Pelakon Amyra Rosli bangga dengan pencapaian suaminya, aktor Amar Baharin yang berjaya menamatkan misi kayuhan daripada Kuala Lumpur hingga ke Madinah, semalam.

Menurut Amyra, dia berharap agar perjalanan ini akan menjadi kenangan terindah di dalam hidup suami tercinta sampai ke akhir hayat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

“Sayang saya, tahniah! Awak akhirnya berjaya ke Madinah. Alhamdulillah saya sangat bangga dengan awak.

“Saya harap perjalanan ini memberikan awak kenangan yang tidak dapat dilupakan dan pengalaman bermakna untuk daddy dan Datuk Qobin.

“Semoga kembali menjadi insan yang lebih baik, tenang, dan terus istiqomah, insyaAllah,” tulisnya menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Beri Dedikasi Buat Semua

Pada masa sama, Amyra turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menyokong perjalanan suaminya sepanjang ekspedisi kayuhan menuju Tanah Suci.

Ads

“Cepat Pulang, Saya Rindu Awak,” – Amar Baharin Sukses Kayuh Sampai Madinah, Amyra Rosli Syukur Bangga!

“Dan kepada semua insan hebat iaitu keluarga kami, rakan-rakan yang dikasihi, rakan media, dan setiap jiwa yang menyimpan mereka dalam fikiran dan doa, terima kasih banyak atas kasih sayang dan sokongan anda.

“Ia sangat bermakna buat kami,” kongsinya yang turut menitipkan doa agar Amar dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Ads

“Akhirnya, #JourneyToTanahHaram anda telah berakhir dengan indah. Alhamdulillah. Saya rasa sangat bersyukur dan lega.

“Cepat pulang, okay. Saya sangat merindui awak dan tidak sabar untuk memeluk awak,” luahnya lagi.

“Cepat Pulang, Saya Rindu Awak,” – Amar Baharin Sukses Kayuh Sampai Madinah, Amyra Rosli Syukur Bangga!

Ads

Terdahulu, misi kayuhan Amar bersama rakanya yang dikenali sebagai Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin telah pun sampai ke penghujungnya.

Mereka selamat tiba di Masjid Nabawi, Madinah pada 10.45 pagi waktu Arab Saudi (3.45 petang waktu tempatan), pada Khamis.

Amar dan Muqharabbin memulakan perjalanan tersebut sejak 27 April lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Amyra Rosli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI