Mulai meningkat naik namanya, finalis Hero Remaja 2020, Syameer Shauqeen atau nama komersialnya, Meerqeen mengakui menghargai peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan, meski dirinya masih lagi ‘hijau’ dalam dunia seni lakonan tempatan.

Jelas anak sulung daripada empat beradik ini lagi, dia sendiri tidak menyangka kehadirannya dalam bidang ini diterima baik, malah ada yang sanggup melakukan apa sahaja semata-mata mahu bersua muka.

“Saya bukanlah siapa-siapa. Masih lagi baru dan sedang belajar. Cuma apabila sudah ada yang mulai kenal dan mahu bergambar, ia sekurang-kurangnya membuatkan saya rasa teruja dan dihargai sebenarnya.

“Tidak dinafikan, program Pencarian Hero Remaja 2020 yang bersiaran setiap Khamis jam 9.00 malam di Astro Ria sebelum ini turut mendedahkan kami kepada peminat,” katanya kepada MH.

Ditanya sama ada dia pernah berdepan situasi pelik bersama peminat, bintang muda asal Kuala Lumpur ini cuba melayani mereka dengan sebaiknya.

IKLAN
View this post on Instagram

This year is my year, blessed 19. #blessed #19

A post shared by 19 BA (@meerqeen) on

“Lazimnya yang meminta untuk bergambar sama ialah perempuan, lelaki pun ada juga tapi tidaklah ramai.

“Setakat ini saya tidak lagi berdepan dengan peminat fanatik. Saya bukan siapa-siapa pun.

“Tapi bila nak ‘tangkap gambar’ bersama, ada yang macam ‘menggigil’. Seingat saya ketika itu, dia mahu gunakan aplikasi ‘boomerang’.

IKLAN

“Saya rasa mungkin hasilnya tak berapa cantik sebab bergegar. Tapi mungkin dia malu nak padam depan saya, jadi dia kongsikan juga di media sosial.

“Saya beritahunya, rakamlah balik. Tapi dia tak nak, mungkin segan agaknya.

“Malah sebelum ini saya ada niaga makanan dan lakukan proses penghantaran sendiri. Ada yang mengaku mereka beli makanan semata-mata nak jumpa saya saja.

IKLAN

“Memang kalau kita cerita, bunyinya macam kelakar, tapi ia sebenarnya cukup bermakna untuk diri saya. Tak ada kata yang boleh saya gambarkan.

“Bahkan rasa bersalah pun ada sebab mereka buat macam-macam,” akuinya lagi.

Dalam perkembangan lain, Meerqeen bersama empat lagi finalis lainnya iaitu Jabir, Nadhir, Haziq dan Umar bakal berentap di final Pencarian Hero Remaja 2020 yang bersiaran secara langsung di Astro Ria dan Astro Go jam 9.00 malam.

https://www.instagram.com/p/CCIxBb_pBVN/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI