Penyanyi, Fitri Haris mendedahkan dia mempunyai sebab yang tersendiri mengapa mengambil masa terlalu lama untuk bergabung semula bersama kumpulan nasyid popular UNIC.
Menurut Fitri, meskipun pernah terlibat dengan projek-projek khas bersama UNIC sebelum ini, namun, dia merasakan masanya belum sesuai kerana dia masih lagi sibuk dengan komitmen peribadi.
“Semasa konsert pertama REUNIC, suasananya memang sangat havoc. Saya pun balik daripada UK semata-mata nak join konsert tersebut. Saya rasa itulah momen yang paling indah bersama UNIC.
“Saya tak sertai semula UNIC pada waktu itu kerana saya pun masih belajar. Malah, ketika itu, masih belum ada sebarang perbincangan mengenai kemasukkan saya semula.
“Saya faham keinginan peminat ini, mereka nak sangat kami bersama semula sebab mereka sukakan momen lama. Mereka sukakan bila UNIC ada suara saya. Suara saya ni pun sejak dulu lagi selalu dijual lebih-lebih lagi bila part chorus. Mereka seperti dah terikat dengan saya,” tulisnya.
Pendedahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Demi Cinta Suci itu menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Instagram.
Ads
Katanya lagi, keputusan untuk kembali bersama kumpulan UNIC bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibuat memandangkan dia juga harus mengorbankan perjalanan kerjaya solonya.
“Walau bagaimanapun, bila saya putuskan untuk kembali semua bersama UNIC pada tahun 2022 ini, mungkin ada beberapa perkara yang orang ramai terlepas pandang.
“Saya telah pun korbankan penjenamaan Fitri Haris itu sendiri sebagai penyanyi solo yang telah dibina sejak 12 tahun yang lalu.
“Nama saya dah dikenali disebabkan lagu Suara Azan, menang Gema Gegar Vaganza dan beberapa anugerah lain. Saya korbankan semua itu untuk kembali semula dengan UNIC.
Ads
“Bukan senang-senang je saya nak buat keputusan. Sudah tentu saya dah buat pertimbangan daripada setiap sudut,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Fitri turut menyifatkan keputusan ini juga dibuat atas dasar persahabatan dan turut merasakan kehidupannya juga kini sudah stabil.
“Pada usia sekarang ini, apa yang saya nak, semuanya dah ada,
Ads
“Jadi, apa lagi yang saya mahu? Saya nak enjoy the moment. Saya buat keputusan ini atas dasar persahabatan. Walaupun saya boleh tapau sorang je duit show, saya pilih untuk berkongsi bertiga.
“Saya tak risau lagi sebab sumber pendapatan utama itu dah ada. Sekarang hanya nak enjoy the momen sahaja,” akhirinya.
Pada Julai lalu, Fitri mengumumkan dirinya kembali menyertai kumpulan nasyid, UNIC di sisi teman seperjuangannya, Bazli dan Fakhrul.
Dalam perkembangan lain, UNIC bakal mengadakan konsert reunion yang turut akan mengumpulkan kesemua ahli baru dan lama kumpulan nasyid popular itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fitri Haris & UNIC
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anak bongsu kepada pelakon, Mazlina Hasan Nodin atau lebih mesra disapa Lana, William Daud Mckienzie dijangka akan menjalani pembedahan jantung, Isnin ini di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kerana menghidap masalah injap (Aortic Stenosis).
Malah, Lana seperti yang dilaporkan media sebelum ini Lana seperti yang dipetik menjelaskan, masalah yang dialami anaknya yang berusia tiga bulan ini adalah berkaitan dengan injap aorta yang sempit dan akan secara tidak langsung akan memberi bebanan ke atas ventrikal kiri.
“William perlu diberi perhatian lebih terutama di dalam menjalani aktiviti harian, di mana dia perlu mengelakkan aktiviti lasak atau berat.
“Kalau pembedahan tidak dilakukan bimbang jantungnya harus bekerja keras dan apabila usia meningkat dia bakal mengalami masalah jantung bengkak,” katanya sepeti yang dipetik Harian Metro.
Sementara itu, awal malam tadi bintang tersebut turut memberi dedikasi dan harapan buat anak kesayangannya itu menerusi Instagram.
“Syafakallah anakku billy… Insyallah mommy, daddy, kakak gia and everyone will pray for u… And tq to all yg doakan utk anak i esok… Semoga Allah Swt be with us,aminnn,” tulisnya.
Serentak dengan posting video itu, rata-rata netizen mendoakan akan segalanya akan dipermudahkan dan tidak kurang yang meminta agar Lana terus kuat dan tabah.
Pelakon, Fazreen Rafi ada berkongsi cerita dan mengimbau kembali detik permulaan perkenalan bersama isterinya, Syarifah Marlina Ashikin.
Menerusi entri yang dikongsi di laman media sosial Instagram, pelakon berusia 35 tahun ini memberitahu hubungan perkenalan itu terjalin selepas dia terjumpa ddngan isterinya di sebuah majlis, suatu ketika dahulu.
“Mlm nie dinner kt tpt 1st date faz dgn @symarlina dulu.. kenal wife faz time event cuci kereta dkt sacc mall faz wakil @mediahiburanofficial wife faz dara.com masa terpandang wife faz terus terpikat ooo bak kata org cinta pandang pertama.
“Nak tegur malu nk no phone apatah lg.. faz biarkan je masa berlalu sampai la masa dia nk balik bye2 semua faz pun bertanya lah, balik mana? dia ckp pantai dalam.. cantikkkk.
“Faz terus ckp char koay teow sana sedap, kita budak UM kan pantai dalam bangsar mid valley pj mmg tpt kita la.. terus faz ajak dia dinner n mintak no phone,” tulisnya.
Fazreeen pada masa sama turut menyatakan rasa sayang buat isteri yang masih lagi hangat seperti dulu.
“Kalaulah dia x bagi respond masa tue mungkin faz masih bujang lg sampai skrg kerana x mampu mengenangkan hidup tanpa dirimu.. cewah…
“Maka dr situ lah bermulanya bibit2 cinta yg menyatukan dua hati.. dan kini aku masih seperti dulu mencintaimu sepenuh hatiku.. eee nyampahnya baca… #poyo,” tulisnya lagi.
Penyanyi dangdut popular Indonesia, Via Vallen atau nama sebenarnya Maulidia Octavia telah selamat bertunang dengan kekasihnya, Chevra Yo yang merupakan vokalis kumpulan band Papinka. Hal tersebut telah disahkan apabila kedua-dua mereka memuat naik gambar di akaun Instagram masing-masing.
Walaupun baru memuat naik gambar tersebut, mereka telah bertunang lebih awal iaitu pada 6 Mei 2022 berdasarkan tarikh yang diletakkan di video klip khas mengenai pertunangan mereka itu dan juga tarikh yang dinyatakan di laman Instagram.
Pada hantaran yang dimuat naik itu, tertulis, “06.05.22 Alhamdulillah, one step closer. Terima kasih buat semua vendor dan pengisi acara yg turut menjayakan acara kami.”
Penyanyi yang popular dengan lalu Sayang ini menyatakan isi hatinya kepada tunang tersayang dalam sebuah video bersama yang dimuat naik di akaun YouTube rasminya.
Ujar wanita berusia 30 tahun ini, “Aku suka kamu kerana kamu hormat dengan ibumu, kerana kamu sayang dengan ibumu. Aku merasa lelaki yang mengambil berat orang tuanya terutama ibunya merupakan lelaki yang tepat untukku, untuk mendampingi hidupku. Dengan izin Allah, restu mama dan papa aku mohon terima kamu sebagai calon suamiku.”
Dalam satu momen lain pula, Chevra atau nama penuhnya Chevra Yolandi dilihat berdiri di hadapan bapa tunangnya dan meluahkan isi hati yang terbuku.
“Saya selalu bersyukur kepada Allah SWT yang telah mempertemukan dengan anak papa dan mama. Maulidia Octavia, seorang sosok perempuan yang sangat kuat, tegar, tidak pernah mengeluh, sangat baik dan sangat berbakti kepada orang tuanya serta peduli kepada orang sekeliling.
“Dia membuat saya yakin berdiri dan melangkah sampai saat ini. Dia seorang perempuan yang selalu membuatkan saya mengutamakan kebaikan dari segala sisi. Untuk itu dengan penuh kerendahan hati, saya sekeluarga memohon izin melamar dan meminang Via,” ucapnya ikhlas.
Via Vallen memulakan kerjayanya sebagai penyanyi pada usia 15 tahun lagi namun hanya melancarkan lagu sendiri pada 2015. Anak jati kelahiran Surabaya, Indonesia ini telah merangkul pelbagai anugerah muzik seperti Penyanyi Dangdut Paling Popular di SCTV Music Award 2017dan pemenang kategori Penyanyi Dangdut Wanita Paling Popular Indonesian Dangdut Award untuk dua tahun berturut-turut pada 2017 dan 2018.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas membuat perkongsian sepotong video pendek di media sosial yang mencetuskan pelbagai tanda tanya oleh penyanyi Syasya Rizal, teka-teki akhirnya terjawab.
Bekas anggota kumpulan Dolla...