Ads

Berat Andi Bernadee Sudah Naik Hampir 20KG, Kongsi Perjuangan Lawan Autoimun Hipertiroid – “Saya Alami Gigi Bernanah Sampai…”

Penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee akhirnya menjelaskan persoalan mengenai perubahan penampilannya yang sebelum ini mengundang perhatian ramai apabila kerap dilihat mengenakan topi serta pelitup muka ketika berada di tempat awam.

Menurut Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, 35, keadaan itu sebenarnya berpunca daripada masalah kesihatan yang dihadapinya selepas disahkan menghidap penyakit autoimun hipertiroid.

Andi kini bagaimanapun bersyukur dan berkongsi perkembangan terkini apabila kesihatannya kini semakin baik selepas menjalani rawatan.

Ujian Komplikasi Kesihatan

Susulan penyakit autoimun hipertiroid yang dialami, Andi menjelaskan dia sebelum ini pernah mengambil sehingga 15 biji ubat sehari bagi mengawal keadaan kesihatannya.

“Penyakit saya ini autoimun hipertiroid, di mana hormon badan saya berlebihan. Bila berlebihan, ia akan serang organ-organ lain.

“Saya alami gigi bernanah sampai tiga bulan tak berhenti. Berdiri pun semput, bawa kereta tak boleh tekan pedal minyak sebab badan menggigil. Tengah tidur pula boleh menjerit sebab kekejangan.

“Alhamdulillah saya baru keluar hospital semalam, sekarang hanya perlu makan dua biji ubat sahaja sehari,” katanya.

Andi berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pra-dengar album terbaharunya, Ding Geding yang berlangsung di Petaling Jaya pada Rabu.

Ads

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/aku-nak-kahwin-andi-bernadee/

Berat Andi Bernadee Sudah Naik Hampir 20KG, Kongsi Perjuangan Lawan Autoimun Hipertiroid – “Saya Alami Gigi Bernanah Sampai…” Berat Andi Bernadee Sudah Naik Hampir 20KG, Kongsi Perjuangan Lawan Autoimun Hipertiroid – “Saya Alami Gigi Bernanah Sampai…” Berat Andi Bernadee Sudah Naik Hampir 20KG, Kongsi Perjuangan Lawan Autoimun Hipertiroid – “Saya Alami Gigi Bernanah Sampai…” Berat Andi Bernadee Sudah Naik Hampir 20KG, Kongsi Perjuangan Lawan Autoimun Hipertiroid – “Saya Alami Gigi Bernanah Sampai…”

Tambah Andi lagi, dia kini hampir mendapatkan berat badannya yang ideal seperti sebelum ini.

“Sekarang berat badan saya sudah mencecah 67 kilogram, masa sakit dulu turun sampai 46 kilogram.

Ads

“Sebenarnya saya sudah hidup dengan penyakit ini lebih setahun, cuma saya menafikan dan tetap teruskan kerja seperti biasa pergi ke set dan menyanyi,” katanya.

Elak Ada Terkeliru Dengan Perubahan Fizikal

Mengulas mengenai tindakannya yang dilihat seperti ‘berselubung’ sebelum ini, Andi menjelaskan ia bukan kerana mahu mengasingkan diri daripada umum.

Sebaliknya, dia hanya ingin mengelakkan perhatian ramai terhadap perubahan fizikalnya ketika sedang memberi fokus kepada promosi album.

“Saya ada keluar rumah, tapi tak adalah berselubung sangat. Kalau keluar pun saya pakai topi dan pelitup muka, mungkin sebab itu ramai tak perasan.

“Dalam bidang ini memang perlukan perhatian, tapi waktu itu teaser video sedang berjalan. Saya tak nak orang keliru.

Ads

“Nanti orang kata ‘kejap nampak badan lain, dalam video lain pula’, siap tuduh saya buat macam-macam. Jadi saya elakkan benda itu,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

Album Sulung Penuh Makna

Dalam pada itu, Andi turut menzahirkan rasa syukur dan teruja apabila akhirnya album sulung berjudul Ding Geding, sukses dilancarkan selepas hampir sedekad dalam dunia seni.

Menampilkan 12 buah lagu dengan pelbagai tema dan emosi, Ding Geding menjadi refleksi perjalanan hidup, pengalaman serta perkembangan seni Andi sebagai seorang penyanyi dan penulis lagu.

Tambah Andi, album ini boleh digambarkan sebagai permulaan satu rentak yang menghimpunkan pelbagai perasaan dan pengalaman dalam satu karya.

”Boleh dikatakan, album ini ada momen seronok, kecewa, bingung dan bahagia. Semua emosi itu ada dalam satu album kerana itulah realiti kehidupan sebenar.

”Emosi manusia sentiasa berubah-ubah dan saya mahu pendengar merasai perjalanan tersebut bersama saya,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Sedih Sampai Tak Boleh Tidur,” – Siti Saerah Reda Amad...

Penyanyi Siti Saerah reda dengan keputusan anaknya yang juga penyanyi remaja, Ahmad Dayyan atau Amad, untuk berpindah dan menetap bersama bapanya, Saiful Anuar di Kuantan, Pahang.
error: Hello. Cannot.