Ads

“Kami Mahu Hasilkan Lebih Banyak Projek Yang…,” – Bukan Sekadar Viral, Abd Rahman Soltan Mahu Lahirkan Lebih Ramai Content Creator Berjaya

Abd Rahman
Abd Rahman

Melahirkan lebih ramai pencipta kandungan yang mampu menjana pendapatan stabil serta memiliki masa depan lebih terjamin menjadi antara komitmen utama yang terus dibawa Ketua Pegawai Eksekutif Asia, Abd Rahman Soltan.

Menurut Abd Rahman, perkembangan dunia digital hari ini membuka peluang besar kepada golongan muda.

Namun, peluang tersebut perlu disertai dengan bimbingan, hala tuju dan ruang yang tepat agar populariti yang diraih dapat diterjemahkan kepada nilai jangka panjang.

“Tahun ini antara fokus utama kami adalah untuk membentuk lebih ramai influencer dan content creator yang bukan sekadar mengejar populariti, tetapi mampu menjadikan platform mereka sebagai sumber pendapatan dan masa depan yang lebih baik.

“Melalui program IPP, kita mahu membantu generasi muda memahami bagaimana mereka boleh menggunakan pengaruh yang ada untuk menambah pendapatan dan membina kehidupan yang lebih stabil.

“Usaha itu juga bertujuan membuka lebih banyak ruang kepada anak muda untuk berkembang dalam pelbagai cabang termasuk hiburan, perniagaan dan industri kreatif,” ujarnya.

Usahawan berkenaan demikian ketika ditemui pada majlis sambutan hari lahir yang dihadiri hampir 100 pempengaruh baru-baru ini.

 

“Kami Mahu Hasilkan Lebih Banyak Projek Yang…,” – Bukan Sekadar Viral, Abd Rahman Soltan Mahu Lahirkan Lebih Ramai Content Creator Berjaya “Kami Mahu Hasilkan Lebih Banyak Projek Yang…,” – Bukan Sekadar Viral, Abd Rahman Soltan Mahu Lahirkan Lebih Ramai Content Creator Berjaya “Kami Mahu Hasilkan Lebih Banyak Projek Yang…,” – Bukan Sekadar Viral, Abd Rahman Soltan Mahu Lahirkan Lebih Ramai Content Creator Berjaya

Ads

“Kami Mahu Hasilkan Lebih Banyak Projek Yang…,” – Bukan Sekadar Viral, Abd Rahman Soltan Mahu Lahirkan Lebih Ramai Content Creator Berjaya

Legasi Michael Jackson Jadi Inspirasi

Mengulas mengenai tema sambutan ulang tahun kelahirannya yang diinspirasikan daripada legenda muzik dunia, Michael Jackson, Abd Rahman menjelaskan pemilihan tema tersebut dibuat kerana nilai legasi yang masih kekal relevan sehingga hari ini.

“Michael Jackson bagi saya ialah simbol legasi dan juga satu figura yang masih meninggalkan tanda tanya besar kepada dunia.

“Walaupun sudah lama tiada, generasi muda masih mengenali lagu dan karya beliau. Itu menunjukkan bahawa hasil kerja yang memberi impak akan terus hidup merentas generasi.

“Minat golongan muda terhadap figura legenda juga membuka ruang kepada pembangunan kandungan dan projek kreatif yang lebih dekat dengan citarasa generasi masa kini,” katanya.

Ads

Selain persembahan daripada penyanyi, Agy, majlis itu turut diserikan dengan persembahan trio pempengaruh iaitu Imranul Effendy, Izlann Iskandar dan Boi Baek, selain kehadiran pempengaruh lain antaranya Puteri Sari, Reyzal Yazmi dan Puspagomen.

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/all-star-influencers-award-2026-janji-penjurian-telus-tiada-pilih-kasih-antara-influencer-tempatan-antarabangsa/

Mahu Buka Laluan Ke Industri Lebih Besar

Dalam pada itu, Abd Rahman menjelaskan platform yang dibangunkan bukan hanya tertumpu kepada pencipta kandungan semata-mata, sebaliknya turut membuka peluang kepada penyanyi, pelakon dan usahawan muda untuk berkembang bersama.

“Kebanyakan anak muda hari ini bermula dengan media sosial untuk membina nama, tetapi akhirnya mereka boleh berkembang kepada pelbagai bidang lain.

Ads

“Populariti yang diperoleh boleh dijadikan asas untuk membina perniagaan sendiri, menghasilkan jenama produk, melakukan ulasan secara profesional atau membuka peluang pekerjaan yang lebih baik,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Abd Rahman turut menyifatkan perkembangan beberapa bakat yang pernah dibimbing sebelum ini, termasuk Imranul Effendy dan Harissa Adlynn, sebagai bukti bahawa platform digital mampu menjadi pemangkin kepada perubahan hidup seseorang.

“Kalau ditanya sama ada saya bangga, itu memang sebahagian daripada misi dan visi yang kami bawa sejak awal.

“Kita sudah melihat sendiri bagaimana ada yang bermula sebagai content creator dan akhirnya berjaya melangkah ke bidang lebih besar termasuk lakonan dan filem,” katanya.

Berkongsi perancangan masa depan, Abd Rahman berkata pihaknya kini sedang merancang pembangunan kandungan berbentuk mini siri dan filem yang mengetengahkan bakat influencer tempatan.

“Kami mahu menghasilkan lebih banyak projek yang membuka ruang kepada influencer untuk berkembang sebagai pelakon dan bakat kreatif.

“Matlamat akhirnya adalah untuk melahirkan lebih ramai bakat muda yang bukan sekadar dikenali di media sosial tetapi mampu mencipta kerjaya yang lebih besar dalam industri,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Tak Semua Orang Mempunyai Pengalaman Indah Bersama Ayah Mereka,” – Luqman...

Bersempena sambutan Hari Bapa, penyanyi yang juga pempengaruh dan pencipta lagu, Luqman Podolski tampil dengan karya terbaharu berjudul Ayah, hasil ciptaan komposer Kim Manul...
error: Hello. Cannot.