Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya dan suaminya, Maxime Bouttier tampil menjelaskan dakwaan kononnya ijab kabul pernikahan mereka yang berlangsung di Bali pada 7 Mei lalu tidak sah.

Mereka menerima kritikan susulan rakaman video majlis akad nikah mereka yang tersebar di media sosial memaparkan wujudnya jeda atau sela masa antara lafaz ijab oleh wali nikah iaitu abang kandung Luna, Tipi Jabrik, dan lafaz kabul oleh Maxime.

Menurut sebahagian netizen dan pemerhati agama, jeda tersebut dikatakan tidak memenuhi syarat sah akad nikah dalam Islam.

Bagaimanapun, Majlis Ulama Indonesia (MUI) serta beberapa tokoh agama tampil menjelaskan bahawa sela masa tersebut masih dianggap dalam kategori wajar dan tidak membatalkan akad berkenaan.

Mengulas isu tersebut, Luna berkata dia memahami mengapa perkara itu menimbulkan perdebatan dalam kalangan warganet.

Luna Maya, Maxime Bouttier Nafi Dakwaan Ijab Kabul Tidak Sah
Sumber foto: Instagram Luna Maya/ @iluminen

“Memang ada jeda beberapa saat sebelum Maxime melafazkan kabul. Ramai memperkatakan soal ini kerana dalam ijab kabul dikatakan tidak boleh ada sela masa,” katanya menerusi saluran YouTube Intens Investigasi, seperti dilaporkan SindoNews.

Ads

BACA JUGA: Harga Sebuah Motosikal? Ini Simbolik Bunga Tangan Perkahwinan Luna Maya

BACA JUGA: Siapa Maxime Bouttier? Ini 8 Fakta Menarik Suami Luna Maya

Tambah Luna, ramai yang keliru tentang maksud sebenar jeda itu sama ada disebabkan faktor seperti gugup, berfikir, atau hilang fokus seketika.

Ads

Sementara itu, Maxime mengakui dirinya berasa gementar ketika prosesi berlangsung, namun tetap melafazkan kabul selepas menarik nafas dalam-dalam.

“Saya hanya berdebar, itu sahaja. Nafas pun cuma sekali,” jelas Maxime ringkas.

Luna turut menegaskan sela masa itu hanya sekitar tiga saat dan berlaku kerana emosi serta tekanan semasa majlis berlangsung.

Ads

“Saya rasa ramai pernah alami momen sebegitu ketika ijab kabul. Tambahan pula, banyak ulama sudah beri penjelasan bahawa jeda seperti itu adalah sesuatu yang normal,” jelasnya lagi.

Ujarnya, meskipun pendek, momen tersebut menjadi pengalaman emosional yang tidak akan dilupakan.

“Saya sempat terfikir, ‘Perlu ulang ke ni?’ Tapi ternyata sekejap sangat. Alhamdulillah, semuanya lancar,” katanya mengakhiri perbualan.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI