Penyanyi Atilia Haron mengakui dia pernah terasa hati dengan industri seni tanah air kerana beranggapan bakatnya seolah-olah kurang dihargai dan selalu dipinggirkan.
Malah situasi yang berlaku menyebabkan Atilia memilih untuk membawa diri ke Indonesia.
Menurut Atilia, sepanjang berada di sana, ada karyanya yang mendapat perhatian selain tersenarai di carta-carta radio di negara Seberang.
“Sebelum ini, saya pernah berkecil hati dengan industri seni tempatan. Sebab itu saya banyak berkarya di Indonesia. Saya rasa orang-orang di sana lebih menghargai saya.
“Saya sertai pelbagai festival muzik dan lagu-lagu saya tersenarai dalam carta radio di sana. Saya juga berpeluang untuk menyanyi bersama kumpulan Maliq & D’essentials dan Sore.
“Saya agak terasa hati dan rasa seperti dipinggirkan. Mungkin muzik saya agak lain sikit. Lagu-lagu jazz ini jarang dimainkan di radio kita,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Kekanda Adinda itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Sidang Media Konsert Gelombang Bahagiaku di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Selasa.
Ads
Konsert Gelombang Bahagiaku itu bakal menjadi konsert sulung Atilia yang bakal sepentas bersama ibunya yang juga penyanyi legenda, Salamiah Hassan.
Antara detik paling dinantikan ketika konsert nanti termasuk persembahan duet pertama mereka menerusi single berjudul Age Is Just A Number, yang menyampaikan mesej positif tentang kehidupan, kematangan dan keberanian menjadi diri sendiritanpa mengira usia.
Kini Percaya Rezeki
Bagaimanapun, Atilia kini sudah tidak lagi berasa hati sebaliknya percaya dengan rezeki Allah SWT.
“Ketika ini, perasaan itu sudah tiada lagi. Mungkin ketika itu saya terlalu banyak berfikir. Kini saya percaya rezeki ada di mana-mana jika kita betul-betul rajin dan positif,” ujarnya.
Ads
Katanya lagi, antara sebab dia menolak beberapa tawaran di Indonesia adalah untuk memberikan tumpuan terhadap bisnes pusat yoga yang dikendalikan sejak 10 tahun yang lalu.
“Saya tidak mahu meninggalkan studio yoga saya. Walaupun bukan bisnes besar tapi hati saya rasa gembira. Saya mengajar yoga di Taman KLCC sudah 10 tahun.
“Memang ada tawaran untuk menyanyi di sana dan agak susah saya nak menolak. Namun, saya lebih sayangkan Malaysia walaupun industri muzik berkembang pesat di Indonesia.
“Usia saya pun dah cecah 51 tahun. Jadi, saya mahu terus berada di sini,” kongsinya.
Ads
Konsert Yang Cukup Istimewa
Terdahulu, Atilia menyifatkan Konsert Gelombang Bahagiaku ini bukan sekadar satu projek seni tetapi merupakan penghormatan jiwa terhadap insan yang paling dikasihinya iaitu ibu
“Saya nak sangat menyanyi bersama mama di sebuah konsert. Ia seperti mimpi jadi kenyataan.
“Sejak kecil, saya teringin menjadi seperti ibu saya. Peluang dapat berkongsi pentas yang hebat bersama beliau membuatkan saya rasa seperti gadis paling bertuah di dunia,” akhirinya.
Konsert Gelombang Bahagiaku bakal berlangsung di Plenary Theatre, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), pada 16 Ogos ini 8.30 malam.
Tiket mula dijual pada hari ini (Selasa) menerusi beberapa kategori iaitu Platinium (RM350), Gold (RM250) dan Silver (RM150).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
@mediahiburanofficial Penyanyi, Atilia Haron bakal berkongsi pentas utama dengan ibunya yang juga legenda seni suara tanah air, Salamiah Hassan, menerusi sebuah persembahan istimewa berjudul ‘Konsert Gelombang Bahagiaku’ yang akan berlangsung pada 16 Ogos di Plenary Theatre, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Menurut Atilia, konsert ini bukan sekadar sebuah projek seni tetapi merupakan penghormatan terbesar terhadap insan yang paling dikasihi iaitu ibunya. #MHnews#MediaHiburan#atiliaharon♬ original sound – Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan penulis lagu, Aina Abdul tampil menjawab komen warganet yang secara sinis mendakwa lagu raya judi yang mencetuskan tular baru-baru ini, lebih sedap berbanding lagu raya nyanyiannya, Syukur Lebaran.
Lagu yang dihasilkan Aina bersama Sarry Khaled dan Wan Zakaria itu sudah pun dilancarkan sejak April lalu.
Menurut Aina, 27, perkara tersebut sebaiknya tidak perlu dibanding-bandingkan kerana sesebuah lagu itu pastinya ada kelainan tersendiri.
Malah pemilik nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani itu juga menyifatkan ada banyak cara yang lebih baik untuk mengkritik lagu seseorang penyanyi.
“Bagi saya, ia tidak boleh dibanding-bandingkan. Ini kerana, persiapan untuk hasilkan sesebuah lagu itu juga berbeza-beza. Pada netizen yang komen macam itu, mungkin mereka lihatnya daripada satu sudut sahaja.
“Saya buat lagu untuk mereka yang menyokong. Kalau nak kritik, ada cara yang lebih baik. Kalau kritik jenis yang ‘direct’ macam itu, maksudnya macam mahu nak mengaibkan saya. Jadi saya tak nak layanlah.
“Tidak perlu nak banding-bandingkan pun sejak awal lagi. Bukanlah tidak boleh, tetapi cara itu menunjukkan macam ada yang tidak suka saya. Mungkin belum dengar lagu itu elok-elok, tetapi terus menghakimi.
“Nak kritik boleh, ada banyak caranya. Misalnya kalau ada yang kata mereka ada DM (direct message) tetapi mungkin saya tak baca, tapi ruangan komen di Instagram, saya boleh baca.
“Ada warganet yang komen atau kritik saya dengan cara baik di ruangan tersebut,” katanya.
Ditanya mengenai capaian Syukur Lebaran di media sosial, Aina yang ditemui pada majlis Iftar Bersama Aina Andul di The Majahapit, Mont Kiara juga menambah, dia menerima maklum balas baik dan menghargai mereka yang menyukai single berkenaan.
“Alhamdulillah, untuk lagu sempena Syawal ia kira lagu raya saya yang paling cepat ‘naik’. Saya sedar, saya bukanlah penyanyi yang bila muat naik di YouTube, jumlah tontonannya akan capai sejuta dalam masa singkat.
“Prosesnya perlahan tetapi ‘views’ itu organik, saya tahu siapa yang tonton,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Aina turut merancang untuk mengadakan ‘showcase’ hujung tahun ini selepas terlibat dalam seni suara secara serius sejak 2014.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menjengah di InstaStory miliknya, penyanyi yang terkenal dengan lagu Luar Biasa itu juga turut memberi penjelasan mengenai insiden yang berlaku.
“Kepada sesiapa yang tanya apa yang jadi kat tangan Mail sebenarnya Mail terjatuh daripada tangga dan terduduk dekat Mail punya tangan kanan, jadi dah buat X-ray dah dapat keputusan.
“Alhamdulillah tak ada retak, tak ada patah cuma tisu dalam sahaja yang bengkak jadi doktor kata kena pakai benda ni supaya Mail tak banyak sangat pakai tangan kanan so okey jer,” katanya.
Lantas, peminat turut mendoakan agar penyanyi berusia 19 tahun itu kembali sihat seperti sedia kala.
Video : Instagram Ismail Izzani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siti Nordiana yang kini sedang berada di Jepun terkejut apabila ada di kalangan netizen yang membuat spekulasi yang bukan-bukan mengenai pemergiaannya ke Negara Matahari Terbit itu.
Rata-ratanya rancak membuat spekulasi apabila pelakon dan hos, Zoey Rahman turut dilihat menemani penyanyi terbabit ke sana.
Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana bagaimanapun menafikan dirinya ada melakukan sebarang hal berkaitan dengan persiapan perkahwinan.
Katanya ketika dihubungi MH, Nana menjelaskan, dia ke Jepun bagi memenuhi jemputan AirAsia dan pada masa sama, sempat melakukan beberapa projek terkininya.
“Lambat lagi nak shoot pre-wedding dekat sini. Tak ada maknanya. Saya sebenarnya dipelawa pihak AirAsia dan pada masa sama, saya ambil peluang untuk melakukan penggambaran travelog sendiri. Itu pun biasa-biasa saja,” seloroh Nana.
“Kisahnya nanti akan disiarkan di saluran YouTube saya sendiri dan pemergian saya ke sini bukanlah bertemankan Zoey seorang, tetapi team Siti Nordiana lainnya juga.
“Ramai sedia tahu saya dan dia sudah lama berkawan dan tak lebih daripada itu. Apa pun, macam manalah nak kahwin, boyfriend pun tak ada,” jelas penyanyi Nisan Cinta ini yang bakal pulang ke tanah air Jumaat ini.
Foto: Instagram Siti Nordiana / Zoey Rahman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang K-pop kelahiran Malaysia, Isaac Voo, yang dikenali sebagai ahli kumpulan SKYE (IN2IT) di Korea Selatan, baru-baru ini mengejutkan ramai apabila menyertai Program Latihan...