Pelakon, Anna Jobling menasihatkan para pelakon dan pembikin konten yang ingin melebarkan sayap ke Indonesia untuk menjaga nama baik sendiri dan tanah air.

Menurut Anna yang ketika ini semakin mendapat tempat di dalam indistri perfileman Indonesia, jangan disebabkan tindakan kurang bijak segelintir pihak, orang lain juga akan menerima kesannya.

Content Creator Kita Buat Hal Di Indonesia, Anna Jobling Nasihat Jaga Nama Baik Diri & Negara

“Buat masa sekarang, saya tidak terkena tempias. Cuma saya boleh nasihatkan, walaupun mereka ada buat salah, kita cuba maafkan mereka. Insya-Allah mereka akan belajar daripada kesilapan.

“Jagalah diri bukan sahaja di negara orang tetapi di negara sendiri juga,” katanya kepada MH.

Pelakon filem Lembayung itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA2024) yang di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Bukan Mudah Tembusi Pasaran Indonesia

Dalam pada itu, Anna akui bukan mudah untuk menembusi pasaran di Indonesia kerana ia memerlukan usaha dan komitmen yang tinggi.

Ads

Content Creator Kita Buat Hal Di Indonesia, Anna Jobling Nasihat Jaga Nama Baik Diri & Negara

“Saya tak tahu sangat bidang content creator ini. Bila saya ke sana, saya tahu apa yang perlu saya buat dan tujuan saya.

“Nak melebarkan sayap ke Indonesia ini sangat mencabar dan susah. Kalau ada peluang tersebut, pegang dan manfaatkanlah sebaiknya.

“Jagalah nama diri sendiri dan negara sebaik mungkin. Jangan pernah ambil kesempatan,” ujarnya lagi.

Ads

Anna Jobling Terlalu Sayangkan Peminat

Sementara itu, bintang kelahiran program Dewi Remaja 2017 itu memanjatkan rasa syukur selepas sekali lagi dinobatkan selaku pemenang utama GMWA2024 buat kali yang kedua berturut-turut.

Content Creator Kita Buat Hal Di Indonesia, Anna Jobling Nasihat Jaga Nama Baik Diri & Negara

“Saya tak sangka akan menang anugerah keseluruhan ini buat kali kedua. Saya ingin berterima kasih kepada keluarga, kawan-kawan, media dan semua orang yang menyokong saya.

“Buat peminat saya, anda tahu betapa sayangnya saya kepada kalian terutamanya yang berada di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan di seluruh dunia.

Ads

“Tanpa kalian, saya tidak akan ada anugerah ini. Selepas ini anda boleh berehat. Saya tahu mereka tak tidur malam untuk mengundi saya setiap hari,” katanya.

Ditanya mengenai rahsianya mempunyai hubungan yang akrab bersama para peminat, Anna ternyata mempunyai caranya yang tersendiri.

“Berbuat baik dengan peminat anda. Tanpa sokongan mereka, saya tidak akan sampai ke tahap ini. Peminat ini merupakan antara tulang belakang dalam kerjaya saya.

“Saya selalu merancang aktiviti-aktiviti bersama mereka. Sama ada kami pergi makan, bermain bowling atau apa-apa sahaja yang mereka nak.

“Pada saya, meluangkan masa bersama mereka ini merupakan usaha yang sangat kecil jika dibandingkan dengan usaha mereka menyokong saya. Mereka hanya perlu kasih sayang saya. Mungkin itu rahsia saya,” akhirnya.

Selain itu, Anna turut menerima dua lagi trofi iaitu Anugerah Selebriti Tergempak 2024 dan Drama Tergempak menerusi naskhah, Syurga Itu Bukan Mudah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI