Pengacara, Pelakon dan Penyampai Radio, Hawa Rizwana Redzuan kini melebarkan portfolionya apabila terjun ke dunia perniagaan selepas melancarkan jenama hijabnya sendiri baru-baru ini.
Keputusan yang dibuat ini bukan dipandang ringan, sebaliknya langkah ini diatur sebagai satu jalan untuk merealisasikan impiannya sejak kecil yang gemarkan dunia fesyen.
Gemar melukis dan membuat doodle sejak kecil, Hawa pernah bercita-cita untuk menceburi pengajian dalam dunia fesyen namun cita-cita tersebut kurang dipersetujui oleh orang tuanya.
“Bukan bantahan sebenarnya tetapi lebih kepada memberi panduan sebab ayah Hawa kenal Hawa sejak kecil dan dia selalu tahu apa yang terbaik untuk saya termasuklah ibu.
“Kalau ibu pula banyak beri panduan dari segi emosi dan pembawaan diri, ayah saya pula lebih kepada kerjaya. Pemilihan pengajian dalam dunia kewartawanan pula kerana saya boleh buat segala-galanya dalam bidang ini.
Ads
“Anda boleh terlibat dengan fesyen, sukan jadi ia merupakan satu perkara yang merangkumi pelbagai bidang. Jadi berkat mendengar cakap ibu dan ayah maka terjadinya Hawa Rizwana & Co,” ujarnya mengimbau kembali perjalanan kerjaya sebelum bergelar usahawan fesyen.
Hawa Rizwana & Co menjadi ‘buah tangan’ sulung Hawa dalam dunia fesyen.
Berkecimpung dalam dunia glamor sejak tujuh tahun lalu dan berkecimpung dengan banyak jenama-jenama fesyen lain sebagai model mahupun duta, menjadi satu pengalaman kepada dirinya.
Ads
Oleh itu, bekas penyampai berita ini memiliki sebab tersendiri mengapa baru sekarang dia berani untuk membangunkan bisnes sendiri.
“Sekarang adalah masa yang tepat kerana masa seiring dengan kematangan hawa, saya tahu apa yang perlu diutamakan, apa yang tidak.
Ads
“Jadi itu yang membuatkan hawa lebih fokus untuk merancang jenama saya dan juga bisnes. Kalau orang tanya kenapa baru sekarang, sebab rezeki dan masa untuk membuat keputusan lebih waras dan matang.
“Lagi pula kita akan menyambut Ramadan dan Hari Raya kelak, jadi ini sebab kenapa Hawa memilih waktu ini untuk memperkenalkan Hawa Rizwana & Co,” kongsinya lagi.
Imbas kembali, Hawa memulakan kerjayanya sebagai wartawan penyiaran sebelum bergelar penyampai berita dan seterusnya mengembangkan bakatnya sebagai hos, pelakon serta penyampai radio.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejurus pengumuman yang dibuat oleh SM Entertainment yang bakal memperkenalkan grup wanita baharu yang dikenali sebagai AESPA, rata-rata peminat K-pop di seluruh dunia rasa teruja seterusnya tak sabar menantikan genre muzik dan identiti kumpulan yang dimaksudkan.
AESPA yang dianggotai Karina, Giselle, Winter dan Ningning kini muncul dengan video muzik pertama mereka menerusi single berjudul Black Mamba yang sekaligus pantas mencatatkan rekod apabila menjadi video debut pertama yang mencatatkan 10 juta tontonan dalam masa 9 jam saja selepas dilancarkan.
Sehingga artikel ini ditulis, Black Mamba telah merekodkan lebih 21 juta tontonan kurang daripada 24 jam ia dimuat naik ke YouTube dan sudah menjadi trending.
Kejayaan yang diraih AESPA dijangka bakal memberikan saingan sengit kepada girl group K-pop popular lain termasuklah Blackpink (YG Entertainment) dan TWICE (JYP Entertainment).
Sementara menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memuji Black Mamba dan menyifatkan Aespa sebagai kumpulan baru terbaik ketika ini.
Ikuti muzik video Black Mamba di sini;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang versatil, Elly Mazlein memaklumkan suaminya, Mohammad Azlan Che Nohmengalami demam dan kini menjaga suaminya yang sinonim dengan panggilan Cikgu Azlan itu di kediaman mereka.
Jelas Elly, sebelum suaminya diserang demam, anak perempuannya iaitu Putri Sara Sefhia baru saja sembuh.
Penyanyi popular Indonesia era 80-an, Putri Zizi Novianti atau lebih mesra dikenali sebagai Puput Novel dilaporkan meninggal dunia jam 6.24 petang pada Ahad, 8 September 2024.
Terkenal dengan lagu-lagu seperti Kau Idolaku dan Mama, berita kematian wanita berusia 50 tahun ini telah dikongsikan oleh Ruli Siahaan Management dalam satu mesej kepada pihak media tempatan.
Memetik laporan detik.com, kematian Puput adalah disebabkan penyakit Kanser Payudara yang sudah dihidapinya sejak tiga tahun lalu.
“Kami sudah cuba berubat sebaik mungkin tetapi memang nasib berkata lain. Sudah tiga tahun lebih perawatan diterimanya. Dia sudah berjuang mengahdapi penyakit kanser, memang akhirnya seperti itulah.
“Kami sebenarnya sudah bersiap-siap sedikit, tapi memang benar seperti perkiraan kerana tahap kesihatannya sudah sangat merosot,” kongsi adik Puput Novel yang dikenali sebagai Baginda kepada media tempatan mengenai kematian kakaknya.
Selain menghidap Kanser Payudara, kematian penyanyi bersuara merdu itu juga terkait dengan komplikasi jantung serta paru-paru.
Jenazahnya sudah selamat dikebumikan pagi tadi (9 September 2024) di tanah perkuburan Pemakaman Umum Sanjaya, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan.
Imbas kembali Puput Novel dilahirkan pada 31 Ogos 1974, dia memulakan kerjayanya dalam dunia seni sebagai artis cilik yang pernah merakam sebanyak 28 album kanak-kanak dan kemudiannya merakam 8 lagi album setelah dewasa.
Selain itu dia juga pernah berlakon dalam tiga filem serta sebuah sinetron.
Biarpun sudah tidak aktif menerbitkan album mahupun berlakon, Puput sempat merakam lagu-lagu berunsur keagamaan seperti Syair-syair Sholawat Cinta Tanah Air (2017) dan Mohon Ampunan (2018).
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Conor Maynard, sebelum ini terpalit kontroversi apabila namanya dipetik sebagai bapa kepada bayi yang baru dilahirkan bintang The Traitors, Charlotte Chilton.
Namun kini,...