“Saya banyak dengar masalah saudara baru yang akidahnya terumbang ambing dan tak kurang juga yang lahir Islam.
“Ada dikalangan mereka mengadu sedih kerana mereka selalu didesak menjadi muslim yang terbaik dalam masa yang singkat.
“Baru syahadah sudah di desak dan paksa menutup aurat sempurna dan silap sikit dikecam,” tulisnya.
Ads
Apabila berdepan dengan situasi berkenaan, ini respon yang sering dikongsikan oleh Corrie;
“Ada yang hampir putus asa. Saya selalu nasihatkan apabila sudah diberikan hidayah Islam oleh Allah SWT , kita perlu bersedia menerima sebarang kemungkinan.
“Islam adalah hadiah yang tak ternilai harganya. Allah SWT sayang kita. Kita perlu ingat , kita syahadah kerana Allah SWT bukan kerana penganutNya.
“Islam itu indah, hambaNya pula banyak kekurangan. Apabila kita banyak menerima kecaman, desakan dan sebagainya, kita perlu cari kekuatan.
Ads
“Kekuatan itu dengan kita betulkan & perbaharui niat kita hanya keranaNya. Bukan kerana makhluk. Makhluk tak sempurna. Sekejap dia baik, sekejap dia sebaliknya,” jelasnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem KL Gangster itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Tambah Corrie lagi, dia berharap agar para saudara baru Islam diluar sana untuk tidak berputus asa mendalami ilmu agama kerana percaya perubahan pasti akan berlaku.
Ads
“Sentiasa berada dalam kumpulan atau cari sahabat yang baik untuk terus kekal dalam suasana kebaikan. Terus belajar tentang Islam dengan penuh adab tanpa jemu.
“Kerana ilmu & adab adalah cahaya dan memberkati hidup kita. Tak perlu terburu-buru atau gopoh dalam belajar. Biar sikit tapi istiqamah. Sedikit-sedikit ada perubahan dalam hidup kita.
“Dan sentiasalah berdoa agar kita semua sentiasa ditetapkan iman dan menjadi hambaNya yang taat padaNya. Kita doakan kebaikan untuk semua orang. Malaikat mengaminkan doa kita. Agama Itu Nasihat
“Yang lahir Islam pula, tiba-tiba akidahnya goyah pula, fikir-fikirkan Nikmat Allah mana yang kita dustakan. Janganlah kita kufur nikmat & hakikat dengan mengingkari Allah sebagai pemberi rezeki dan nikmat,” katanya lagi.
Sumber: Instagram Adam Corrie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Masih berada di Mekah ketika ini bagi menunaikan rukun Islam kelima, Rozita Ibrahim menitipkan pesanan mengenai nasihat sesama insan. Ulasnya, bersahabatlah dengan mereka yang pandai dan baik kerana ia akan mencorakkan kehidupan kita.
Tegasnya lagi, orang yang sabar akan mencari seseorang yang boleh menasihatinya. Dan hakikat bahawa mereka yang menyebarkan dakwah sentiasa akan dibenci manusia sekeliling.
“Banyak kebenaran drpd kata2 orang bijak pandai yg terdahulu cari kawan pandai dn baik mereka mewarnai kita .Ahli sufi pula sampai menjaga mata pendengaran lbh2 lagi pemakanan semua tu merosakan isi/ roh / jiwa dalam kita . Kuat azam mohon pd Allah bagi kita kekuatan nak buat kebaikan
“Orang yg sabar bijak pandai akan mencari orang yg blh menasihati dirinya dn xkan marah kalau org tegur kesalahannya sbb utk bina dirinya kpd lbh baik, makanan jiwa yg memandu diri kearah kecemerlangan hidup duniawi dn ukhrawi..
“Manusia akan terus ada ujiannya.. bukan senang utk mengajak kpd kebaikan.. selalunya perkara ini akan dibenci oleh orang sekeliling..!! ini adalah dakwah utk mewujudkn masyarakat yg harmoni..dn apa yg islam suruh..namun ada benarnya kata suami sy “ jgn kasi nasihat pd org yg xperlu nasihat kita kecuali lah dipinta “
“Tp hati ttp nak nasihatkan supaya x jauh sesat dlm kebodohan yg mereka x sedari,” tulisnya panjang lebar.
Satu nasihat yang cukup bagus untuk dijadikan panduan. Setuju dengan kata-kata ‘Jangan menasihati orang bodoh kerana dia akan membenci mu, nasihatilah orang berakal kerana dia akan mencintaimu’.
Foto : Instagram Rozita Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Rozita Che Wan mengakui kontroversi berkaitan hutang dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah menyebabkan beberapa rakan menjauhkan diri.
Menurut Rozita, 52, atau lebih dikenali...