Setelah 24 tahun mewarnai industri hiburan dan muzik nasyid tanah air, kumpulan nasyid UNIC melangkah setapak lagi menerusi projek terbaharu mereka yang diberi nama UNICOUSTIC PODCAST.
Menerusi projek tersebut, mereka bakal merakamkan semula kesemua lagu daripada album terdahulu mereka dalam nafas baharu.
Lagu-lagu yang terkandung di dalam album sulung berjudul YOU AND I SEE misalnya, akan diberi sentuhan akustik, sekali gus menawarkan pengalaman berbeza kepada para pendengar.
Lebih istimewa, versi akustik bagi album tersebut turut dipersembahkan dalam bentuk podcast yang menggabungkan elemen muzik dan penceritaan.
Kongsi Kisah Di Sebalik Penubuhan
Menurut Dr Fitri Haris yang mewakili UNIC, podcast tersebut dihasilkan khusus untuk berkongsi sejarah awal penubuhan kumpulan berkenaan, termasuk kisah di sebalik pembikinan lagu-lagu dalam album pertama mereka.
Ads
Selain itu, podcast tersebut turut menampilkan pelbagai pengalaman suka dan duka yang dilalui anggotanya iaitu Dr Fitri Haris, Bazli Hazwan dan Fakhrul Radhi sepanjang memperjuangkan irama nasyid di Malaysia.
“Projek terbaru ini mengandungi 10 episod podcast dan 10 lagu versi akustik dari album pertama adalah dari Geran Dana Kandungan Kreatif dibawakan khas oleh Kementerian Komunikasi Dan Digital melalui My Creative Venture diterbitkan oleh UNIC LEGACY.
“Geran ini sangat memberi impak kepada pemain industri seperti kami terutama dalam industri nasyid sendiri.
Ads
“Kami harap dengan buah tangan terbaru kami ini dapat mengembalikan nostalgia dari awal penubuhan sehingga kami dapat bertahan hingga ke hari ini,” kata Fitri.
Dalam pada itu, Fitri turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan terhadap perjalanan seni dan misi yang dibawa UNIC selama ini.
“Terima kasih kepada Kementerian Komunikasi Dan Digital,My Creative Venture dan juga rakan media yang sentiasa bersama dalam perjuangan kami dalam menyampaikan dakwah dan misi kemanusiaan sejagat,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bayangkan bagaimana seorang wanita menjalinkan hubungan cinta yang bermula dengan satu muslihat. Sudah tentu ia bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan kekuatan jiwa yang tinggi.
Namun, bagaimana pula apabila hubungan yang pada awalnya sekadar satu misi perlahan-lahan berubah apabila lelaki yang didekati itu mula mencuri hatinya?
Itulah elemen menarik yang diketengahkan menerusi drama bersiri terbaharu di platform penstriman iQIYI Malaysia, Griya: Rahsia Seorang Lelaki.
Terbitan Skop Productions, drama yang menggabungkan elemen thriller psikologi dan konflik hubungan ini mula menemui penonton sejak 9 Mei lalu menerusi platform iQIYI.
Drama ini mengisahkan Sophia lakonan Chacha Maembong, seorang peguam yang berganding bahu bersama Detektif Liana yang dijayakan Scha Alyahya bagi menyiasat Razman lakonan Nazim Othman, seorang duda kaya yang disyaki terlibat dalam pembunuhan dua bekas isterinya.
Demi melaksanakan misi tersebut, Sophia sanggup menjalinkan hubungan cinta palsu dengan Razman.
Percintaan yang pada mulanya sekadar strategi penyiasatan akhirnya membawa mereka ke alam perkahwinan apabila Sophia menyusup masuk ke dalam kehidupan dan kediaman Razman bagi membongkar segala rahsia yang disembunyikan lelaki itu.
Namun, kehidupan bersama Razman mula mengelirukan Sophia apabila lelaki tersebut perlahan-lahan berjaya mencuri hatinya. Dalam keadaan itu, Sophia terpaksa berdepan dilema sama ada untuk terus menegakkan keadilan atau melindungi lelaki yang mungkin sebenarnya berbahaya.
Turut membintangi drama ini ialah Dynas Mokhtar sebagai Razia atau lebih dikenali sebagai Kak Yan, Hazama sebagai Saiful dan Nia Atasha sebagai Sara yang melengkapkan lagi perjalanan cerita penuh misteri ini.
Menurut Pengarah Urusan iQIYI Malaysia, Singapura dan Indonesia, Dinesh Ratnam, pihaknya sentiasa memantau trend tontonan, perbualan di media sosial serta perubahan citarasa penonton.
Justeru, pihaknya yakin Griya: Rahsia Seorang Lelaki berpotensi menarik perhatian khalayak tempatan.
“Pada masa sama, kami juga bekerjasama rapat dengan penerbit tempatan untuk menghasilkan kandungan lebih moden, segar dan dengan dengan realiti masyarakat hari ini, sambil mengekalkan nilai hiburan yang kuat,” katanya.
Mengulas mengenai kekuatan penceritaan drama tersebut, Dinesh menyifatkan ia bukan sekadar kisah cinta atau rumah tangga biasa, sebaliknya sebuah permainan psikologi yang sarat dengan suspen dan rahsia.
“Drama ini menawarkan gabungan thriller, misteri dan konflik emosi yang jarang diterokai dalam drama tempatan. Setiap episod akan membuat penonton terus tertanya-tanya tentang siapa Razman sebenarnya dan apakah kebenaran yang tersembunyi di sebalik “Griya”.
“Drama ini disasarkan kepada penonton dewasa muda dan peminat cerita berintensiti tinggi, khususnya mereka yang gemarkan thriller, misteri dan drama hubungan yang kompleks.
“Mesej utamanya adalah tentang kepercayaan, manipulasi dan bagaimana seseorang yang kelihatan sempurna boleh menyimpan sisi gelap yang tidak dijangka,” katanya lagi.
Sementara itu, Penerbit dan Pengarah Urusan Skop Productions, Shamin Yusof menyifatkan naskhah bergenre thriller ini sebagai satu kelainan yang mampu memberikan pengalaman baharu kepada penonton dari sudut penceritaan dan pembikinan.
“Di Skop Productions, kami sentiasa mahu cuba sesuatu yang luar biasa. Menerusi drama ini, kami lari sikit dari kebiasaan genre aksi, drama dan seram. Kami bawakan sebuah naskhah thriller yang lebih ‘dark’ serti memberi fokus pada karakter.
“Kali ini, kita bermain dengan psikologi, emosi, dan persoalan moral. Kami mahu hidangkan sesuatu yang ‘fresh’ dan berbeza untuk penonton Malaysia, sebuah cerita yang akan buat anda terfikir-fikir tentang erti cinta dan kesetiaan.
“Memang sangat gembira apabila Griya: Rahsia Seorang Lelaki berjaya meraih perhatian penonton. Selain ‘cast performance’ yang tidak mengecewakan, kekuatan drama ini juga adalah pada jalan ceritanya yang sering membuatkan penonton tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya,” katanya.
Menyentuh mengenai cabaran sepanjang proses pembikinan, Shamin mengakui fasa pembangunan naskhah merupakan antara aspek paling mencabar.
“Cabaran terbesar adalah ketika ‘development process’, kita perlu cukup data untuk buat penonton setia mengikuti drama ini hingga akhir.
“Selain itu, pemilihan pelakon juga mencabar kerana kami harus pastikan setiap pelakon dapat mengembangkan watak masing-masing dan menjadi sebati apabila dimainkan,” jelasnya.
Dalam pada itu, pengarah drama berkenaan, Faisal Ishak turut memuji komitmen yang ditunjukkan para pelakon dalam menghidupkan setiap karakter.
“Sebagai pengarah, saya selalu percaya sesebuah cerita hanya hidup apabila para pelakonnya percaya pada dunia yang kita bina. Setiap pelakon sebenarnya datang untuk menjadi sebahagian daripada dunia yang kita ciptakan itu, bukan sekadar melakonkan watak.
“Harapan saya untuk drama ini adalah untuk penonton berasa sesuatu. Kadang-kadang kita terlalu fokus hendak buat cerita yang besar, tapi bagi saya, cerita yang memberi kesan yang lama adalah cerita yang buat orang rasa dekat.
“Saya juga berharap drama ini dapat menunjukkan bahawa cerita tempatan kita mempunyai identiti dan suara yang mampu bergerak lebih jauh. Platform mungkin berubah, cara orang menonton mungkin berubah tapi cerita yang jujur akan sentiasa mencari penontonnya,” katanya.
Bagi yang terlepas menonton, anda boleh menikmati keseluruhan episod drama ini secara ‘marathon’ menerusi platform berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Siti Nurhaliza menegaskan soal pendidikan dan jadual persekolahan sentiasa menjadi keutamaan terhadap penyanyi remaja yang juga anak saudaranya, Umairah.
Menurut Siti, sebagai antara artis di bawah naungan SN Legacy, Umairah perlu memastikan pelajarannya tidak tercicir meskipun sibuk dengan komitmen sebagai anak seni.
“Pada saya, pelajaran ini sangat penting. Itulah yang perlu dia selesaikan dahulu. Bila melihat Umairah, saya nampak diri saya ketika mula-mula menyanyi dahulu.
“Ketika itu, saya ada dua tanggungjawab iaitu sebagai pelajar dan anak seni. Saya tak nak dia ketinggalan. Kedua-duanya ini penting.
“Sementara nak habiskan SPM, dia perlu menjadi pelajar yang bertanggungjawab. Tak boleh nak selalu tinggalkan waktu sekolah,” katanya kepada MH.
Siti berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu Umairah berjudul Hujung Indah, baru-baru ini.
Mengimbau kembali zaman persekolahannya, penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu mengakui pernah berdepan keletihan dalam mengimbangi pelajaran dan kerjaya seni.
Namun, dia bersyukur kerana dibesarkan oleh seorang ibu yang sangat tegas serta tidak berkompromi dalam soal pendidikan.
“Bohonglah kalau saya kata tidak penat. Sejujurnya memang saya penat sangat. Namun, saya punyai ibu, Siti Salmah yang sangat tegas. Jadi, anak pun akan terikut didikan mereka.
“Malah, saya juga tak mahu hilang kepercayaan guru. Bila mereka beri izin kita berkarya, jangan kita ambil mudah tentang persekolahan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Siti berpandangan generasi muda hari ini memerlukan lebih perhatian dan sokongan kerana mereka berdepan cabaran yang berbeza berbanding zaman dahulu.
“Ada sahaja Umaira mengadu penat. Anak muda sekarang lain pemikirannya. Cabaran yang mereka hadapi tidak sama seperti cabaran saya dahulu. Rasanya cabaran saya lebih susah.
“Umairah juga ada cabaran yang harus dilalui. Mungkin hanya 50 peratus jika ingin dibanding dengan zaman saya dahulu. Namun, dia seorang yang sangat matang.
“Lagipun, dia bukan baru sahaja bergelar anak seni. Sejak kecil lagi dia sudah masuk pertandingan dan berlakon. Dia juga sudah melihat cara saya bekerja. Jadi, persediaan mental itu sudah ada,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Siti percaya pengalaman Umairah menuntut di sekolah seni turut membantu meningkatkan kemahirannya sebagai seorang penghibur.
“Saya harap Umairah boleh seimbangkan pelajaran dengan apa yang dia suka iaitu bergelar penghibur. Lagipun, dia bersekolah di sekolah seni.
“Apa yang dia belajar, dia praktikkan di atas pentas yang dia berdiri sekarang,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi remaja, Viviana Zairi meluahkan rasa kecewa apabila sering menjadi sasaran kecaman segelintir netizen yang bukan sahaja mengkritik bakat nyanyiannya, malah turut menyentuh soal rupa paras dan fizikalnya.
Menurut Viviana, setiap individu berhak memberikan pandangan tersendiri mengenai bakatnya.
Namun, dia berharap kritikan yang diberikan tidak melampaui batas sehingga boleh menjatuhkan maruah seseorang.
“Maaf kalau saya tiada pakej di mata korang. Kalau tidak suka dengan bakat saya, jangan hina rupa dan fizikal saya,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh anak kepada penyanyi, Ani Maiyuni itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.
Luahan berkenaan dipercayai dibuat susulan impak komen-komen negatif yang diterimanya sejak aktif dalam dunia hiburan.
Sebelum ini, Viviana turut menjadi perhatian apabila menerima pelbagai kritikan daripada netizen sepanjang penyertaannya dalam program realiti, Talk To My Manager musim ke-2 (TTMM2).
Kenyataan yang dimuat naik itu turut mendapat sokongan daripada ramai netizen yang menggesa orang ramai supaya lebih berhemah ketika memberikan pandangan di media sosial.
Malah ada juga berpendapat kritikan terhadap persembahan atau bakat adalah perkara biasa dalam industri hiburan. Namun, serangan peribadi yang melibatkan penampilan fizikal tidak sepatutnya berlaku.
Berikut merupakan antara komen-komen netizen;
“Sayang, awak sempurna seadanya.
Bukan sahaja cantik, malah awak juga seorang yang baik hati, yakin dengan diri sendiri dan sememangnya berbakat.”
“Mereka hanya mampu bercakap di belakang awak kerana itulah tempat mereka sebenarnya. Di belakang, bukan di hadapan awak.”
“Saya ini dari Singapura dan saya sokong awak sepenuhnya. Abaikan saja komen-komen yang negatif itu. Awak sudah cantik seadanya, dan teruslah kuat selalu.”
“Awak tahu tak? Awak sebenarnya lebih daripada apa yang awak lihat di cermin. Bakat awak jauh lebih besar daripada apa yang awak jangka. Awak mampu bersinar lebih terang daripada bintang-bintang di langit.”
“Abaikan sahaja para pembenci ini. Awak sudah melakukan yang terbaik dan saya percaya awak mampu pergi jauh. Terus maju jaya Viviana.”
Terdahulu, selepas tersingkir pada minggu suku akhir TTMM2, Viviana dikhabarkan bakal melancarkan single terbaharu dalam masa terdekat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Komposer dan penulis lagu prolifik, Ajai berharap pendengar dapat menikmati Cinta Di Akhir Garisan 2.0 dengan perspektif baharu tanpa membandingkannya dengan versi asal yang...