Pelakon dan pengacara, Hawa Rizwana akui teruja apabila namanya dipilih sebagai salah seorang peserta Real Men Malaysia: Wira Merah dan bakal bersaing dengan tujuh peserta lain.

Menurut Hawa, meskipun cabaran dan latihan yang harus ditempuhinya itu agak berat namun, dia langsung tidak menyesal dengan keputusannya itu.

“Sejak Sekolah, Mereka Tak Benarkan Buat Aktiviti Lasak,” – Rahsiakan Penyertaan Daripada Ibu Bapa, Real Men Malaysia Buat Hawa Rizwana Lebih Kenal Diri

“Saya pernah menonton progam Realman Korea. Jadi, bila pengurus bagitahu yang Astro bakal menerbitkan program yang sama dan mahukan saya sebagai salah seorang peserta, saya terus bersetuju.

“Hari-hari saya berdoa agar diterima untuk menyertai program ini. Itulah perasaan saya yang sebenar. Bila diterima, saya langsung tak menyesal,” katanya kepada MH.

Pengacara program Meletop itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program Real Men Malaysia: Wira Merah yang berlangsung di Balai Bomba Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur pada Selasa.

“Sejak Sekolah, Mereka Tak Benarkan Buat Aktiviti Lasak,” – Rahsiakan Penyertaan Daripada Ibu Bapa, Real Men Malaysia Buat Hawa Rizwana Lebih Kenal Diri “Sejak Sekolah, Mereka Tak Benarkan Buat Aktiviti Lasak,” – Rahsiakan Penyertaan Daripada Ibu Bapa, Real Men Malaysia Buat Hawa Rizwana Lebih Kenal Diri

IKLAN

Dalam pada itu, Hawa turut mendedahkan dia terpaksa merahsiakan penglibatannya di dalam program itu memandangkan kedua ibu bapanya kurang gemar dia melakukan aktiviti lasak.

“Pada peringkat awal saya memang tidak kongsikan perkara ini kepada kedua ibu bapa saya. Saya risau mereka tak benarkan saya pergi.

“Namun, beberapa hari sebelum berangkat, saya bagitahu mereka dan terangkan mengenai program ini

“Alhamdulillah, saya agak terkejut bila mereka bersifat terbuka dan menyokong keputusan saya itu.

IKLAN

“Sejujurnya sejak daripada sekolah rendah lagi, ibu dan ayah tak izinkan saya sertai acara sukan atau aktiviti lasak. Jadi, ketika ini, saya dapat buat perkara yang saya tak dapat buat sejak dulu,” ujarnya lagi.

Jelas Hawa lagi, segala aktiviti serta cabaran yang terdapat di dalam program ini telah membuatkan mental dan fizikalnya bertambah kuat.

“Sepanjang 22 hari penggambaran, saya banyak mengenali diri sendiri. Kebanyakkan latihan di sana memang susah. Di situ, saya mula tahu kekuatan dan kelemahan saya yang sebenar.

IKLAN

“Apa yang saya sedar, saya rupanya seorang yang sukakan persaingan dan kalau tak dapat nak buat sesuatu perkara itu, saya akan sangat kecewa.

“Walaupun, cabarannya sukar, saya tetap teruja untuk menamatkannya,” kongsinya lagi.

“Sejak Sekolah, Mereka Tak Benarkan Buat Aktiviti Lasak,” – Rahsiakan Penyertaan Daripada Ibu Bapa, Real Men Malaysia Buat Hawa Rizwana Lebih Kenal Diri

Selain Hawa, Real Men Malaysia: Wira Merah turut menampil tujuh lagi peserta daripada kalangan selebriti iaitu Mat Redho, Arieff Yong, Shashic, Eric Lay, Daniel Cheang, Wafiy dan Jasmin Suraya.

Program ini bakal bersiaran pada setiap hari Ahad bermula 30 Julai ini, jam 9 malam di saluran Astro Ria dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia turut boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI