
Pelakon dan penyanyi, Datuk Yusry Abdul Halim berharap para penonton dapat terus menunjukkan sokongan terhadap drama Dendam Seorang Mentua meskipun peranannya sebagai pelakon utama sudah berakhir.
Menurut Yusry, dia merasakan penonton juga sudah pun meramalkan detik ini dan kemunculan aktor, Aaron Aziz pada pertengahan cerita sebagai sebahagian daripada perancangan pihak produksi.

“Saya rasa semua penonton tahu yang drama ini mempunyai dua orang pelakon lelaki utama. Ada saya dan Datuk Aaron Aziz.
“Bila kelibat Aaron belum ada di dalam drama ini, ramai yang sudah menjangkakan bila dia masuk nanti, saya akan keluar.
“Teori itu mungkin betul atau salah. Saya tak dibenarkan untuk berkongsi lebih terperinci,” katanya kepada MH.
Anggota kumpulan KRU itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaharu berjudul Jiwa & Raga, baru-baru ini.
Reaksi Pelbagai Penonton
Mengulas mengenai reaksi penonton yang
agak kecewa dengan perkembangan terbaharu drama berkenaan, Yusry berkata perubahan jalan cerita adalah perkara biasa bagi memastikan sesebuah naskhah terus berkembang.

“Bila kita terlibat dalam sebuah projek drama, akan ada penonton yang suka dan tidak. Itu perkara biasa. Dalam apa sahaja naskhah, jalan ceritanya harus berkembang.
“Jika kita buat drama 50 episod tetapi jalan ceritanya asyik berulang sahaja, orang tetap akan bercakap juga. Saya rasa ini boleh jadi satu era atau formula baharu dalam projek drama tempatan.
“Kita boleh gunakan dua pelakon hero yang akan bertukar dipertengahan musim. Pelakon filem seperi Aaron, mereka biasa bekerja di set selama lebih kurang 40 hari.
“Drama seperti ini mengambil masa selama enam bulan. Pelakon senior mana yang sanggup terima komitmen untuk berlakon selama enam bulan. Jadi, mungkin ini solusinya,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Yusry mengakui beliau sendiri terkejut apabila ditawarkan watak utama dalam drama berkenaan memandangkan usianya kini sudah mencecah 53 tahun.
Baca Artikel Lain;

“Bila pertama kali mereka tawarkan watak ini, saya bertanya kepada mereka adakah ini watak abang atau ayah? Itu lumrah untuk pelakon berusia 53 tahun.
“Bila mereka katakan saya bawa watak utama, saya ingatkan mereka gila. Ternyata drama ini menjadi. Pada saya, ini rezeki Allah. Kita tak boleh merancang atau meminta.
“Drama ini punyai potensi dan belum pernah orang buat,” kongsinya lagi.
Bersebab Terima Tawaran
Katanya lagi, dia bersetuju untuk terlibat di dalam drama ini bagi membuktikan pelakon senior juga mampu memberikan impak kepada sesebuah karya.
Anda mungkin berminat dengan

“Orang selalu bising kenapa artis lama tidak diberikan peluang? Bila diberikan peluang, kita pula merungut.
“Itu satu tindakan yang bodohlah. Kalau saya tak buat, akan ada pelakon senior lain yang ganti,” akhirinya.
Terdahulu, watak Datuk Muzaffar yang dibawakan oleh Yusry di dalam drama Dendam Seorang Mentua telah berjaya mencetuskan fenomena sejak di awal tayangan.
Bagaimanapun, rata-rata peminat terkejut apabila watak tersebut telah dimatikan dan akan digantikan dengan hero yang baharu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
View this post on Instagram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

