
Isi Kandungan
ToggleJenama gaya hidup terkemuka, Amber, sekali lagi mencetus fenomena fesyen dengan pelancaran koleksi eksklusif Raya Romantics bagi menyambut Aidilfitri 2025.
Koleksi ini menggabungkan keanggunan klasik dengan sentuhan moden yang sofistikated, menawarkan gaya yang elegan dan versatil.
Gabung Gaya Klasik & Moden
Menambah daya tarikan koleksi kali ini, Amber menampikan enam wajah rasmi mereka iaitu Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Fattah Amin, Nora Danish, dan Sophia Albarakbah.
Kehadiran mereka sebagai duta koleksi ini menyerlahkan lagi kemewahan dan eksklusiviti yang ditampilkan.
Setiap helaian dalam koleksi ini juga direka dengan teliti menggunakan kain kapas 100%, dihiasi sulaman floral yang indah.
Pemilihan fabrik berkualiti tinggi bukan sahaja memastikan keselesaan tetapi juga memberikan sentuhan mewah yang sesuai dengan iklim Malaysia.
Ia terdiri daripada enam rekaan pakaian lelaki dalam tiga warna setiap satu, serta sebelas rekaan pakaian wanita dalam dua warna setiap satu dan saiz yang tersedia bermula dari XS hingga 3XL.
Eksklusif di Platform Jualan Terpilih
Koleksi Raya Romantics boleh didapati secara eksklusif di beberapa lokasi pilihan, termasuk di Amber Flagship Store di Shangri-La, Kuala Lumpur, Butik Amber di Wangsa Walk Mall selain di atas talian.
Sebagai sebahagian daripada jenama di bawah Usanita, Amber komited membawa industri fesyen tempatan ke tahap lebih tinggi dengan menawarkan rekaan eksklusif yang memenuhi cita rasa masyarakat moden.
Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Hasan menzahirkan rasa bangga dengan koleksi terbaru ini serta optimis terhadap sasaran jualan yang ditetapkan.
“Koleksi ‘Raya Romantics’ oleh Amber adalah satu manifestasi keindahan budaya dan inovasi fesyen moden.
Setiap helaian direka dengan teliti bagi memastikan bukan sahaja gaya yang memukau, tetapi juga keselesaan yang tiada tandingan.
Sebagai jenama di bawah Usanita, kami percaya dalam memperkasa jenama tempatan untuk terus bersaing dan berkembang di peringkat lebih tinggi,” katanya.
Sasar Jualan 300,000 Helai
Dengan keyakinan tinggi terhadap penerimaan koleksi ini di pasaran, Amber menyasarkan jualan sebanyak 300,000 helai untuk tahun ini.
Sasaran ini berpandukan kepada kejayaan koleksi sebelumnya serta peningkatan permintaan terhadap fesyen raya yang eksklusif dan berkualiti tinggi.
Dengan gabungan fesyen yang memukau, fabrik berkualiti tinggi, serta perincian mewah, Raya Romantics pastinya menjanjikan pengalaman berpakaian yang eksklusif dan elegan bagi setiap pemakainya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
@mediahiburanofficial Fattah Amin & Sophia Albarakbah seiringan, Awal Ashaari & Scha Alyahya sedondon catwalk di Amber Raya Romantics di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, hari ini. Cantik-cantik koleksinya! #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Amyra Rosli & Amar Baharin Dipuji Peminat; “Beli Kereta Biasa Pun Bersyukur, Tak Payah BMW, Merc. Sederhana.”

Perkongsian pelakon Amyra Rosli mengenai kejutan yang dilakukan suami iaitu pembelian kereta baharu menarik perhatian netizen.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik Amyra, 31, di laman Instagram miliknya, dia berkongsi keterujaannya dan suami, pelakon Amar Baharin, 37, di atas kurniaan rezeki kereta baharu bagi memberi keselesaan buat mereka sekeluarga.
“Dengan izin Allah. For him dan for her, Alhamdulillah.
“Rasulullah SAW menyatakan bahawa harta yang paling baik dinafkahkan ialah kepada ahli keluarga,” tulisnya sambil disusuli sabda Daripada Tsauban RA bahawa Rasulullah SAW bersabda.
“Maksudnya: Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan seseorang ialah dinar yang dinafkahkan untuk keluarganya, dan dinar yang dinafkahkan untuk ternakan tunggangannya (kenderaan) yang digunakan di jalan Allah dan dinar yang dinafkahkan untuk para sahabatnya yang berjuang di jalan Allah.
“Hadith Riwayat Muslim: 994,” tulis Amyra di ruangan kapsyen.
Dr
Rata-rata warga maya memberi pujian buat pasangan selebriti ini yang dilihat sangat bersederhana walaupun mereka lebih daripada mampu untuk membeli kenderaan yang jauh lebih mahal dan mewah.
“Suka tengok pasangan ni. Kereta biasa-biasa pun dh bersyukur. Tak payah BMW, Merc ka. Sederhana Alhamdulillah.
“I just wanna say, sejuk hati tengok video ni. You guys sangat pure and transparent couple. They just happy on their way sebab semua hanyalah pinjaman Allah.
“I selalu perasan this couple punya life journey, they are supporting each other sebab tu Allah murahkan rezeki kalian. Even i rasa you guys mampu beli lebih dari ni, but you guys choose to be lowkey and happy on your own way. Teruskan this kind of attitude, semoga Allah rahmati keluarga ini dunia akhirat.
“Alhamdulillah tumpang gembira dan bahagia tengok. Semoga dimurahkan rezeki dan bahagia till jannah insya-Allah,” komen beberapa netizen.
Untuk info, Amyra dan Amar berkahwin pada 11 November 2016 dan hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Aqeef Anaqi, 5, dan Ayra Aryssa, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] “Tak Nak Tuduh Siapa-Siapa…,” – Reaksi Ibu Fasal Keadaan Terkini Sajat

Usahawan sensasi Nur Sajat yang baru-baru ini dimasukkan ke wad atas masalah kesihatan sudah pun dibenarkan pulang.
Menerusi Instagram, penyanyi Makhluk Penggoda itu ada berkongsi sepotong video berkenaan keadaan terkininya, beberapa jam lalu.
Terbaring di atas katil, Sajat turut ditemani anak-anak dan ibunya.
“Sudah okay sikit. Cuma kena rehat,” kata ibunya menerusi video tersebut.
Ketika ditanya pengurus apakah yang menyebabkan keadaan usahawan sedemikian, ibunya menjawab;
“Kita berubat saja…biasalah. Tak nak tuduh siapa-siapa,” katanya lagi.
Foto: Instagram Sajat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Frekuensi Signal Semua Mic Telah Hilang,” – Insiden Shila Amzah, Penerbit Mohon Maaf

Penerbit Eksekutif program Famili Duo, Muhammad Sufian Che Isa menjelaskan masalah mikrofon tidak berfungsi yang berlaku ketika Shila Amzah dan Syahir Amzah membuat persembahan adalah berpunca daripada gangguan signal.
Menurut Sufian, masalah berkenaan turut melibatkan hampir kesemua mikrofon yang digunakan pada waktu tersebut.
“Saya belum dapat jawapan konkrit daripada pihak teknikal tetapi berdasarkan apa yang dimaklumkan kepada saya, frekuensi signal untuk semua mikrofon telah hilang.
“Bukan mikrofon Shila sahaja tetapi televisyen, back up dan pengacara juga hilang dalam 10 saat. Kalau lebih daripada itu, mungkin kita akan buat sesuatu.
“Malangnya ia berlaku ketika persembahan Shila dan Syahir,” katanya kepada MH.
Sufian berkata sedemikian ketika ditemuk media selepas selesai konsert minggu pertama Famili Duo musim ke-3 yang berlangsung di Studio NTV7, Glenmarie, Shah Alam pada Ahad.
Lantaran itu, suami kepada penyanyi, Mas Idayu itu turut memohon maaf kepada Shila dan Shahir selain turut menyifatkan kesilapan ini bukan disengajakan.
“Masalah seperti ini memang berlaku untuk program siaran langsung. Kita tak boleh kata ia tak berlaku. Soal signal ini memang diluar kawalan kami.
“Bagi pihak produksi, kita memohon maaf dan hal ini memang tidak disengajakan. Ketika proses rehearsal, semuanya okay sahaja. Cuma malam ini berlaku masalah,” ulasnya lagi.
Sementara itu, Sufian turut menyifatkan kesilapan teknikal merupakan satu pengajaran berguna buat semua pihak.
“Bagi pihak Shila dan Shahir, mereka juga dapat belajar sesuatu untuk mengatasi masalah tersebut ketika di atas pentas. Itu antara lumrah artis bila buat persembahan di atas pentas.
“Kadang kala boleh berlaku masalah ear piece tak dengar dan macam-macam lagi. Saya rasa ia merupakan pengajaran yang bagus untuk pihak produksi, pasukan teknikal dan artis itu sendiri.
“Apapun, kita harap agar masalah ini tidak berlaku lagi,” akhirinya.
Terdahulu, mikrofon yang digunakan Shila dilihat tidak berfungsi ketika dia dan adiknya, Syahir sedang membuat persembahan untuk membawakan lagu, Menggegar Dunia nyanyian asal Adam dan Stacy.
Ketika masalah tersebut berlaku, Shila dilihat cuba mengawal keadaan sehingga terpaksa menukar mikrofon secara langsung di atas pentas.
Bagaimanapun, masalah tersebut tetap berlaku sehingga dipertengahan persembahan.
Namun, juri tetap memberikan pujian kepada Syahir yang dilihat tidak panik dan meneruskan persembahan seperti yang dirancang.
Kredit Foto: Instagram TV 3
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI