Pendakwah bebas yang juga penceramah terkenal, Ustaz Hanafiah Abdul Malek,44, sebelum ini disahkan menghidap kanser limfoma beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, atas rawatan susulan dan ikhtiar yang dilakukan serta doa, kuasa Allah mengatasi segalanya dan kini, figuranya kembali diperkatakan ramai.

Ia susulan selepas gambarnya berkhidmat sebagai ‘rider’ makanan tular di media sosial, baru-baru ini.

Menurut entri yang dimuat naik di akaun Facebook Ustaz Hanafi itu, dia tidak kisah untuk kerja bersusah payah sebagai penghantar makanan asalkan ahli keluarganya terus tersenyum.

“Ayah Tak Kisah Susah, Janji Anak-Anak Tersenyum Indah,” – Janji Halal, Ustaz Hanafi Tak Kisah Jadi ‘Rider’ Hantar Makanan

IKLAN

“Janji Halal. Bismillah. Ayah tak kisah susah, janji anak-anak tersenyum indah.

“Kepada Allah aku bertawakkal. #kanserfighter,” tulisnya.

Menurut laporan Harian Metro, beliau melakukan pekerjaan tersebut secara kebetulan kerana kesemua program ceramah dan motivasi kendaliannya sepanjang (PKP) telah pun dibatalkan.

IKLAN

“Saya mendapat tawaran daripada rakan yang ada restoran, mereka minta saya hantarkan makanan. Jadi saya pusinglah satu Kuala Lumpur. Setiap hari kawasan saya ialah antara Gombak ke sekitar Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah, dapat cari duit dengan motosikal masih lagi ada komitmen bulanan,” katanya.

Entri berkenaan kemudiannya tular selepas meraih lebih 900 perkongsian malah turut dihujani ribuan komen di laman Facebook sejak semalam.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga Ustaz Hanafi sentiasa dilempahkan rezeki yang luas.

“Ayah Tak Kisah Susah, Janji Anak-Anak Tersenyum Indah,” – Janji Halal, Ustaz Hanafi Tak Kisah Jadi ‘Rider’ Hantar Makanan “Ayah Tak Kisah Susah, Janji Anak-Anak Tersenyum Indah,” – Janji Halal, Ustaz Hanafi Tak Kisah Jadi ‘Rider’ Hantar Makanan

Beliau yang disahkan menghidap kanser limfoma sejak tiga tahun lalu berkata, keadaan kesihatannya ketika ini semakin pulih dan masih mendapatkan rawatan setiap tiga bulan serta berjumpa pakar.

Sumber: Facebook Ustaz Hanafi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI