
Pelakon Chacha Maembong tidak boleh mengulas mengenai dakwaan kakaknya, Emma Maembong, yang didakwa kini kembali menjalinkan hubungan baik dengan DJ Kidd.
Ini kerana menurut Chacha, dia sendiri tidak mengetahui mengenai perkara tersebut memandangkan dia belum berkesempatan bertemu Emma sejak kebelakangan ini susulan komitmen kerja masing-masing yang padat.
“Saya tak tahu dakwaan itu (berbaik) kerana belum berkesempatan berjumpa dengan Emma kerana masing-masing sibuk.
“Saya rasa lebih baik tanya tuan badan sendiri, sebab daripada awal sampai sekarang semua orang tanya saya mengenai Emma.
“Jadi saya rasa tiba masanya untuk tanya dia sendiri sebab saya bukan 24 jam dengan Emma.
“Kami masing-masing sibuk, bukanlah tak berhubung langsung ada berhubung tapi kalau jumpa sekalipun kami hanya bercakap pasal keluarga atau gosip lain selain daripada gosip dia,” kata Chacha.
Chacha berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Watch Party siri Griya, di Damansara Utama, Selangor pada Jumaat.



Baca Artikel Lain;
Tetap Beri Sokongan Walau Apa Jua Keadaan
Bagaimanapun, Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 29, menegaskan dia sentiasa mendoakan yang terbaik dan akan terus memberikan sokongan tanpa mengira apa jua situasi yang dihadapi Emma.
“Sebagai adik tentulah saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kakak saya.
Anda mungkin berminat dengan
“Saya sentiasa sokong kakak saya walaupun kadang-kadang hidup ada turun naik. Apa-apa pun dia tetap kakak saya dan saya sentiasa sokong dia walau macam mana pun,” katanya lagi.
Terdahulu, foto Emma bersama DJ Kidd kembali menjadi perhatian apabila tular di media sosial menerusi perkongsian seorang individu.
Rakaman foto tersebut sekaligus mengundang pelbagai reaksi netizen memandangkan DJ Kidd pada April lalu pernah memaklumkan status hubungannya dengan Emma bukan lagi sebagai pasangan kekasih.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

