Pelakon dan pengacara popular, Elly Mazlein, tidak meletakkan bayaran tinggi sebagai syarat utama setiap kali menerima tawaran menjadi duta produk atau jenama, termasuklah dengan syarikat tekstil terkemuka, Jakel.

Menurut Elly atau lebih sinonim dengan panggilan Kak Lina Pom Pom, dia lebih mengutamakan konsep situasi ‘menang-menang’ dalam setiap kerjasama yang dijalinkan.

Gembira Jika Semua Puas Hati

“Mengenai soal bayaran, saya lebih berfikir secara jangka panjang. Bukan letak harga yang terlalu tinggi untuk sesebuah tawaran, tetapi selepas itu ‘bye-bye’, orang tak panggil lagi.

“Saya kalau boleh tak mahu begitu. Maksudnya, saya lebih senang dengan konsep ‘win-win situation’. Kalau saya dan pihak sesebuah jenama itu berpuas hati, itu pun sudah syukur alhamdulillah,” katanya.

Penyanyi lagu Merry Go Round itu berkata demikian ketika ditemui pada Sesi Meet & Greet Bersama Duta Jakel, di Jakel Seksyen 7 Shah Alam, pada Sabtu.

Menerusi sesi tersebut, para pengunjung berpeluang untuk bertemu dengan barisan selebriti dan pempengaruh popular selain dapat membeli-belah dengan harga berpatutan.

Ads

Selain Elly, turut hadir pada sesi yang bermula sekitar jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang itu ialah Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad seisi keluarga, Cik Epal, anggota Senariounion, Sallywho dan Upin & Ipin.

Jadi Duta, Elly Mazlein Fikir ‘Win-Win Situation’ – “Bukan Letak Harga Tinggi Lepas Tu ‘Bye-Bye’, Orang Tak Panggil Lagi.” Jadi Duta, Elly Mazlein Fikir ‘Win-Win Situation’ – “Bukan Letak Harga Tinggi Lepas Tu ‘Bye-Bye’, Orang Tak Panggil Lagi.” Jadi Duta, Elly Mazlein Fikir ‘Win-Win Situation’ – “Bukan Letak Harga Tinggi Lepas Tu ‘Bye-Bye’, Orang Tak Panggil Lagi.”

Peluang Bertemu Selebriti Popular

Pengarah Urusan Jakel Trading Sdn. Bhd., Datuk Wira Mohamed Izani Mohamed Jakel berkata, acara itu bertujuan merapatkan hubungan pelanggan.

Pada masa sama, ia turut membuka peluang orang ramai melihat produk terkini ditawarkan sempena Raya Aidilfitri tahun ini.

Ads

“Kita berharap para pelanggan turut sama menikmati kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025. Mereka bukan sahaja boleh bertemu, malah boleh bergambar dengan barisan duta yang hadir,” katanya.

Malah, pihaknya juga turut mengadakan kuiz interaktif yang menawarkan hadiah menarik kepada para pengunjung Jakel Shah Alam.

“Demi menghargai pelanggan setia kami, ada pengunjung yang hadir telah mendapatkan kupon bagi pembelian baju raya untuk potongan harga.

Ads

“Mereka juga berpeluang untuk mendapatan koleksi raya terbaharu Jakel yang menampilkan warna dan trend terkini meliputi semua peringkat umur,” ujarnya lagi.

Malah, pengunjung juga tidak perlu bimbang berhubung soal keselesaan kerana Jakel turut menyediakan kemudahan parkir yang luas dan percuma.

Turut disediakan adalah kemudahan ‘buggy’ bagi memastikan pengunjung seperti warga emas selain golongan bantuan khas dapat bergerak lebih mudah dari kawasan parkir ke bangunan utama.

Jadi Duta, Elly Mazlein Fikir ‘Win-Win Situation’ – “Bukan Letak Harga Tinggi Lepas Tu ‘Bye-Bye’, Orang Tak Panggil Lagi.” Jadi Duta, Elly Mazlein Fikir ‘Win-Win Situation’ – “Bukan Letak Harga Tinggi Lepas Tu ‘Bye-Bye’, Orang Tak Panggil Lagi.” Jadi Duta, Elly Mazlein Fikir ‘Win-Win Situation’ – “Bukan Letak Harga Tinggi Lepas Tu ‘Bye-Bye’, Orang Tak Panggil Lagi.”

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI