Teka-teki mengenai siapakah pengacara yang bakal Anugerah Bintang Popular BH (ABP) Ke-35 akhirnya terjawab.
Menerusi satu sidang media yang diadakan di The Agam, Jalan Sungai Penchala, Kuala Lumpur, pada Selasa, pihak ABPBH mengumumkan pelawak dan penyampai radio, Johan bakal bergandingan bersama pengacara popular, Ain Edruce selaku hos.
Sementara itu, acara karpet merah pula akan dihoskan penyampai radio Hot FM, Fizi Ali dan pelakon, Riena Diana.
Lebih mengujakan apabila bekas Menteri Kesihatan yang kini bergelar penyampai radio, Hot FM, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ bakal menjadi salah seorang penyampai trofi pada malam tersebut.
Antara barisan artis dan selebriti penyampai trofi adalah pelakon baharu seperti Meerqeen, Siti Hariesa dan Anna Jobling termasuk Puteri Sarah Liyana dan Raysha Rizrose.
Tidak ketinggalan, pelakon hebat seperti Beto Kusyairy dan primadona filem Melayu, Erra Fazira serta pengarah, penerbit dan pelakon, Erma Fatima dan Janna Nick.
Ads
Turut memeriahkan acara adalah pengacara radio dan televisyen (TV) seperti Fara Fauzana dan AG serta Sherry Alhadad dan Che Puan Sarimah Ibrahim.
Pentas ABPBH 35 bakal dihangatkan dengan persembahan Datuk Ramli Sarip, Datuk Yusni Hamid, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Amelina, Aizat Amdan, Aina Abdul, Sufian Suhaimi dan Baby Shima.
Tidak ketinggalan, Roslan Madun, Haziq Rosebi, Luca Sickta, Kmy Kmo, Luqman Podolski, Aya Amiruddin dan Norreen serta kumpulan Mergasatwa.
Ads
Menambah debaran malam kemuncak ABPBH 35, majlis pengumuman pra-kemuncak ABPBH 35 turut mengisytiharkan 10 artis yang setakat ini mendahului undian, sekaligus mempunyai harapan untuk dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular.
Sepuluh artis terbabit ialah Aina Abdul, Amir Masdi, Anna Jobling, Bell Ngasri, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Siti Nordiana.
Selain keputusan 12 kategori utama dan tujuh kategori sampingan, Ekstra! serta Bintang Paling Popular, malam kemuncak ABPBH 35 juga bakal menyaksikan dua bintang menerima trofi anugerah khas yang dibawakan khusus bagi edisi ke-35 acara anugerah berprestij ini.
Ads
Selain itu, sebagai elemen kejutan, peminat bakal disajikan satu lagi slot persembahan yang masih dirahsiakan.
ABPBH 35 yang bertemakan Ekspresi Legasi Seni akan dipentaskan di Panggung Seni Utama Negara, Istana Budaya pada 21 Julai ini.
Acara ini juga akan disiarkan secara langsung di TV3 dan boleh di strim ‘live’ di aplikasi Tonton bermula jam 9 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi video yang dikongsikan beberapa hari lalu itu, Norren ada meminta Wany untuk menghadiahkannya dengan sebuah lagu.
Lalu apabila ditanya lagu apa, Wany dengan spontan menyanyikan bahagian chorus lagu berjudul Bila Izrail Datang Memanggil – Selimut Putih.
“Norreen rasa terus nak pakai tudunglah. Wany carut Norreen eh,” tanya Norreen sambil dinafikan Wany.
Rata-ratanya terhibur dengan gelagat spontan dua bintang berkenaan. Malah, lebih lucu apabila lampu dipadamkan apabila Norreen bertanya sama ada dia cantik atau sebaliknya.
Sehingga kini, video tersebut sudah pun ditonton lebih 200,000 kali bersama hampir 20,000 ulang kicau.
Foto: Twitter Norreen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pempengaruh Marissa Dania Hakim tampil bersuara menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengundang fitnah.
Anak kepada pasangan selebriti, pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim berusia 19 tahun itu berkata, orang ramai seharusnya menjaga setiap pertuturan dan mengelak sebarang pemikiran negatif.
“Berhenti sebarkan khabar angin dengan pelbagai spekulasi yang akan membawa kepada fitnah.
“Berhati-hati dengan apa yang anda tuturkan dan berfikir,” katanya.
Perkara tersebut dikongsikan Marissa menerusi hantaran di Insta Stories, hari ini.
Marissa turut mengingatkan supaya orang ramai seharusnya bersyukur bahawa segala aib mereka masih tersimpan rapi.
“Bersyukurlah aib kita masih dijaga Allah SWT,” ujarnya ringkas.
Meskipun tidak menyebut sebarang nama atau isu yang diperkatakan, luahan Marissa dipercayai ditujukan kepada khabar angin yang bertebaran mengenai diri dan keluarganya.
Minggu lalu, suaminya iaitu Ahmad Aslam mengesahkan bayi sulungnya hasil perkahwinan dengan Marissa meninggal dunia selepas dilahirkan pada usia kandungan enam bulan.
Bahkan dalam kenyataan itu, Aslam berkata hanya orang tertentu sahaja tahu mengenai perkara berkenaan termasuk bapa mentuanya.
Rentetan daripada berita duka itu, terdapat netizen yang melemparkan kecaman selain menganggap perkara tersebut sebagai kifarah kepada tindakannya berkahwin di Thailand tanpa pengetahuan keluarga. –
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Uqasha Senrose memaklumkan mengenai detik menakutkan yang menimpa suaminya yang juga merupakan aktor, Kamal Adli yang cedera parah selepas diserang oleh individu tidak dikenali, di Singapura.
Uqasha ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku ketika mereka sedang berada di satu acara di negara itu, malam tadi.
“Kami ada acara ekspo di Singapura. Hari ini adalah hari terakhir dan kami dah nak selesai. Lebih kurang jam 10 malam, ada seorang makcik nak bergambar di kerusi roda.
“Saya dan suami bergambar dengan makcik itu. Tiba-tiba, ada seorang lelaki datang dan bertanya, Kamal mana.
“Kami fikir, dia peminat. Kamal tegur dia, tiba-tiba dia keluarkan cota dari poket. Dia pukul berkali-kali belakang kepala.
“Darah berjurai di baju. Apabila Kamal angkat kepala, dia pukul di tulang pipi. Kemudian berkali-kali di badan dan dia pun ada senjata tajam,” katanya.
Ditanya mengenai keadaan terkini Kamal, Uqasha memberitahu bahawa Kamal perlu menjalani pembedahan kerana luka yang besar dan panjang.
“Saya sedih kerana Kamal perlu jalani pembedahan, sebab belakang kepala luka panjang. Mungkin dia kena ditidurkan.
“Saya tak boleh nak masuk bilik pembedahan sekarang. Cuma boleh buat laporan polis di Singapura,” katanya.
Uqasha juga akui risau apabila dia dan adik beradiknya turut menerima ugutan daripada individu itu.
“Bila dia dah ditangkap oleh orang awam, dia berikan beberapa alasan antaranya, kononnya dia dihantar oleh satu pihak, kemudian, katanya dia ada isu peribadi dengan Kamal dan bila ditanya lagi, dia beritahu bahawa dia cemburu apabila Kamal berkahwin dengan saya.
“Yang menjadi kerisauan kami, dia sempat memberikan ugutan kepada kami. Katanya, dia ingat wajah kami termasuk adik beradik saya dan akan menanggung akibatnya.
“Kalau dia ada cota dan senjata tajam, tak mustahil dia ada senjata api juga. Depan polis pun dia berani berikan ugutan,” katanya.
Terdahulu, Uqasha memuat naik video pendek di Instagram, memaparkan dirinya sedang menangis di hospital dengan keterangan, memohon doa daripada orang ramai buat suaminya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang bola sepak antarabangsa, Cristiano Ronaldo menerima hadiah luar biasa apabila wartawan terkemuka Arab Saudi, Ibrahim Al Faryan yang menghadiahkan seekor unta sempena meraikan...