Ads

“Rasa Nak Give Up Itu Ada Tapi…,” – Anna Jobling ‘Trauma’ Main Pickleball 22 Jam, Kerja ‘Long Hours’ Lumrah Jadi Anak Seni

Pelakon popular, Anna Jobling mendedahkan dia dan barisan pelakon lain sanggup bermain pickleball selama 22 jam bagi menjayakan penggambaran telefilem Dink! I Love You… demi mendapatkan hasil babak yang terbaik.

Menurut Anna, pengalaman tersebut sememangnya mencabar, namun dia bersyukur kerana dikelilingi oleh pasukan produksi dan rakan pelakon yang sentiasa membawa aura positif sepanjang proses penggambaran.

“Rasa Nak Give Up Itu Ada Tapi…,” – Anna Jobling ‘Trauma’ Main Pickleball 22 Jam, Kerja ‘Long Hours’ Lumrah Jadi Anak Seni

“Saya tak sangka kami akan bekerja selama itu untuk mendapatkan babak yang cantik bagi drama ini. Persediaan saya hanyalah minum air, rehat bila perlu dan kena ada pemikiran yang positif.

“Bila di set, kita akan cepat penat. Bila kita ada barisan pelakon, kru, pengarah dan persikitaran yang positif, seronok dan energetik, penat pun kita tak kisah. Asalkan kerja kita selesai,” katanya kepada MH.

Anna berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana dan sidang media telefilem Dink! I Love You… yang berlangsung di Pickle Social Club, Bukit Kiara, pada Khamis.

Trauma Main Pickleball, Minta Berehat 6 Bulan

Selepas menjalani latihan intensif dan penggambaran yang panjang, Anna mengakui dia kini mahu mengambil masa untuk berehat daripada sukan pickleball buat sementara waktu.

Ads

Meskipun tidak pernah terfikir untuk berhenti daripada penggambaran, pelakon itu mengakui rasa penat dan keinginan untuk berputus asa tetap hadir sepanjang proses tersebut.

“Rasa Nak Give Up Itu Ada Tapi…,” – Anna Jobling ‘Trauma’ Main Pickleball 22 Jam, Kerja ‘Long Hours’ Lumrah Jadi Anak Seni “Rasa Nak Give Up Itu Ada Tapi…,” – Anna Jobling ‘Trauma’ Main Pickleball 22 Jam, Kerja ‘Long Hours’ Lumrah Jadi Anak Seni

“Saya tidaklah sampai menangis. Rasa nak give up itu ada tapi tidaklah sampai nak berhenti penggambaran. Saya cuma penat sahaja. Alhamdulillah tiada kecederaan berlaku.

“Saya juga rasa agak trauma apabila terpaksa buat perkara sama berulang kali. Saya pula tak minat sangat dengan sukan pickleball. Janganlah ajak saya main lagi untuk enam bulan kehadapan,” selorohnya.

Ads

Kerja Berjam-Jam Sudah Jadi Lumrah Anak Seni

Mengulas mengenai isu waktu kerja yang panjang dalam industri hiburan, Anna menyifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang sudah biasa dilalui oleh kebanyakan pelakon.

Katanya, dia tidak mempunyai masalah untuk bekerja dalam tempoh yang lama selagi usaha tersebut memberi hasil yang memuaskan dan berbaloi.

“Rasa Nak Give Up Itu Ada Tapi…,” – Anna Jobling ‘Trauma’ Main Pickleball 22 Jam, Kerja ‘Long Hours’ Lumrah Jadi Anak Seni

Ads

“Bekerja dalam waktu yang panjang itu sudah menjadi perkara biasa bagi saya. Kalau tiada waktu yang panjang, itu satu hadiah bagi seorang pelakon.

Anda mungkin berminat dengan

“Namun, saya tak kisah asalkan untuk kerja dan berkarya. Kalau saya rasa ia berbaloi, itu bukan satu isu bagi saya,” akhirinya.

Terdahulu, telefilem Dink! I Love You… kini boleh ditonton menerusi platform penstriman UTV.

Selain Anna, karya tersebut turut dibintangi oleh Aedy Ashraf, Arfie Shah, Dottie dan Juzzthin.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Kredit Foto: Instagram Anna Jobling

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

UNIC

24 Tahun Bertahan, UNIC Imbau Sejarah Penubuhan Menerusi Projek Istimewa Podcast

Setelah 24 tahun mewarnai industri hiburan dan muzik nasyid tanah air, kumpulan nasyid UNIC melangkah setapak lagi menerusi projek terbaharu mereka yang diberi nama...
error: Hello. Cannot.