Penyayi yang juga bekas pelajar Akademi Fanfasia 2015 (AF2015) Aziah telah pun selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya, 17 Julai lalu.
Berita gembira itu dikongsikan bintang ini menerusi Instagram dan beberapa foto sekitar majlis raja sehari pasangan turut mendapat ucapan tahniah dari kenalan.
“Alhamdulillah. Akhirnya graduate juga selepas 12 tahun sampai Master bah ambik course “Percintaan” ni.
“Akhirnya konvo juga. Syukur alhamdulillah, bermula dengan kawan sekolah, sekelas pula tu, dicuba2 nya ses jd gilpirinn nya, sdh bercinta mengharungi segala jenis ribut taufan melanda bersama juaaa hingga lah sah menjadi suami isteri, gituewww.
“Alhamdulillah terima kasih berikan pinjaman dunia ini ya Allah,” tulisnya.
Ads
Aziah pada masa sama turut mengucapkan terima kasih buat semua yang hadir memeriahkan majlis yang dilangsungkan secara sederhana, baru-baru ini.
“Terima kasih keluarga dan kawan2 yang dtg memeriahkan lagi majlis kami yang sederhana ini.. Maaf andai ada yg tidak terbagi tahu, terlepas pandang.
Ads
“Jujur kami sekeluarga mulanya sukar untuk jemput semua atas sbb keadaan kita yg x baik.
“Tp alhamdulillah majlis yang sederhana ini cukup meriahhh dan ramai yang berkunjung, terima kasih banyak2, maaf andai ada kekurangan dgn majlis kami.
Ads
“Sesungguhnya yang buruk dari kami yg baik hanya dari Allah swt. Terima kasih,” titipnya lagi.
Pelakon, Nazim Othman ada berkongsiperihal doa serta meminta pertolongan dari Allah S.W.T jika ditimpa kesusahan.
Menurut Nazim, dirinya tidak pernah berhenti berdoa kepada Yang Maha Esa meski diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran hidup.
“Tiap-tiap hari berdoa Allah ampunkan dosa-dosa diriku , permudahkan hidup yang penuh ranjau ini, supaya dilindungi daripada keburukan ( sebab hati kita sebagai manusia ni memang mudah berbolak balik ).
“dikurniakan kesihatan yang baik, diberi ketenangan dalam hati, dilancarkan rezeki dan lain-lain ( bahagian lain tu biar Dia je yang tahu ).
“Hari ni, I feel so blessed, getting almost everything I’ve been praying for.,” tulisnya.
Dalam pada itu, bintang drama bersiri Cindai ini memberi nasihat kepada peminatnya untuk sentiasa berdoa dan meminta pertolong kepada Yang Maha Pencipta.
“Kawan-kawan, kita solat bukan sebab kita baik, tapi kerana kita hamba. Jadi kalau nak kan sesuatu mintalah dari Yang Maha Pencipta. Have a great day!,” tulisnya menerusi entri berkenaan.
Pelakon versatil, Rita Rudaini ada memberi dedikasi buat anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-11, baru-baru ini.
Memuat naik foto sambutan hari jadi yang diraikan secara sederhana tetapi meriah, Rita menerusi ruangan kapsyen ada mengenang momen sebelum bersalinkan anak pertamanya itu.
“Buah hati pertama, sentimental value. Bila dia lahir, smua org hepi mcm sambut menang peperangan. Mommy, daddy,maktok, tokwan, paklong, paksu n famili, kak wanie, aunty sis, smua tggu dia lahir.
“Dah dlm labour room tiba2 teringin nk mkn cheese cake n coffee cbtl, daddy nya turun beli. Makan mmg xingt dunia mcm lupa nk beranak.
“Tengahari dia nak kluar tp xbole sbb mommy xpandai..1st time kann…dah terbelit tali pusat ,doc kena forceps..tp xle jugak.
“Last skali vacum la…kluar je ‘eh? Nape sebijik daddy ni. Okaylah xkisah, anak kami jugak,” tulisnya.
Rita pada masa sama turut mendedahkan sikap anaknya yang dahulunya pendiam ketika kecil, tetapi kian mulai memahami akan situasi yang dialaminya.
“Alhamdulillah, masa kecik susah nk senyum, pendiam tp fokus dgn apa yg dia buat. Anak yg byk tgk susah senang mommy, airmata mommy.
“Anak yang byk belajar dr kesusahan mommy..ank yg byk faham perasaan mommy…ank yg membesar dgn seribu satu kisah kami.
“Tak sangka…ank ini ‘dipilih’ utk jd ketua keluarga kami. AIRIT RAYYAN RIZQIN, moga akhlak mu seindah syurga. Besar nnti protect mommy dgn adik ye.
“Jangan main2 ek,sy ada 2 ank lelaki yg strong dr kecik lagi, hehehe,” seloroh Rita.
Serentak dengan hantaran tersebut di Instagram, para peminat dan rakan selebriti turut mengucapkan selamat hari jadi buat Rayyan dan mendoakan kesejahteraan anak sulungnya itu.
Setiap insan yang bergelar ibu sudah pasti mengimpikan yang terbaik buat anak mereka dan itulah yang dilakukan pelakon, Izreen Azminda.
Baru-baru ini, Izreen atau nama penuhnya Izreen Azminda Aznam ada menitip ucapan bersempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Muhammad Adrian Umar di akaun Instagram miliknya.
Difahamkan, anak sulungnya itu kini sudah mencecah usia 7 tahun.
“Wahai putera sulung ku.. Yg pertama untukku.. Doaku sentiasa mengiringimu..setiap saat setiap detik setiap ketika tidak pernah putus ku tiupkan untukmu.
“Aku bukanlah ibu yg baik.. Tapi aku akan sentiasa pastikan kau dalam keadaan yg terbaik.
“Biar kadang kala aku rebah menyembah bumi.. Tp semangatku sentiasa bangkit memegang langit.. Hanya untuk melihat kau lurus bahagia tanpa terjongkit.. Wahai PUTERAKU.. Dunia ini penuh drama.. Dunia ini penuh pancaroba.
“Aku sebagai ibumu akan sentiasa titipkan doa.. Titipkan bahagia selagi aku masih ada.. Tiada apa yg aku harap kan.. Hanya mahu melihat kau menjadi insan bertaqwa dan berguna.
“Jadikanlah pengalaman hidupku sbg panduan hidupmu.. Agar kau tidak salah memilih kehidupan.. Agar kau tidak salah percaturan.
“Agar setiap langkah-langkahmu akan lebih berjaga-jaga… Selamat Hari Lahir yg ke – 7 MUHAMMAD ADRIAN UMAR.. MAMA SAYANG ABANG SGT2 #adrianumar,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata netizen tersentuh hati apabila melihat perkongsian ibu kepada dua orang cahaya mata itu.
Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Selepas itu, Izreen mendirikan rumah tangga bersama, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2018 di Damansara, Petaling Jaya dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Aaron Ibrahim, 11 bulan.
Foto: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!