
Pelakon Kamal Adli tampil menjelaskan salah faham yang timbul susulan kenyataannya mengenai pengalaman melalui fasa sukar ketika berdepan kemelut rumah tangga, sehingga didakwa mengundang sindiran daripada bekas isterinya, Uqasha Senrose.
Menurut Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, kenyataan tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana pihak, sebaliknya sekadar berkongsi cabaran yang dilaluinya ketika menjayakan filem aksi, Takluk: Op Daulat.
“Sebenarnya benda itu bukan salah bual. Niat saya nak cakap mengenai cabaran penggambaran filem Takluk: Op Daulat.
“Saya cuma nak berterima kasih, alang-alang semua orang ada waktu itu termasuk kru dan pelakon.
“Mereka ada waktu saya ‘down’, saya nak berterima kasih kepada semua sebab mereka menyokong saya untuk saya habiskan filem itu.
“Filem itu memang saya tunggu-tunggu, cerita aksi memang perlukan mental yang kuat,” katanya ketika sesi Meet & Greet Duta Jakel 2026 di Jakel Mall, Kuala Lumpur pada Jumaat.


Baca Artikel Lain;
Maaf Jika Kenyataan Disalah Tafsir
Dalam pada itu, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa berkenaan menegaskan dia tidak berniat mengungkit kembali kisah lama dan turut memohon maaf sekiranya kenyataannya itu disalah tafsir sehingga mengguris perasaan Uqasha.
“Saya tak sebut apa-apa perkataan atau nama tentang isu apa yang jadi waktu itu.
“Tak ada niat nak ‘tembak’ orang dan mungkin ini ada salah faham. Jadi, kalau betul salah faham, dari pihak saya, saya minta maaf sangat.
“Kalau itu ‘trigger’ buat dia terasa, saya minta maaf pada Uqasha. Saya juga nak minta maaf kepada netizen kalau ada yang merasakan saya tak patut buat (bercakap) perkata itu dan sebagainya.
“Saya nak perjelas dan jernihkan keadaan,” katanya lagi.
Harap Tiada Lagi Kecaman, Fokus Bahagia Bersama Anak
Pada masa sama, Kamal berharap tiada lagi kecaman berterusan yang mengaitkan dirinya dengan kisah lama, memandangkan kini dia sedang menikmati kebahagiaan bersama anak tunggalnya.
“Tak ada apa nak gaduh, saya tengah gembira bersama anak dan saya dengan Uqasha pun tak ada masalah. Kami pun banyak berkomunikasi fasal anak.
“Saya harap janganlah ada sesi kecam-mengecam. Itu cerita lama dah habis, dah basi,” ujarnya lagi.
Anda mungkin berminat dengan
Terdahulu, Kamal mengimbas kembali pengalaman pahit yang dilaluinya ketika berdepan kemelut rumah tangga bersama Uqasha, yang akhirnya membawa kepada perceraian mereka.
Belum sempat merawat luka akibat perpisahan, Kamal terpaksa mengetepikan perasaan tersebut apabila bergegas ke Kuantan, Pahang untuk menyambung penggambaran filem Takluk 2: OP Daulat pada malam yang sama selepas selesai urusan di mahkamah, tanpa sempat bertemu ahli keluarganya.
Bagaimanapun, kenyataan tersebut menarik perhatian warganet, selain ada yang menegaskan perkara berkenaan sudah lama berlalu.
Terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan selebriti itu berakhir apabila Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu pada 12 Januari lalu.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

sekarang!

