Setelah lama menyepi dari kaca televisyen, Puan Sri Normala Samsudin bakal tampil sebagai juri tetap program terbaru, Pencarian Ratu Hijabista 2020.

Kembali memeriahkan dunia penyiaran, Puan Sri Normala, menjelaskan dia menerima tawaran tersebut bukan disebabkan ‘rindu’ terhadap industri, tapi atas dasar tanggungjawab menggilap bakat baru.

“Bagi sesiapa yang mengikuti saya di Instagram dan sebagainya, jujurnya saya tidaklah terlalu rindu memandangkan kita sekarang sudah ada media sosial.

“Saya rasa tiada soal rindu di sini kerana pengacaraan itu memang dah ada dalam diri saya sendiri walaupun hanya di Instagram saja. Saya boleh keluar bila-bila masa sahaja di platform sana.

“Apa pun, ini adalah amanah dan tanggungjawab yang harus saya galas,” katanya.

Ditanya apabila ramai penonton yang ada membandingkan soal kredibiliti yang dimiliki pengacara masa kini dengan orang lama, Normala mempunyai jawapannya sendiri.

IKLAN

“Kita kena bezakan dulu dan sekarang. Kini dunia semasa dah lain dan banyak bezanyanya. Malah, tidak dinafikan ramai pengacara yang tumbuh lebih macam cendawan.

“Cumanya, bila dibandingkan dengan seseorang seperti ‘kenapa kita tak jadi macam dia’, itu normal. Normal bagi seseorang menghakimi orang lain.

“Walaupun, kadang-kadang kita terasa, tapi bagi saya adalah lebih baik kita mengambil pendekatan bahawa seseorang itu mempunyai kelebihan mereka tersendiri.

“Seorang pengacara tu ada kelebihan mereka masing-masing. Saya bukan tiba-tiba jadi Normala Samsudin. Saya pernah salah, saya pernah buat blunders. Tons of times ketika di TV3.

IKLAN

“Sebutan salah dan cara life talk show semua kena belajar dan ia mengambil masa yang lama. 16 tahun di TV3 tu saya slowly belajar dari kesilapan.

“Kemudian kalau kita bertahan, kuat depani cabaran dan tahan sabar, InsyaAllah kita boleh, begitu juga dengan bakat-bakat yang ada,” jelasnya lagi.

Puan Sri Normala berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media dan pengenalan top 12 Ratu Hijabista 2020 yang berlangsung di The Great Eastern Mall, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Puan Sri Normala juga tidak menolak bahawa dia akan kembali aktif selepas ini, namun perancangan yang lebih rapi harus dibuat.

IKLAN

“Bagi saya peluang untuk saya jadi juri dulu. Susah sebenarnya di usia 56 tahun you nak mulakan sesuatu balik.

“Ia amat berat bagi saya untuk menerima dan menyusun atur jadul-jadual saya di mana saya selama ini berulang alik ke Perlis dan Segamat.

“Saya kena susun semula jadual dan tanggung jawab itu amat berat.

“Saya pun dah dapat greenlight daripada suami dan itu yang paling penting,” akhrinya.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI