatuh, Sharifah Sakinah Anggap Kemalangan Teguran Allah

“Mungkin Sebelum Ini Saya Tak Bersyukur, Obses Dengan Dunia,” - Berkerusi Roda Sebab Terjatuh, Sharifah Sakinah Anggap Kemalangan Teguran Allah

Ads

“Doktor memang sarankan saya untuk buat pembedahan, tetapi saya memilih untuk tidak teruskan.

“Saya percaya dengan badan saya. Mungkin orang ingat saya gila tetapi saya selalu ‘bercakap’ dengan badan sendiri termasuk organ dan fizikal. Insya-Allah semuanya akan baik.

“Kebanyakan watak saya pun lasak. Kena panjat sana sini. Jadi. saya memang kena pastikan kecedaraan saya betul-betul pulih kerana saya akan bekerja buat jangka masa panjang. Sampai ke hari tua,” ujarnya lagi.

Anggap Ujian Sebagai Teguran Allah

Dalam pada itu, Sakinah menganggap kejadian yang menimpanya sebagai satu peringatan daripada Allah SWT agar dia tidak terlalu memaksa diri dan terlalu mengejar hal-hal dunia.

“Mungkin Sebelum Ini Saya Tak Bersyukur, Obses Dengan Dunia,” - Berkerusi Roda Sebab Terjatuh, Sharifah Sakinah Anggap Kemalangan Teguran Allah

Ads

“Mungkin Sebelum Ini Saya Tak Bersyukur, Obses Dengan Dunia,” - Berkerusi Roda Sebab Terjatuh, Sharifah Sakinah Anggap Kemalangan Teguran Allah

Anda mungkin berminat dengan

“Saya jenis bangun pagi, selalu bersukan. Bila jadi insiden seperti ini, rasa pelik sangat sebab jadi ‘slow’. Namun, semua benda ni berlaku ada sebab.

“Mungkin sebelum ini saya tidak bersyukur, terlalu mengejar sesuatu. Terlampau obses dengan apa yang ada di dunia.

“Jadi mungkin Allah suruh saya ‘cool down’ sikit,” kongsinya.

Tiket Sehala merupakan filem terbaharu terbitan Key Billions yang diarahkan oleh Rahila Ali.

Selain Sharifah Sakinah, filem tersebut turut dibintangi Noki K-Clique, Zaki Yamani, Ha Ju Young dan ramai lagi.

Filem berkenaan dijadualkan menemui penonton secara eksklusif di pawagam bermula 6 Ogos 2026.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Zaki Yamani Perjelas Hubungan Dengan Hussain, Nafi Dakwaan Hubungan Tak Baik...

Penyanyi Zaki Yamani menegaskan hubungan dengan sepupunya yang juga penyanyi yang kini bersaing dalam program Big Stage Rocketfuel iatu Hussain, berada dalam keadaan baik sekali gus menepis spekulasi yang timbul di media sosial sebelum ini.