Penyanyi dan usahawan, Farah Asyikin Zulkifli, 45, mendedahkan perkahwinannya dengan Raja Iskandar Raja Muktharuddin, 59, telah berakhir sejak kira-kira dua tahun lalu, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Menurut Farah, dia reda dengan ketentuan Ilahi dan tetap mengekalkan hubungan baik dengan bekas suami dan saling menguruskan perniagaan restoran 17 Hills yang dibangunkan lebih tiga tahun lalu.

Masih Berkawan Baik

“Ya, sudah hampir dia tahun berpisah, kami masih lagi berkahwan. Malah sama-sama mengusahakan restoran 17 Hills ini.

“Bagi saya, masing-masing kena kuat. Bukan mudah untuk mengharungi ujian ini tetapi pada masa sama perlu bekerjasama dalam apa yang kami lakukan sekarang. Sampai kawan rapat pun ada bertanya.

“Tapi sebab kita sama-sama usahakan bisnes ini daripada awal (sebelum berpisah). Bayangkan kalau saya perlu mulakan sesuatu yang baharu balik dengan anak yang makin membesar, bukan senang.

“Jadi lebih baik untuk saya berlapang dada dan tidak fikirkan perkara yang tak perlu. Saya pun tak suka nak bergaduh atau ada konflik.

Ads

“Jadi mungkin inilah yang terbaik. Tidak mengapalah, jalan terus. Kami sama-sama kekalkan hubungan sebagai kawan,” katanya ketika ditemui pada majlis 17 Hills Ramadan Media Review di Petaling Jaya, pada Khamis.

Farah Asyikin Bercerai Kali Ketiga, Masih Bersahabat Dengan Bekas Suami – “Ujian Setiap Individu Itu Berbeza.” Farah Asyikin Bercerai Kali Ketiga, Masih Bersahabat Dengan Bekas Suami – “Ujian Setiap Individu Itu Berbeza.”

Percaya Suratan Takdir

Meskipun sudah tiga kali gagal dalam perkahwinan, penyanyi yang popular dengan lagu Kembali Lagi Di Sisimu ini percaya ketentuan takdir.

“Rasanya ia tidak penting untuk diceritakan kepada  semua. Cuma kalau ada yang bertanya, saya akan jawab, takkan rahsiakan.

Ads

“Saya percaya ujian setiap individu itu berbeza-beza. Saya pernah gunakan perkataan ‘gagal’ (dalam perkahwinan), tapi ada kenalan yang perbetulkan.

“Katanya perkataan itu tidak tepat kerana itu adalah cabaran dan ujian. Untuk diri saya, siapa yang nak berkahwin tetapi akhirnya berpisah.

“Saya dan bekas suami berkahwin selama tujuh tahun, alhamdulillah banyak yang saya belajar. Saya kena terima, jodoh kami sampai di sini sahaja.

Ads

“Ada orang hilang anak, tapi ada suami. Macam saya ada anak, tapi ditakdirkan tiada suami walau sudah mencuba beberapa kali,” katanya lagi.

Untuk rekod, Farah yang pernah menerima trofi Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008 ini pernah berkahwin dengan Dr. Fariz Yahya pada 2007, namun berpisah setahun kemudian.

Kemudian, dia bernikah dengan lelaki Afrika Selatan, Zahir Stanley pada 2013 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Ebrahim Owais pada Mac 2014 sebelum bercerai bercerai pada 2015.

Pada 2017, Farah mendirikan rumah tangga dengan Raja Iskandar, namun perkahwinan tersebut berakhir pada 2023.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI