Ads

Fazura Dedah Cincin Hanya Gurauan Balas Usikan Elly Mazlein, Masih Kenal Hati Budi Que Haidar – “Untuk Ke Hadapan, Kami Masih Berdoa, Insya-Allah.”

Aktres dan usahawan, Fazura mengakui aksi menayangkan cincin yang mencetuskan tanda tanya ramai sebelum ini hanyalah sekadar gurauan bagi membalas usikan rakan selebriti, Elly Mazlein.

Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 43, menjelaskan situasi tersebut tercetus secara spontan apabila penyanyi yang mesra disapa Kak Lina itu berseloroh mendakwa pelakon Que Haidar sebagai miliknya.

“Itu gurauan semata-mata sebab Kak Lina memang tengah sakit hati dengan saya, dia kata Que dia punya.

“Jadi kita berlawan-lawanlah dekat situ,” seloroh Fazura ketika ditemui semasa sesi meet & great duta Jakel 2026.

Masih Mengenali Hati Budi Masing-Masing

Bercakap mengenai hubungannya dengan Que, pelakon filem Pisau Cukur itu menjelaskan mereka sudah lama menjalin persahabatan dan aktor terbabit sememangnya antara teman lelaki yang paling akrab dengannya.

“Kami sudah bersahabat lama selama 20 tahun dan sudah semestinya macam saya sebut sebelum ini, Que adalah rakan lelaki yang paling rapat dengan saya.

“Tapi di tahap sekarang ini, kami masih mengenali hati budi masing-masing.

“Untuk ke hadapan, kami masih berdoa, insya-Allah mudah-mudahan. Kami berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mendoakan kami,” katanya lagi.

Ads

Fazura turut menegaskan mereka tidak mahu tergesa-gesa dalam membuat sebarang keputusan, selain menghargai doa dan sokongan yang diberikan orang ramai.

“Kami sepakat, kalau ada jodoh yang Allah redai, adalah. Kita tak mahu terburu-buru nak buat keputusan yang mendadak.

“Jadi yang penting adalah saya gembira, mudah-mudahan. Terima kasih yang mendoakan dan terus doakan yang terbaik,” katanya.

Ditanya mengenai panggilan manja yang sering digunakan kepada Que, Fazura menganggap perkara tersebut hanyalah gurauan antara mereka.

Ads

“Gurauan lah bersama-sama,” jelasnya ringkas.

Fazura Dedah Cincin Hanya Gurauan Balas Usikan Elly Mazlein, Masih Kenal Hati Budi Que Haidar - “Untuk Ke Hadapan, Kami Masih Berdoa, Insya-Allah.”

Fazura Dedah Cincin Hanya Gurauan Balas Usikan Elly Mazlein, Masih Kenal Hati Budi Que Haidar - “Untuk Ke Hadapan, Kami Masih Berdoa, Insya-Allah.”

Baca Artikel Lain;

Ads

https://www.mediahiburan.my/mommy-akan-sentiasa-berada-bersama-fatima-genap-6-tahun-fazura-titip-pesanan-menyentuh-hati/

Anda mungkin berminat dengan

Kemesraan Cetus Tanda pagar #QuelaFaz

Sebelum ini, Fazura menayangkan cincin di jarinya seolah-olah dirinya sudah diikat.

Terdahulu, kemesraan hubungan Que dan Fazura menjadi bualan ramai selepas kedua-duanya dilantik sebagai duta dan bekerjasama mempromosikan sebuah jenama tesktil tempatan.

Hubungan mesra mereka turut membuatkan ramai mula ‘menjodohkan’ pasangan sahabat itu selain tercetus tanda pagar #QuelaFaz.

Bagaimanapun, Que menegaskan hubungannya bersama Fazura ketika ini tidak lebih sekadar sahabat baik.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Video Berkaitan
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Kalau Itu ‘Trigger’ Buat Dia Terasa, Saya Minta Maaf,” – Kamal...

Pelakon Kamal Adli tampil menjelaskan salah faham yang timbul susulan kenyataannya mengenai pengalaman melalui fasa sukar ketika berdepan kemelut rumah tangga, sehingga didakwa mengundang...