
Penyanyi remaja, Auddra menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya meninggalkan alam persekolahan sepenuhnya demi memberikan fokus terhadap kerjaya seni.
Menurut Auddra, dia masih meneruskan pembelajaran seperti biasa menerusi sistem homeschooling selain mengikuti kelas tuisyen sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Masih Belajar, Jalani Homeschooling & Kelas Tuisyen

“Ramai yang kecam saya kerana ingat saya berhenti sekolah. Saya tak berhenti sebaliknya saya jalani sesi persekolahan secara home schooling. Ada guru yang datang ke rumah dan mengajar saya.
“Saya juga ada mengambil kelas tusyen,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran single terbaharu penyanyi Umairah berjudul Hujung Indah, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Auddra memaklumkan dia bakal memperlahankan sementara aktiviti seni bermula Julai ini bagi memberi sepenuh perhatian terhadap peperiksaan tersebut.

“Selepas bulan Julai, saya tidak akan menerima sebarang tawaran kerja. Saya mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap SPM.
“Datuk Seri Siti Nurhaliza dan pihak pengurusan juga sudah maklumkan yang kerjaya saya akan bersambung semula selepas habis SPM.
“Selepas SPM nanti, mungkin anda akan kembali kerap melihat wajah saya,” ujarnya lagi.
Mahu Buktikan Kesungguhan Dalam Pelajaran
Sementara itu, Auddra turut menyangkal tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dirinya tidak memandang serius soal pendidikan.

“Dakwaan itu sememangnya tidak benar. Apa yang anda lihat di media sosial tidak semuanya betul. Bila ada individu yang komen, yang lain juga ikut percaya.
“Jika mereka duduk berhampiran dengan rumah saya, pasti mereka tahu jadual saya. Saya sibuk jalani homeschooling dan kelas tusyen.
“Saya akan buat apa sahaja untuk dapatkan keputusan yang terbaik,” kongsinya lagi.
Meskipun tidak menerima tekanan daripada ibunya berhubung pencapaian akademik, Auddra tetap berazam untuk memberikan yang terbaik dalam peperiksaan SPM.

Baca Artikel Lain;
Anda mungkin berminat dengan
“Ibu saya pula tidak mahu terlalu memberikan tekanan. Katanya, jika saya dapat sekurang-kurangnya 2A atau lulus sekali pun, dia okay sahaja.
“Ibu saya tak minta saya dapat semua subjek A pun. Dia hanya mahu saya lulus. Namun, saya tidak mahu buat sambil lewa sahaja.
“Sudah tentu saya mengharapkan keputusan yang terbaik. Jangan kerana ibu saya meletakkan sasaran yang kecil, saya tak nak usaha langsung.
“Saya mahu jadi versi yang lebih baik daripada sebelum ini. Saya tak perlukan orang cakap buruk mengenai saya. Saya akan buktikan kepada anda semua yang saya boleh jadi lebih baik,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

